Now Reading
“Tak Pernah Lagi Orang Beri Pada Kami”- Pemungut Sampah Terharu Ada Individu Sedekah McDonald’s

“Tak Pernah Lagi Orang Beri Pada Kami”- Pemungut Sampah Terharu Ada Individu Sedekah McDonald’s

Pekerja pemungut sampah itu meluahkan rasa terharu selepas mendapat bungkusan makanan McDonald’s dari pengguna TikTok itu.

"Tak Pernah Lagi Orang Beri Pada Kami"- Pekerja Pemungut Sampah Terharu Ada Individu Sedekah McDonald's

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pekerja pembersihan yang ditugaskan untuk mengutip sampah di setiap tong sampah adalah individu yang sangat penting, tidak kiralah di mana-mana negara sekali pun.

Bayangkan kalau mereka tidak datang mengutip sampah di rumah kita, mesti kita akan dikelilingi dengan bau busuk. Itu tak termasuk lagi dengan kewujudan haiwan perosak seperti tikus, lipas, ulat dan lain-lain.

Sebagai tanda penghargaan, apa salahnya kalau kita beri layanan yang baik kepada mereka kan?

BACA JUGA: [Video] Ibu Bapa Dipuji Ajar Anak Berbaik Dengan Pekerja Pembersihan

BACA JUGA: Kanak-kanak Kagum Dengan Abang Lori Sampah. Siap Ajak Bergambar!


Pengguna TikTok Sedekah Set Makanan McDonald’s Kepada Pekerja Pemungut Sampah

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@saharuddinamirullah), beberapa orang lelaki dilihat sedang bertugas memungut sampah dan memasukkannya ke dalam lori sampah.

Pengguna TikTok ini menceritakan panggilan pertama mereka tidak disahut pemungut sampah itu. Pekerja kebersihan ini difahamkan teragak-agak untuk pergi ke arah kenderaan mereka.

Namun siapa sangka, rezeki buat tiga orang pekerja itu apabila mereka diberikan bungkusan makanan dari restoran makanan segera McDonald’s berserta air oleh pengguna TikTok berkenaan.

Sumber: TikTok @saharuddinamirullah

Disebabkan agak keliru dengan pemberian tersebut, pekerja itu bertanya mengapa mereka diberikan bungkusan makanan berkenaan.

Kata pengguna TikTok, mereka mahu menghargai individu yang digelar sebagai ‘unsung hero’ kepada masyarakat.

Pemberian bungkusan makanan itu membuatkan pekerja tersebut terharu kerana mengatakan belum pernah dilakukan oleh orang lain. Luahan itu sekaligus membuatkan pengguna TikTok juga tersentuh hati.

Belum pernah lagi orang bagi kami McDonald’s. Itulah kami terkejut.

Pekerja pemungut sampah.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 151,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@saharuddinamirullah/video/7252201506697432322?_r=1&_t=8dtEknbUSqw

Netizen Puji Pengguna TikTok Ini Beri Sedekah Kepada Pekerja Pemungut Sampah

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji pengguna TikTok itu bersama rakannya yang dilihat memberikan bungkusan makanan dari McDonald’s kepada pekerja pembersihan.

Malah, tindakan positif mereka itu menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk turut berbuat kebaikan kepada masyarakat.

Dalam pada itu, netizen turut tersentuh apabila melihat aksi pekerja pemungut sampah tersebut membersihkan tangannya terlebih dahulu pada baju sebelum mengambil bungkusan makanan.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk diberi peluang bersedekah kepada masyarakat atau golongan yang memerlukan. Kalau kita belanja kawan makan di kedai mamak pun sudah dikira sedekah dan mendapat pahala.

Pahala bersedekah itu 700 kali ganda ya. Tak rugi kalau kita bersedekah.

BACA JUGA: Puteri Sarah Liyana Didik Anak Sedekah Dari Kecil Raih Pujian Ramai

BACA JUGA: Pemuda Kongsi Kisah Ketika Motor Dicuri, Ada Pakcik ‘DM’ Mahu Sedekah Duit Ribuan Ringgit

BACA JUGA: [Video] “Saya Bagi Sedekah RM100, Esoknya Saya Dapat Rezeki RM100,000” – Siti Nurhaliza


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd