Now Reading
[Video] Ibu Bapa Dipuji Ajar Anak Berbaik Dengan Pekerja Pembersihan

[Video] Ibu Bapa Dipuji Ajar Anak Berbaik Dengan Pekerja Pembersihan

Ibu bapa itu mengajar anak kecil tersebut untuk menghormati pekerja pembersihan yang telah banyak berjasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kita memang kena berterima kasih kepada pekerja pembersihan kerana merekalah yang paling banyak berjasa dalam menjaga kebersihan di kawasan persekitaran.

Cuba bayangkan kalau mereka tak kutip semua sampah? Mesti kita akan dikelilingi dengan bau busuk dan haiwan-haiwan perosak seperti tikus, lipas, ulat dan sebagainya.

Tanpa mereka, kita tidak dapat menikmati kehidupan yang selesa.

Jadi, tak salah sekiranya kita memberi penghargaan dan layanan yang baik kepada pekerja pembersihan ini.

Anak kecil ucap terima kasih dan beri air kotak minuman kepada pekerja pembersihan

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @denik923 di platform TikTok, pasangan ibu bapa ini dilihat mengajar anak kecil mereka untuk berbaik dengan pekerja yang sedang mengangkat sampah di hadapan rumah.

Dalam video tersebut, anak kecil itu menghulurkan beberapa kotak air minuman Milo dan disambut dengan tangan yang terbuka oleh pekerja berkenaan.

Bapa kanak-kanak itu juga sempat mengajar anak kecilnya untuk mengucapkan terima kasih serta sempat melambai tangan sebelum bergerak masuk semula ke dalam rumah.

Perkongsian video tersebut telah mendapat 131,400 tontonan di TikTok ketika artikel ini ditulis.

Ramai netizen puji cara didikan ibu bapa ini

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji cara pasangan ibu bapa ini mendidik anak mereka untuk menyantuni pekerja pembersihan tersebut.

Bukan itu sahaja, ramai juga berharap agar ibu bapa lain dapat mengambil contoh tersebut dan mengajar anak-anak mereka pula.

Bila anak-anak diajar sejak kecil, sudah pasti mereka akan membesar menjadi individu yang menghormati semua golongan tanpa mengira pangkat.

Kredit: TikTok @denik923
Kredit: TikTok @denik923

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd