Now Reading
[Video] Graduan Sanggup Pakai ‘Wig’ Ketika Graduasi Gara-gara Sayang Nak Potong Rambut Bikin Ramai Berdekah!

[Video] Graduan Sanggup Pakai ‘Wig’ Ketika Graduasi Gara-gara Sayang Nak Potong Rambut Bikin Ramai Berdekah!

Kedua-dua graduan ini sanggup memakai rambut palsu kerana tidak mahu memotong rambut mereka yang panjang sehingga mencecah paras bahu.

Sayang Nak Potong Rambut Panjang, 2 Graduan Lelaki Sanggup Pakai 'Wig' Ketika Majlis Graduasi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap majlis graduasi yang diaturkan di universiti mesti akan ada peraturan tersendiri seperti tidak boleh berambut panjang bagi pelajar lelaki dan tidak memakai pakaian menjolok mata bagi pelajar perempuan.

Memandangkan sekarang ini memang tengah musim graduasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM), boleh dikatakan ada pelbagai jenis ragam pelajar ketika majlis tersebut.

Maklumlah, mereka akan merindui tempat belajar yang mencipta pelbagai kenangan pahit manis dengan kawan-kawan di sana.


Pelajar Lelaki Sanggup Pakai Rambut Palsu Untuk Elak Kena Gunting Rambut Panjang

Tindakan dua orang pelajar lelaki ketika menghadiri majlis graduasi di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam mencuri perhatian ramai menerusi video yang dimuat naik oleh mereka di laman TikTok.

Mana tidaknya, kedua-dua graduan tersebut dilihat menyorokkan rambutnya yang panjang dengan memakai rambut palsu (wig) ketika majlis berkenaan.

Boleh tahan panjang juga rambut mereka berdua ini sehingga mencecah paras bahu. Siap boleh ikat lagi ya!

Kedua-dua video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @robertazri dan @enciksidai itu mendapat perhatian ramai sehingga melebihi 5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@enciksidai/video/7237462931892456711
https://www.tiktok.com/@robertazri/video/7237375290077465874

Netizen Terhibur Tengok Gelagat Graduan Pakai Rambut Palsu Ketika Majlis Konvokesyen

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat dua orang graduan lelaki yang tidak mahu memotong rambut mereka dan sanggup memakai rambut palsu semata-mata untuk menghadiri majlis konvokesyen.

Malah, ada netizen yang mengatakan idea mereka dua agak bijak dan tidak pernah terfikir untuk dibuat ketika bergelar graduan satu masa dahulu.

Mungkin ada yang cuba mahu meniru aksi ini tetapi bimbang jika pihak universiti mula mengesan taktik mereka dan tidak boleh memasuki dewan pula.

Aduhai, macam-macam ragam ya pelajar nak bergelar graduan ni. Terhibur betul!


Etika Pemakaian Untuk Para Graduan Lelaki Dan Wanita

Majlis konvokesyen merupakan acara rasmi yang perlu mengikut peraturan serta protokol kerana dihadiri oleh individu berpangkat tinggi seperti Canselor, Seri Paduka Baginda dan para dekan.

Sumber: Buletin TV3

Oleh itu, pemakaian para graduan juga perlulah mengikut tatatertib seperti berikut:

Panduan untuk graduan lelaki:

  • Berbaju kemeja lengan panjang berwarna bebas.
  • Memakai tali leher.
  • Berseluar panjang berwarna hitam sahaja.
  • Pemakaian kemeja-T, baju batik, seluar jeans atau seragam pasukan keselamatan adalah tidak dibenarkan.
  • Hanya kasut kulit berwarna hitam sahaja dibenarkan.

Panduan untuk graduan wanita:

  • Memakai baju kurung berwarna bebas yang tidak menjolok mata.
  • Memakai kasut bertumit sekurang-kurangnya satu inci tinggi.
  • Sekiranya ingin memakai sarung tangan, ia perlu dipakai di kedua-dua belah dan hanya warna kulit sahaja dibenarkan.
  • Pemakaian gaun atau kain melebihi paras lutut, baju tanpa lengan, kemeja-T, kain pario atau seluar adalah tidak dibenarkan.
  • Tidak boleh memakai purdah.

Para graduan yang tidak mematuhi peraturan akan menyebabkan anda tidak boleh menyertai majlis konvokesyen.

Kepada para graduan di luar sana, tahniah dan selamat maju jaya!

BACA JUGA: [Video] Ayah Sebak Tengok Anak Perempuan Tamat Belajar Sampai Tak Henti Keluar Air Mata

BACA JUGA: Miliki Degree Bidang Kimia, Gadis Ini Redha Bekerja “Sementara” Di KFC

BACA JUGA: 72% Graduan SPM Tolak Sambung Belajar, Demi Jadi Konten ‘Creator’ Atau Pemandu e-Hailing


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd