Now Reading
Miliki Degree Bidang Kimia, Gadis Ini Redha Bekerja “Sementara” Di KFC

Miliki Degree Bidang Kimia, Gadis Ini Redha Bekerja “Sementara” Di KFC

Gadis tersebut yang kini bekerja di KFC merupakan graduan dalam bidang kimia dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Miliki Degree Bidang Kimia, Gadis Ini Redha Bekerja “Sementara” Di KFC (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini memang banyak peluang pekerjaan, tetapi jumlah graduan dari universiti pun boleh tahan banyak juga.

Bayangkan kalau setiap tahun ada lebih 100,000 graduan tetapi jumlah pekerjaan ditawarkan agak terhad. Agak perit nak bersaing untuk dapatkan tempat dalam bidang kerja yang kita nak.

Jadi, tak terkejutlah kalau pekerja-pekerja di kedai makan atau di pusat beli-belah sebenarnya memiliki degree dalam bidang profesional.

Graduan bidang kimia namun rezeki hanya kerja di KFC

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila seorang pengguna TikTok (ainxang) memuat naik video yang mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat.

Menerusi video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Ain dilihat memakai jubah graduan berwarna ungu ketika menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sarawak.

Difahamkan Ain merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang kimia.

Namun Ain akur apabila rezeki tidak menyebelahi dirinya kerana dia kini hanya bekerja di sebuah restoran makanan segera KFC.

Perkongsian video itu telah meraih 2.8 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok ketika artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@ainxang/video/7121395242858859802?fs=e&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fbeautifulnara.com%2Fvideo-negara-kita-gagal-netizen-risau-lihat-gadis-miliki-degree-bidang-kimia-tapi-akhirnya-bekerja-di-kfc%2F%3Ffbclid%3DIwAR1ip-0tXQo7EkzVmROkLXMUZSiwspVUszvmK0B7l7CclUVo3tXNwEb7Y_E&referer_video_id=7121395242858859802&s=cl

Orang ramai kongsi pengalaman sama dan beri kata-kata semangat

Menjengah ke ruangan komen video, rupa-rupanya ramai berkongsi pengalaman sama kerana pekerjaan mereka tidak seperti apa yang dipelajari ketika di universti.

Pada masa sama, pengguna media sosial turut memberi kata-kata semangat kepada Ain untuk kekal positif dan teruskan mencari pekerjaan yang diimpikan.

Pelakon terkenal tempatan iaitu Nur Fazura pun mendoakan agar perjalanan hidup Ain dipermudahkan.

Kerajaan perlu ambil langkah segera tangani masalah pengangguran

Perkara ini turut mendapat perhatian Naib Presiden dan Pengasas Bersama Parti MUDA iaitu Dr Thanussha.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook miliknya (Dr Thanussha), wanita ini berpendapat masalah pengangguran adalah isu besar di Malaysia terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Dr Thanussha meluahkan kekecewaan apabila graduan muda terpaksa berhadapan dengan realiti apabila mereka perlu ‘terjun’ ke dalam apa jua jenis bidang pekerjaan yang ada untuk elak menjadi bebanan keluarga.

Tambahnya lagi, pemimpin negara seharusnya mengambil langkah proaktif bagi menangani masalah pengangguran di Malaysia ini.


Percayalah, rezeki akan sentiasa datang kepada mereka yang rajin berusaha. Paling penting pendapatan kita halal dan diberkati.

Kepada anda di luar sana, jangan putus asa okay? Kuatkan semangat. ❤️

BACA JUGA: Pengguna Twitter Kongsi Ciri-ciri Resume Untuk Tawan Hati Syarikat


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd