Now Reading
Pengguna Twitter Kongsi Ciri-ciri Resume Untuk Tawan Hati Syarikat

Pengguna Twitter Kongsi Ciri-ciri Resume Untuk Tawan Hati Syarikat

Resume ini ibarat tanggapan pertama kepada pihak HR.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila nak minta kerja di mana-mana syarikat sekali pun, mesti mereka akan minta resume anda untuk mengenali diri anda secara ringkas.

Sebab itulah pentingnya ada resume yang mudah dibaca dan difahami. Kalau tunggang terbalik segala maklumat dalam resume, peluang untuk ditawarkan kerja akan berkurang.

Kenapa pentingnya ada resume yang bagus? Kerana resume ini ibarat tanggapan pertama kita kepada pihak syarikat.

Melalui resume tersebut, mereka dapat menilai diri kita dari segi latar belakang, pengalaman, kekemasan, kreativiti dan sebagainya.

BACA JUGA: Patut Ke HR Ambil Calon Fresh Grad Atau Tiada Pengalaman Untuk Bekerja?

Sumber: Career Tool Belt

Tapi, apa ciri-ciri yang menjadikan sesebuah resume itu bagus sebenarnya?

Beberapa tips untuk menghasilkan resume yang baik telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter (Farid Affy).

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Jangan guna font pelik-pelik

Pemilihan font tulisan sangat penting untuk membolehkan pihak HR membaca resume dengan mudah. Lebih baik guna font biasa sahaja. Pening juga nak baca bila guna font tulisan berangkai.

2. Pastikan margin setiap penjuru berjarak satu inci

Bila semua penjuru dikemaskan dengan jarak satu inci, barulah resume lebih teratur dan nampak ‘center’.

3. Tajuk kecil yang jelas

Untuk membezakan kategori maklumat, boleh juga letak tajuk kecil yang ringkas dan mudah difahami. Selain jenis font, saiz tulisan juga penting untuk memudahkan pihak HR membezakan setiap maklumat.

Mungkin boleh bold juga maklumat penting yang anda nak highlight.

4. Jangan terlalu padat

Resume yang terlalu padat sebenarnya boleh membuatkan pihak HR malas untuk membaca. Kalau boleh mereka nak baca dalam satu ke dua minit sahaja sebab ada banyak lagi resume yang perlu dibaca.

Jadi, pastikan resume anda diisi tidak terlalu padat dan maklumat penting sahaja.

5. Tidak melebihi dua muka surat

Proses pengambilan pekerja oleh pihak HR ini adalah sangat memenatkan kerana mereka perlu memproses kesemua resume dalam tempoh yang pantas.

Resume yang baik cukup hanya dengan satu atau dua muka surat sahaja. Kalau sampai lima muka surat, siapa nak baca panjang-panjang macam tu?


Untuk meningkatkan peluang anda dapat pekerjaan diidamkan, cantikkan dulu resume dengan maklumat penting, kemas dan teratur untuk curi hati syarikat yang anda idamkan.

Proses untuk mencari kerja memang agak leceh dan sukar pada permulaan. Tapi itu tidak boleh membuatkan anda cepat berputus asa okay?

Buat yang sedang mencari kerja, teruskan usaha. In Shaa Allah ada rezeki untuk anda di luar sana. Good luck! 😊


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 × 5 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd