Patut Ke HR Ambil Calon Fresh Grad Atau Tiada Pengalaman Untuk Bekerja?
Golongan ini selalunya lebih ‘dahagakan’ ilmu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Jika dilihat pada ketika ini, kebanyakan syarikat terkemuka di mana-mana negara termasuk Malaysia hanya mengambil pekerja berdasarkan pengalaman dan sejarah akademik mereka.
Memang benar, pendidikan itu penting.
Namun, apa yang tidak ‘fair’ adalah apabila calon siswazah dilihat kian sukar untuk mendapatkan pekerjaan pada ketika ini.
Mana tidaknya, sesetengah syarikat hanya mahukan mereka yang berpengalaman tanpa membuka pintu untuk golongan ini untuk belajar.
Siapa tahu mereka adalah jauh lebih profesional daripada pekerja lain?
You’ll never know. 😉
Buat majikan di luar sana, kami ingin menyediakan beberapa sebab yang kukuh tentang mengapa anda patut mengambil fresh grad atau mereka yang tidak berpengalaman sebagai pekerja.
Biarkan mereka belajar dan menimba ilmu dengan syarikat pertama mereka.
Siapa tahu, mereka boleh ‘mengejutkan’ anda dengan kemahiran yang bakal ditonjolkan?
1. Mereka tiba 10 minit awal untuk sesi temu duga.
Perkara ini telah terbukti. Ini kerana anda boleh melihat sendiri betapa mereka bersemangat untuk bekerja di mana mereka akan sampai di lokasi temu duga 10 minit awal, ataupun pernah juga satu jam awal.
Punyalah tak nak terlepas atau terlambat. Semangat seperti inilah yang kita mahukan!
2. Mereka sebut nama dengan betul.
Fresh Grad/pekerja tidak berpengalaman selalunya akan membuat ‘background checking’ untuk syarikat yang bakal mengambilnya sebagai pekerja. Malah, kesemua staf management pun mereka akan kenal.
Siap praktis untuk sebut nama dengan betul.
3. Berjabat tangan dengan tegas, berpakaian kemas dan bawa cetakan resume.
Golongan ini selalunya akan mempunyai perasaan hormat yang begitu tinggi dengan kakitangan syarikat yang memanggilnya untuk sesi temu duga.
Walaupun masih belum dipilih sebagai pekerja tetap, mereka akan menunjukkan rasa hormat dengan berjabat tangan dengan kukuh (firm handshake) dan berpakaian kemas.
Siap bawa cetakan resume mereka. Ini baru well-prepared!
4. Bertentang mata ketika berbual.
Ini antara salah satu perkara paling penting untuk dilakukan oleh setiap individu di luar sana. Tak kisahlah berpengalaman ke, senior level ke, fresh grad ke, eye-contact itu PENTING!
Golongan seperti ini selalunya akan menatap mata mereka yang menemu duga mereka. Ini kerana mereka ingin pihak syarikat mengetahui betapa ikhlasnya mereka untuk bekerja dengan syarikat berkenaan.
Malah, mereka juga akan jujur jika mereka tidak berpengalaman.
Nak tipu buat apa, kan? Tak dapat manfaat.
5. Bertanyakan soalan jika tidak tahu.
Selepas selesainya sesi temu duga, pastinya pihak syarikat akan melontarkan soalan untuk memastikan calon memahami setiap yang diperjelaskan tentang syarikat, mahupun tugas diberikan.
Setelah berjaya menjawab soalan yang dilontarkan, jika ada yang masih membuatkan mereka keliru/tidak faham, golongan ini dilihat tidak segan silu untuk bertanyakan apa jua yang menjadi kebimbangan mereka.
Kan bagus macam itu. Malu bertanya, sesat pula jalan nak balik ke lif nanti.
Kesimpulannya…
Apa yang boleh diambil sebagai iktibar di sini adalah; Pengalaman tidak menjamin etika kerja yang lebih keras dan bagus.
Kadang kala, calon yang mempunyai sifar pengalaman boleh mengejutkan anda dengan prestasi dan etika kerja yang jauh lebih baik daripada mereka yang berpengalaman.
Mereka tidak malu untuk belajar sesuatu yang baharu.
Malah, golongan seperti ini dilihat ‘dahagakan’ ilmu. Oleh itu, untuk anda yang sudah 4-5 tahun bekerja (atau lebih), silalah mencurahkan ilmu untuk golongan ini.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.