Now Reading
Perlu Atau Tidak Letak Pangkat Bapa Dalam Resume Kerja?

Perlu Atau Tidak Letak Pangkat Bapa Dalam Resume Kerja?

Ada yang menganggap gelaran bapa seperti Datuk Seri atau Tan Sri tidak perlu diletakkan di dalam resume ketika memohon kerja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sesetengah individu dikurniakan gelaran berpangkat seperti Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Dato’, Tengku dan sebagainya.

Ada yang mendapat pangkat tersebut kerana keturunan keluarga atau menerima penghargaan oleh kerajaan atas sumbangan dan jasa yang diberikan kepada masyarakat.

BACA JUGA: Keliru Apa Erti Dato’ & Datuk? Baca Penjelasan Ringkas Ini

Sebagai ahli keluarga, mestilah kita bangga dengan pencapaian ibu bapa kita yang banyak menyumbang kepada masyarakat sehingga dikurniakan pangkat seperti Datuk atau Tan Sri.

Tetapi pada pendapat anda, perlu atau tidak gelaran atau pangkat tersebut dimasukkan ke dalam resume ketika membuat permohonan kerja dengan mana-mana syarikat?

Penting Ke Letak Pangkat Tersebut Dalam Resume Kerja?

Topik ini menjadi perbualan hangat di media sosial selepas seorang pengguna Twitter (@farahharith) memuat naik hantaran tentang perkara tersebut.

Bagi wanita bernama Farah Harith ini, dia berpendapat bahawa pangkat yang diperolehi oleh bapa tidak perlu diletakkan di dalam resume kerja kerana boleh menimbulkan perasaan tidak senang kepada penemu duga.

Sebagai contoh, anda hanya meletakkan nama penuh seperti Minah binti Abu dan bukannya Minah binti Datuk Wira Panglima Osman Salman.

Topik Pangkat Bapa Undang Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Twitter itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Macam-macam jenis pandangan yang diberikan oleh mereka semua.

Antaranya, ada yang berpendapat bahawa gelaran pangkat tersebut tidak perlu diletakkan dalam resume ketika memohon pekerjaan. Cukup sekadar nama biasa tanpa sebarang pangkat.

Malah mereka juga berfikir mungkin gelaran tersebut boleh dijadikan ‘kabel’ untuk membolehkan seseorang itu mudah untuk diterima bekerja.

Pada masa sama, salah seorang pengguna Twitter juga berkongsi kisah apabila pekerja yang menggunakan pangkat bapa mereka itu dikatakan tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan yang diberikan di pejabat.

Ada juga yang percaya golongan seperti ini tidak boleh mencapai kejayaan dengan usaha sendiri tanpa menggunakan ‘kabel’ dari pangkat bapa mereka.

Namun, segelintir individu pula menganggap tidak salah untuk meletakkan pangkat bapa mereka dalam nama penuh kerana memberi nilai tambah kepada ahli keluarga.

Jadi apa pandangan anda pula? Perlu ke tidak letak pangkat bapa di dalam nama penuh seseorang ketika memohon pekerjaan?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd