Now Reading
[Video] Pemuda Sanggup Redah Hujan Untuk Alihkan Kerusi Di Tengah Jalan Raih Pujian Netizen

[Video] Pemuda Sanggup Redah Hujan Untuk Alihkan Kerusi Di Tengah Jalan Raih Pujian Netizen

Lelaki itu dilihat meletakkan motosikal di bahu jalan dahulu sebelum berhati-hati melintas jalan untuk mengalihkan kerusi yang menghalang pengguna jalan raya.

[Video] Pemuda Sanggup Redah Hujan Untuk Alihkan Kerusi Di Tengah Jalan Raih Pujian Netizen

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kemalangan di jalan raya boleh berlaku disebabkan beberapa punca seperti kecuaian pemandu, keadaan jalan tidak elok atau terdapat halangan yang mengganggu penglihatan.

Tetapi apabila terdapat halangan di tengah jalan raya, tak ramai yang berani untuk mengalihkannya kerana risau dengan risiko keselamatan diri.

Namun, lain pula tindakan seorang penunggang motosikal apabila terlihat sebuah kerusi plastik berwarna putih yang berada di tengah-tengah jalan raya.


Pemuda Sanggup Basah Redah Hujan Kerana Mahu Mengalihkan Kerusi Plastik Di Tengah Jalan Raya

Menerusi satu perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@jllmisai), terdapat sebuah kerusi plastik di tengah-tengah jalan raya yang dilihat mengganggu laluan pengguna jalan raya.

Namun, tindakan seorang pemuda ini yang ingin mengalihkan kerusi tersebut mendapat perhatian ramai apabila dia dilihat sanggup meletakkan motosikalnya di bahu jalan untuk mengalihkan kerusi tersebut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, lelaki berkenaan menunggu sehingga laluan lengang tanpa kereta sebelum bergerak ke tengah jalan raya.

Walaupun pada ketika itu sedang hujan, tetapi itu tidak menghalangnya untuk mengalihkan kerusi tersebut.

Lelaki berkenaan juga dilihat membenamkan kerusi itu di atas tanah dengan cara duduk sekejap supaya ia tidak bergerak semula ke tengah jalan.


Pemuda Tolong Alihkan Kerusi Plastik Di Tengah Jalan Terima Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Video yang dimuat naik itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen di media sosial dengan rata-ratanya memuji kebaikan dilakukan oleh pemuda tersebut.

Malah, ramai menganggap tindakan lelaki itu mengalihkan halangan di jalan raya sebagai satu sedekah kerana mengubah sesuatu benda yang menghalangi jalan.

Bukan itu sahaja, mereka juga mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki dan diberi perlindungan dari Allah SWT atas kebaikan yang dilakukannya.


Mengalihkan Halangan Dikira Sebagai Sedekah Dalam Islam

Dalam satu hadis dari Abi Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ

Maksudnya: Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai di jalan dan kayu tersebut menganggu orang yang lalu”. (HR Muslim No: 4745)

Berdasarkan hadis ini, Islam mengajar umatnya bahawa untuk melakukan amal kebaikan dalam apa jua situasi serta keadaan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Malah, perbuatan tersebut juga dianggap sebagai satu sedekah kerana menjauhkan sebarang kemudaratan kepada orang ramai.

Walaupun hanya dengan senyuman, ia juga dianggap sebagai sedekah dan akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT.

BACA JUGA: [Video] “Saya Bagi Sedekah RM100, Esoknya Saya Dapat Rezeki RM100,000” – Siti Nurhaliza

BACA JUGA: [Video] Pekerja Warga Asing Baik Hati Tolong Cari ‘AirPods’ Jatuh Dalam Longkang

BACA JUGA: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd