Now Reading
PRU15: #CarpoolGE15 Tawar Kongsi Kereta Ke Tempat Mengundi. Tapi Hati-hati Ya!

PRU15: #CarpoolGE15 Tawar Kongsi Kereta Ke Tempat Mengundi. Tapi Hati-hati Ya!

Pengasas bersama #CarpoolGE15 iaitu Khairul Nizam Bakeri berusia 38 tahun menyatakan isu keselamatan sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), ramai pengundi dari seluruh negara akan pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab mereka dalam memilih kerajaan pimpinan seterusnya.

Beberapa promosi pembelian tiket kapal terbang dan juga tren tambahan disediakan kepada orang ramai bagi memudahkan pergerakan mereka untuk pulang mengundi.

Ada juga beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) menawarkan perkhidmatan bas percuma dari Puchong ke beberapa buah negeri lain.

BACA JUGA: Nak Beli Tiket Flight Balik Mengundi PRU15? Ini 5 Tips Untuk Anda

#CarpoolGE15 Mula Trending Lepas Baik Hati Ajak Kongsi Kereta Balik Mengundi

Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap baik hati mereka sehingga #CarpoolGE15 mula mendapat perhatian di laman Twitter.

Boleh dikatakan ramai yang ‘offer’ untuk balik sekali naik kereta pada 18 November ini.

Hati-hati Dengan Tawaran Dari Individu Tidak Dikenali

Walaupun ramai pengguna yang menawarkan servis kongsi kereta ini untuk ke lokasi sama atau ke pusat mengundi, anda juga dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati apabila bersama dengan individu tidak dikenali.

Memetik laporan Bernama, pakar kriminologi Datuk Shahul Hamid Abd Rahim menggesa orang ramai untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat rumah kerana bimbang data tersebut disalah guna untuk tujuan tidak sepatutnya.

Nasihat ini adalah untuk keselamatan anda juga. Lebih-lebih lagi apabila kita semua terdesak memerlukan bantuan. Kami tak mahu ada yang menjadi mangsa jenayah penipuan.

Pakar kriminologi Datuk Shahul Hamid Abd Rahim.

Walaupun inisiatif ini memudahkan pergerakan anda, tetapi anda perlu memastikan ia sah dan dinasihatkan untuk tidak menaiki pemandu yang dilihat mencurigakan.

Pengarah Operasi PRU15 Polis Datuk Seri Hazani Ghazali berkata Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik akan sentiasa memantau perkhidmatan tersebut demi kepentingan rakyat.

Sumber: Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pengasas bersama #CarpoolGE15 iaitu Khairul Nizam Bakeri berusia 38 tahun menyatakan isu keselamatan sentiasa menjadi keutamaan mereka walaupun perkhidmatan itu tidak didaftarkan secara rasmi dengan pihak kerajaan.

Alhamdulillah setakat ini masih tiada kes jenayah berlaku melibatkan pemandu dan penumpang. Kami juga sentiasa memberi peringatan dan langkah keselamatan di laman Twitter dari semasa ke semasa. Yang paling penting, kami mengingatkan kepada penumpang wanita agar tidak berseorangan.

Khairul Nizam Bakeri Pengasas bersama #CarpoolGE15.

Tip Kongsi Kenderaan Ketika PRU15

Jika anda berkongsi kenderaan untuk pulang mengundi menerusi #CarpoolGE15, ikuti langkah-langkah keselamatan berikut:

  • Sahkan kehadiran
    • Berjumpa terlebih dahulu sebelum tarikh bertolak di tempat awam atau buat panggilan video.
  • Elak dedah maklumat peribadi
    • Jangan mendedahkan sebarang maklumat peribadi sepanjang perjalanan.
  • Pilih kawasan awam
    • Turun di kawasan awam dan bukannya di depan rumah atau di kawasan sunyi.
  • Wanita naik sesama wanita
    • Penumpang wanita digalakkan berkongsi kenderaan sesama wanita.
  • Kira dan bahagikan kos sama rata
    • Bincang dan bahagikan kos perjalanan sama rata jika perlu bagi mengelakkan pertikaian.
  • Kongsi lokasi anda kepada ahli keluarga
    • Kongsi maklumat kenderaan dengan ahli keluarga agar mereka peka dengan keadaan terkini anda.
  • Sedia hadapi banjir
    • Bawa beg kecemasan dan bersedia jika terkandas di kawasan banjir.
  • Selenggara kenderaan
    • Pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan ada butiran insurans lengkap.

BACA JUGA: PRU15: KTMB Sediakan Tren Tambahan Untuk Balik Mengundi

BACA JUGA: PRU15: NGO ‘Offer’ Bas Percuma Untuk Balik Mengundi Ke 8 Lokasi Sekitar Malaysia

BACA JUGA: PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd