Now Reading
Tun M Keluar GTA, Sedar Parti Itu Gagal Raih Keyakinan Rakyat Dalam PRU15

Tun M Keluar GTA, Sedar Parti Itu Gagal Raih Keyakinan Rakyat Dalam PRU15

Tun Dr Mahathir Mohamad telah meninggalkan Gerakan Tanah Air (GTA) dan kini bergerak menerusi medium Proklamasi Orang Melayu.

Tun Dr Mahathir Keluar Parti GTA Selepas Gagal Raih Undian Di PRU15

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 19 November lalu, rakyat Malaysia sekali lagi berdepan detik penuh debaran apabila menanti-nantikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di seluruh negara bagi menentukan kerajaan pemerintah yang baharu.

Antara parti yang bertanding ketika PRU15 adalah:

  • Barisan Nasional (BN)
  • Perikatan Nasional (PN)
  • Pakatan Harapan (PH)
  • Parti Tindakan Demokratik (DAP)
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
  • Parti MUDA
  • Gerakan Tanah Air (GTA)

Namun, keputusan rasmi PRU15 hanya diketahui selepas beberapa sesi perbincangan dan menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

BACA JUGA: PRU15: Agong Gesa Pemimpin Parti Serahkan Nama PM Pilihan Pada Jam 2PM, Hari Ini

BACA JUGA: Muhyiddin Yakin Bakal Peroleh Sokongan Mencukupi Untuk Jadi PM Ke-10

BACA JUGA: Anwar Ibrahim Selamat Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Ke-10


Tun Dr Mahathir Tinggalkan Gerakan Tanah Air (GTA) Kerana Parti Itu Tidak Mampu Menarik Undian Rakyat Di PRU15

Terbaharu, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau kini telah meninggalkan Gerakan Tanah Air (GTA) dan tidak lagi memegang sebarang jawatan di dalam parti tersebut.

Sumber: Siti Murni/TRP

Memetik laporan Astro Awani, Tun M mengambil keputusan tersebut selepas melihat GTA tidak lagi mampu berfungsi dengan baik. Malah, gerakan ini juga gagal meraih sebarang undian ketika PRU15 pada November lalu.

BACA JUGA: PRU15: Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15

Kita dapati kalau bergerak sebagai parti, kita tidak boleh menang kerana kita sudah lawan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan GTA serta Pejuang kalah 125 kerusi selain hilang deposit. GTA juga tidak didaftarkan sebagai sebuah parti yang sah, jadi GTA tidak ‘bergerak’.

Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Langkawi ini menjelaskan beliau kini bergerak menerusi medium Proklamasi Orang Melayu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bangsa Melayu tentang nasib mereka di negara ini.

Tambah beliau lagi, bangsa Melayu perlu sedar dengan nasib mereka yang dilihat sudah kehilangan kuasa di negara sendiri.

Sekiranya penyatuan dalam kalangan kaum Melayu tidak dapat direalisasikan, kedudukan bangsa ini di Malaysia semakin lama akan semakin hilang hari demi hari.

Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Dr Mahathir Beri Pendapat Tentang Kerajaan Perpaduan Di Bawah Pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ketika wawancara bersama The Rakyat Post pada Disember tahun lalu, Tun M menegaskan bahawa kerajaan yang dibentuk selepas PRU15 di bawah pemerintahan Anwar Ibrahim bukanlah ‘Kerajaan Perpaduan’.

Sumber: TRP

Menurut beliau, ia lebih kepada Kerajaan Campuran (Coalition Government) kerana tidak merangkumi semua parti di Malaysia seperti PAS.

Kerajaan Perpaduan yang dibentuk hanya melibatkan beberapa buah parti yang terdiri daripada:

  • Pakatan Harapan (PH)
  • Barisan Nasional (BN)
  • Gabungan Parti Sarawak (GPS)
  • Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

BACA JUGA: Tun Mahathir Perjelas Kerajaan Ketika Ini Adalah Kerajaan Gabungan, Bukan Perpaduan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd