PRU15: Agong Gesa Pemimpin Parti Serahkan Nama PM Pilihan Pada Jam 2PM, Hari Ini
Perkara ini berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November, mengakibatkan ‘parlimen digantung’ tanpa parti atau gabungan mempunyai kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi masa kepada pemimpin parti sehingga jam 2.00 petang hari ini (21 November) untuk berkumpul, mengisytiharkan pakatan mereka, dan bagi mana-mana pihak yang mempunyai cukup kerusi di Parlimen untuk menamakan Perdana Menteri pilihan mereka.
BACA JUGA: Muhyiddin Yakin Bakal Peroleh Sokongan Mencukupi Untuk Jadi PM Ke-10
Dalam satu kenyataan, Pegawai Pengawal Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata di bawah Seksyen 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk membentuk kerajaan baharu dan melantik Perdana Menteri melalui proses ini adalah muktamad.
Perkara ini berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November mengakibatkan parlimen yang ‘digantung’ tanpa parti atau gabungan mempunyai kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.
220 daripada 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada 19 November, ini bermakna sekurang-kurangnya 111 atau 112 kerusi diperlukan.
Meskipun PH mewakili blok terbesar iaitu 82 kerusi yang turut menambah 5 daripada DAP dan 1 daripada MUDA kepada 76 kerusi – pada saat ini nampaknya parti berkenaan masih tidak mempunyai gabungan.
PH dijangka mungkin akan bergabung dengan BN, tetapi parti itu menunjukkan prestasi yang buruk semasa PRU15 dengan hanya memegang 30 kerusi.
Malah, beberapa pihak turut menggesa pengerusi BN untuk meletakkan jawatan kerana individu tersebut pernah menjadi ‘suara paling lantang’ supaya Pilihan Raya Umum diadakan.
PN pula memegang 51 kerusi dan sebelum ini pernah bekerjasama dengan BN yang mempunyai 30 kerusi, manakala PAS yang mempunyai 22 kerusi. Pagi semalam (20 November), PN dan pemimpin parti PAS turut mengadakan pertemuan dengan GPS yang mempunyai 22 kerusi – dengan jumlah keseluruhan 103 kerusi.
Pagi ini saya menerima kunjungan YAB Tan Sri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS untuk membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan. (1/2) pic.twitter.com/2Ql1QqEw8C
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) November 20, 2022
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.