Now Reading
Tun Mahathir Perjelas Kerajaan Ketika Ini Adalah Kerajaan Gabungan, Bukan Perpaduan

Tun Mahathir Perjelas Kerajaan Ketika Ini Adalah Kerajaan Gabungan, Bukan Perpaduan

Beliau berkata ini kerana kerajaan yang dibentuk tidak merangkumi semua parti di Malaysia seperti PAS.

tun mahathir

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam satu wawancara bersama The Rakyat Post baru-baru ini menegaskan bahawa kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukanlah ‘Kerajaan Perpaduan’.

Sebaliknya, menurut beliau, ia adalah Kerajaan Campuran (Coalition Government).

Beliau berkata ini kerana kerajaan yang dibentuk tidak merangkumi semua parti di Malaysia seperti PAS.

Ini bukan Kerajaan Perpaduan, ini adalah coalition (gabungan). Dari dahulu kita sudah ada coalition. UMNO pun sebahagian dari 13 parti dalam Barisan Nasional (BN). Kita tidak pernah kata kerajaan pada waktu itu kerajaan perpaduan. Yang ini (Kerajaan Persekutuan sekarang) pun gabungan juga.

Pengerusi Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber: Siti Murni/TRP

Jelas Tun M lagi, UMNO – antara 13 parti di bawah Barisan Nasional (BN) adalah sebahagian daripada kerajaan campuran ketika ia berkuatkuasa.

Beliau dalam masa yang sama turut memberikan contoh bekas perdana menteri British, kerajaan Sir Winston Churchill pada kemuncak Perang dunia kedua, beliau berkata itu boleh dianggap sebagai kerajaan perpaduan kerana ia melibatkan semua pihak (Buruh dan Konservatif).

Kalau kerajaan ini terdiri dari semua parti seperti yang berlaku di era Winston Churchill pada Perang Dunia ke-2 iaitu National Government, itu dipanggil kerajaan perpaduan. Bila Churchill menang, tapi semasa perang dunia, beliau berpendapat bahawa UK perlu ketepikan (kepentingan) parti. Dia adakan satu National Government termasuk parti Buruh dan juga Konservatif. Di Amerika pun kadangkala mereka mengamalkan Bipartisan di mana parti Demokrat dan Republikan bersetuju dalam satu perkata contohnya dalam hal pertahanan yang mana keputusan akan melibatkan pendapat dari kedua-dua belah pihak.

Pengerusi Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan Malaysia sekarang tidak melibatkan semua parti kerana ia terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan GPS serta GRS dari Sarawak dan Sabah.

Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Bersatu dan PAS membentuk blok Pembangkang.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kerajaan hari ini yang banyak bergantung kepada istilah ‘Perpaduan’.

Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini ada mengajak Perikatan Nasional (PN) untuk mendukung kerajaan perpaduan seperti yang dicadangkan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai PM10.

Walau bagaimanapun, keputusan PN yang ingin kekal sebagai pembangkang bagi memainkan peranan semak dan imbang meninggalkan tanda-tanya dan segelintir turut berdebat apakah status Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri pada waktu ini?


Perjanjian Yang Bakal Dimeterai Parti Politik Sokong Kerajaan Perpaduan Berlangsung Hari Ini, 16 Disember 2022

Sumber: Fernando Fong/TRP

Hari ini (16 Disember), perjanjian Kerajaan Perpaduan dikatakan telah menjadi tumpuan di mana ia bakal dimeterai oleh parti-parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Perkembangan itu juga dilihat positif dalam usaha untuk mengelakkan wujudnya konflik ketika ramai pihak mengharapkan keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10 berjalan lancar dengan mendapat sokongan dua pertiga ahli Parlimen menerusi usul undi percaya.

Sesi menandatangi perjanjian tersebut dijangka akan berlangsung pada jam 3 petang hari ini bertempat di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Putrajaya dan hanya akan diwakili oleh ketua-ketua parti dalam Kerajaan Perpaduan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd