Now Reading
Anwar Ibrahim Selamat Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Ke-10

Anwar Ibrahim Selamat Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Ke-10

YDPA berkenan melantik Anwar Ibrahim, 75, yang juga Ahli Parlimen Tambun selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (24 November) telahpun selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu telah dilaporkan berlangsung di Istana Negara pada jam 5:00 petang tadi.

YDPA berkenan melantik Anwar Ibrahim, 75, yang juga Ahli Parlimen Tambun selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Majlis istiadat mengangkat sumpah tersebut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.

BACA JUGA: ‘Pasang Surut’ Sejarah Anwar Ibrahim Sepanjang Bergelar Ahli Politik

BACA JUGA: “Idealisme & Prinsip Perjuangan Tidak Boleh Dijual Beli” – Nurul Izzah Anwar


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd