Nak Beli Tiket Flight Balik Mengundi PRU15? Ini 5 Tips Untuk Anda
Gara-gara lonjakan harga tiket penerbangan yang mendapat bantahan orang ramai, sesetengah syarikat penerbangan menawarkan diskaun sehingga 20% bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022, tiket penerbangan domestik dilihat semakin melonjak naik sehingga dua kali ganda.
BACA JUGA: SPR Umum Tarikh Mengundi PRU15 Pada 19 November 2022
Ramai yang mengadu harga tiket penerbangan untuk pulang mengundi di kampung halaman agak tidak masuk akal.
Kebiasaannya syarikat penerbangan akan menaikkan harga tiket mereka pada musim tertentu sahaja seperti sambutan perayaan dan tarikh penting yang lain.
Memandangkan PRU ini dilakukan bertujuan untuk kemakmuran negara, orang ramai berpendapat bahawa diskaun dan harga siling perlu ditetapkan bagi tiket penerbangan demi meringankan juga beban rakyat yang perlu pulang ke kampung halaman untuk mengundi.
[TERKINI: PRU-15]
— Sir kamarul (@kamarul14) October 20, 2022
Harga tiket flight AirAsia semasa hari mengundi naik mencanak tinggi bagaikan lupa daratan.
WOI @airasia WHY was an error (code 999) when paying for election flight tickets then the price was then DOUBLED???
— Iced Nyior (@IcedNyior) October 20, 2022
From RM360 to RM 730 from Johor to Kuching. tak masuk akal betul pic.twitter.com/hcUyu3AMSA
Jangankan tiket flight KL-KCH, tiket Kuching ->Miri, yang sama dalam Sarawak pun mahal harga, untuk tarikh sehari sebelum tarikh mengundi.
— FIRAWAN (@fdajesfry) October 20, 2022
One way
AirAsia : RM 275
MAS : RM 736 (it’s not even business class). pic.twitter.com/y0PdGV7UGe
Mavcom Akan Campur Tangan Jika Harga Tambang Penerbangan Dinaikkan Sesuka Hati
Menurut laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan bahawa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan mengawal selia harga tiket penerbangan sekiranya syarikat penerbangan didapati menaikkan harga mereka pada musim PRU15.

Beliau juga menjelaskan harga tiket penerbangan lazimnya akan meningkat mengikut mekanisme Harga Dinamik sekiranya terdapat acara yang melibatkan pergerakan penumpang yang banyak.
Berdasarkan mekanisme harga dinamik untuk mana-mana syarikat penerbangan di dunia, harga tiket akan menjadi lebih murah jika dibeli dengan lebih awal. Tetapi jika anda membeli tiket pada saat akhir, harganya akan lebih mahal.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Sesetengah Syarikat Penerbangan Tawar Diskaun
Selepas mendapat bantahan dari orang ramai, beberapa syarikat penerbangan menawarkan diskaun dan tawaran bagi meringankan beban pengundi untuk pulang ke kampung halaman mereka.
Menurut laporan The Edge Markets, Malaysia Airlines akan menawarkan diskaun sebanyak 20% bagi membantu pergerakan pengundi untuk PRU15 tidak lama lagi.
Tawaran diskaun ini dilakukan di bawah kempen ‘Jom Balik Mengundi’ dan diskaun 20% itu terpakai untuk semua kategori tambang seperti berikut:
- Lite
- Basic
- Flex Untuk Kelas Ekonomi (Economy Class)
- Basic Untuk Kelas Perniagaan (Business Class)
- Flex Untuk Kelas Pernigaan (Business Class)
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan turut menyatakan bahawa penumpang boleh menempah tiket bermula semalam (20 Okt) sehingga 19 Nov untuk perjalanan di antara tarikh 11 dan 27 November 2022.
Malaysia Airlines juga akan menambah 26 penerbangan tambahan dan mengendalikan 16 penerbangan domestik dengan pesawat A330 yang bersaiz lebih lebar bagi memenuhi permintaan yang meningkat di beberapa laluan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Firefly Airlines turut menawarkan sehingga 70 penerbangan tambahan dari Subang dan Pulau Pinang ke laluan domestik terpilih dari 17 hingga 20 November, dengan tambang diskaun sebanyak 24% dan 10% masing-masing untuk penerbangan jet dan ATR.
Anda boleh mendapatkan promosi ini dengan mula membuat tempahan dari Khamis (20 Oktober) hingga 24 Oktober bagi perjalanan dari 1 November hingga 30 Jun tahun depan.
Kami bersedia untuk memenuhi peningkatan dalam penerbangan dengan menawarkan perjalanan yang lancar dan selamat untuk para penumpang kami. Anda semua digalakkan untuk menggunakan promosi yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines, Firefly atau MASWINGS ini sebaik mungkIn dengan membuat tempahan tiket lebih awal.
Kapten Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia.
Tips Untuk Beli Tiket Penerbangan
Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial juga berkongsi tips untuk menangani kenaikan harga penerbangan semasa Pilihan Raya Umum.
Antara yang dicadangakn oleh seorang pengguna Twitter (Yana) adalah dengan menunggu seminggu sebelum hari pengundian untuk membeli tiket kerana dikatakan harga mungkin akan turun lebih murah.
Tiket flight memang mahal kalau beli sekarang, so tunggu la nanti seminggu nak dekat tarikh mengundi tu harga turun baru beli. Based on pengalaman balik mengundi 2018.
— Yana (@yanaboredaf) October 20, 2022
Seorang lagi pengguna Twitter (@azuanzahdi) juga berkongsi tips untuk membeli tiket penerbangan dengan harga mampu milik.
Antara tips yang dikongsikan adalah:
- Buat semakan di beberapa laman web seperti Google Flight, Skyscanner, Kayak, Trip.com dan Laman Web Rasmi Syarikat Penerbangan.
- Jangan terlalu berharap agar syarikat penerbangan tambang murah akan sentiasa memberikan harga rendah tanpa sebarang caj tersembunyi.
- Beli tiket pergi balik dari laman web yang berbeza. Setiap satunya dibeli hanya untuk ‘one-way’ sahaja.
- Tiada jaminan tetapi anda boleh menunggu penerbangan tambahan dan harga siling yang ditetapkan.
- Tebus kad kredit dan mata terkumpul anda dalam syarikat penerbangan tersebut.
Nak comment lebih2 nanti cakap Saya cuba jadi macam a guy yang want to be involved with everything 😃 but aviation is close to me and I have to share my 2 sen worth.
— Azuan A Zahdi (@azuanzahdi) October 20, 2022
Bagi yang try nak cari ticket flight #ge15 #PRU15 here are some tips on my TT: pic.twitter.com/4QHVPqmhrG
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.