PRU15: NGO ‘Offer’ Bas Percuma Untuk Balik Mengundi Ke 8 Lokasi Sekitar Malaysia
Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH merupakan salah satu NGO yang menawarkan servis perkhidmatan bas percuma untuk pulang mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Menjelang tarikh mengundi pada 19 November 2022 (Sabtu), ramai yang sudah mula merancang perjalanan balik ke kampung halaman bagi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Sesetengah syarikat penerbangan termasuklah Malaysia Airlines menawarkan diskaun sehingga 20% menerusi kempen ‘Jom Balik Mengundi’ bagi meringankan beban orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
BACA JUGA: Nak Beli Tiket Flight Balik Mengundi PRU15? Ini 5 Tips Untuk Anda
Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tawar Perkhidmatan Bas Percuma Untuk Balik Mengundi
Menjelang PRU15 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, beberapa NGO telah bekerjasama untuk memudahkan pergerakan orang ramai balik mengundi.
Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH, Sayangi Kinrara dan Pemuda SKLHA merupakan NGO yang sama-sama terlibat dalam menjayakan perkhidmatan servis bas percuma dari Puchong ke lapan lokasi sekitar Malaysia.

Antara lokasi yang ditawarkan menerusi perkhidmatan ini adalah:
- Tangkak – Yong Peng – JB – Pontian
- Muar – Batu Pahat
- Kuantan
- Pulau Pinang
- Ipoh – Taiping
- Alor Setar
- Kota Bharu
- Kuala Terengganu
Kepada anda yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan percuma ini, bas tersebut akan bertolak pada 18 November jam 8:00 malam.
Kesemua penumpang perlu berkumpul di Dewan Masyarakat BK2, Puchong yang terletak berhampiran Stesen LRT Kinrara BK5.
Perjalanan pulang semula ke Puchong pula akan berjadual pada 19 November jam 6:00 petang.
Perkhidmatan ini terbuka kepada orang ramai dan anda perlu mendaftar sebelum 16 November 2022 (Rabu) dengan mengklik pada pautan [DI SINI].
Tawaran perkhidmatan ini berdasarkan siapa cepat dia dapat bergantung kepada kekosongan yang masih ada.
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak penganjur menerusi hantaran mesej di WhatsApp sebelum 17 November 2022.

Pihak penganjur turut menggesa semua penumpang untuk menepati masa tiba di pusat berkumpul kerana perlu bersiap sedia lebih awal dengan kesesakan lalu lintas. Mereka yang tiba lewat juga tidak akan dilayan.
Dalam pada itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga tidak terlepas menawarkan perkhidmatan kepada mereka yang mahu pulang ke kampung untuk mengundi dengan menyediakan tren tambahan bagi perjalanan dari 18 sehingga 20 November 2022.
BACA JUGA: PRU15: KTMB Sediakan Tren Tambahan Untuk Balik Mengundi
BACA JUGA: PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna
BACA JUGA: PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.