Now Reading
PRU15: KTMB Sediakan Tren Tambahan Untuk Balik Mengundi

PRU15: KTMB Sediakan Tren Tambahan Untuk Balik Mengundi

Tren tambahan yang disediakan oleh Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sempena PRU15 adalah untuk perjalanan dari 18 sehingga 20 November 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022, ramai yang sudah mula merancang perjalanan mereka untuk pulang mengundi.

Ada yang merancang untuk pulang mengundi dengan memandu kereta dan juga menaiki kapal terbang.

BACA JUGA: Nak Beli Tiket Flight Balik Mengundi PRU15? Ini 5 Tips Untuk Anda

KTM Berhad Tawar Tren Tambahan Sempena PRU15

Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga tidak terlepas untuk menawarkan perkhidmatan kepada mereka yang mahu pulang ke kampung untuk mengundi.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (KTM Berhad), KTMB mengumumkan akan menyediakan tren tambahan untuk keretapi laju ETS sempena PRU15.

Tren tambahan itu akan disediakan untuk perjalanan dari 18 sehingga 20 November 2022.

Memetik laporan BFM News, KTMB akan menjual sebanyak 2,520 tiket untuk ETS dan juga 716 tiket untuk tren KL Sentral-Tumpat-KL Sentral.

Tiket jualan untuk perjalanan tersebut juga telah dibuka hari ini (1 November) sejak jam 2:00 petang.

Kepada anda yang ingin membuat pembelian tiket, boleh lakukan di laman web KTMB atau lebih mudah dengan menggunakan aplikasi KTMB Mobile.

Kalau anda tiada rangkaian data atau Internet, boleh juga membuat pembelian di mana-mana kaunter KTMB berhampiran.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd