Now Reading
Gadis 23 Tahun Ini ‘Flex’ Balik Undi Naik Pesawat Ringan Buat Ramai Cemburu

Gadis 23 Tahun Ini ‘Flex’ Balik Undi Naik Pesawat Ringan Buat Ramai Cemburu

Kenangan pertama kali balik mengundi buat gadis 23 tahun ini lebih bermakna apabila dapat ‘terbang’ dari Subang ke Alor Setar menaiki helikopter.

[Video] Gadis 'Flex' Balik Mengundi Naik Helikopter Buat Ramai Cemburu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menjelang beberapa hari sebelum 19 November di mana semua rakyat Malaysia akan pulang ke kampung halaman untuk mengundi, lebuh raya memang sesak seperti mahu balik beraya.

Malah, tinjauan kami di stesen-stesen pengangkutan awam seperti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) juga sesak dengan orang ramai yang ingin pulang menaiki bas.

Kesesakan ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjalankan tugas mereka dalam memilih pimpinan kerajaan baharu meskipun terpaksa menempuh perjalanan yang agak jauh.

Gadis Ini Pulang Mengundi Dari Subang Ke Pulau Pinang Menaiki Pesawat Ringan

Ketika orang ramai mengadu penat perlu menghadap kesesakan jalan raya untuk mengundi, gadis ini pula dilihat lebih bertuah kerana tidak perlu menempuh perjalanan berjam-jam seperti orang lain.

Menerusi beberapa gambar yang ditunjukkan dalam video TikTok miliknya (@vtye4), gadis dikenali sebagai Vivian berusia 23 tahun ini merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang pertama kali mengundi pada tahun ini.

Sumber: TikTok/@vtye4

Vivian menceritakan perjalanannya pulang mengundi menaiki pesawat ringan dari Subang ke Alor Setar dengan dua orang lelaki di bahagian pemandu.

Gadis ini juga sempat berkongsi beberapa gambar ketika sedang berada di atas udara. Siap boleh nampak lebuh raya sesak di kawasan Slim River, Perak.

Sumber: TikTok/@vtye4

Perjalanan mereka berhenti di Pulau Pinang untuk berehat satu malam sebelum tiba hari mengundi pada keesokan harinya.

Gadis ini meneruskan perjalannya menaiki pesawat ringan dari Pulau Pinang ke Alor Setar pada 19 November untuk mengundi.

Setibanya di Alor Setar, ayah kepada Vivian datang menjemputnya dan menghantarnya semula ke lapangan terbang.

Terima kasih ayah sebab ambil saya di lapangan terbang dan hantar saya semula di lokasi sama dalam tempoh masa satu jam.

Vivian.

Selesai membuang undi, Viviann kembali semula ke lapangan terbang dan meneruskan perjalanan menaiki pesawat ringan untuk pulang ke Subang.

Sumber: TikTok/@vtye4

Mereka juga sempat singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk mengisi minyak sebelum kembali semula ke negeri Selangor.

Sumber: TikTok/@vtye4

Difahamkan, Vivian mempunyai kemahiran dan lesen dalam mengendalikan pesawat ringan. Dia juga pernah membawa sendiri kenderaan tersebut ke beberapa lokasi.

Ramai Cemburu Gadis Ini ‘Flex’ Naik Pesawat Ringan Untuk Balik Mengundi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia agak cemburu melihat gadis pulang mengundi dengan menaiki pengangkutan yang katanya golongan T20 sahaja memilikinya.

Seronok betul paling mengundi naik pesawat ringan. Tak perlu pening kepala nak hadap jalan sesak beberapa jam. Tahu-tahu sampai!

Bolehlah kot simpan duit dari sekarang. Mana tahu pilihan raya akan datang boleh balik kampung naik pesawat ringan juga.

BACA JUGA: [Watch] Datuk Takes Helicopter From KL To Segamat For Durian Buffet, And It’s Not Musang King

BACA JUGA: You Can’t Fly Drones Or Helicopters In Taman Negara, Here’s Why


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd