Now Reading
PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna

PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna

Fahmi Reza menunjukkan panduan menggunakan kotak berjadual bagi memudahkan anak muda menilai parti politik yang bakal bertanding di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Farahin Fadzil
PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Jom Tips Dari Fahmi Reza Ini

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kurang dari tempoh sebulan, rakyat Malaysia sekali lagi akan berdepan detik bersejarah apabila Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal berlangsung pada 19 November (Sabtu).

Selepas beberapa penggal Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang berbeza, terdapat beberapa undang-undang baharu terbentuk seperti Undi18 yang diluluskan pada 15 Disember 2021 lalu.

Apa itu Undi18? Dengan adanya undang-undang ini, ia membolehkan golongan anak muda berusia 18 tahun dan ke atas untuk turut mengundi dalam pilihan raya.

Jadi PRU15 ini menjadi platform pertama buat golongan anak muda untuk mengundi buat julung kalinya sepanjang kehidupan mereka.

Fahmi Reza Ajar Panduan Jika Anda Tak Tahu Nak Undi Parti Politik Yang Mana

Buat anak muda yang baru pertama kali terlibat dalam proses mengundi pilihan raya, mesti ramai yang terpinga-pinga dan tidak tahu nak menyokong parti politik yang mana satu kan?

Menjelang musim pilihan raya tidak lama lagi, seorang pereka grafik dan aktivis dikenali sebagai Fahmi Reza dilihat aktif membuat ‘live’ di akaun TikTok miliknya untuk memberi pendedahan serta berkongsi ilmu asas berkaitan politik dan pemerintahan negara.

Antara topik yang didedahkan oleh Fahmi kepada orang ramai adalah bagaimana untuk menilai dan mengundi parti politik yang sesuai untuk memerintah negara pada penggal seterusnya.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok miliknya (@Fahmi Reza), Fahmi memaparkan kotak berjadual bagi memudahkan anda untuk menilai sesuatu parti atau pemimpin politik di Malaysia.

Penilaian beberapa parti politik itu dibuat berdasarkan aspek sosial iaitu Konservatif dan Liberal serta aspek ekonomi iaitu Kapitalis dan Sosialis. Ruangan kotak di tengah adalah bersifat Centrist.

Berikut adalah kotak berjadual yang dilukis oleh Fahmi Reza:

Sumber: TikTok/Fahmi Reza

NOTA KAKI: Kedudukan parti politik yang disusun di dalam kotak berjadual itu adalah hasil sepakat oleh pengguna media sosial ketika menyertai siaran langsung di akaun TikTok Fahmi Reza.

Bukan sahaja boleh digunakan untuk menilai parti politik, malah Fahmi turut mencadangkan orang ramai untuk mengaplikasikan jadual tersebut bagi melihat kedudukan seseorang pemimpin berdasarkan aspek sosial dan ekonomi.

Diharapkan panduan yang diberikan oleh Fahmi Reza ini dapat membantu lebih ramai golongan anak muda untuk keluar mengundi dan membuat pilihan terbaik dalam memilih kerajaan seterusnya yang bakal mentadbir Malaysia.

BACA JUGA: PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami

BACA JUGA: PRU15: Aplikasi ‘MySPR Semak’ Bantu Rakyat Teliti Maklumat Sebelum & Selepas Mengundi

BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd