Now Reading
PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami

PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami

Sebelum anda keluar mengundi untuk memilih calon terbaik memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada tahun ini, jangan lupa bawa MyKad atau sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seperti yang kita tahu, pilihan raya umum kebiasaannya dilakukan dalam tempoh lima tahun sekali. Mungkin tempoh yang agak lama itu membuatkan ada di antara kita terlupa prosedur dan cara-cara untuk mengundi.

Jika anda salah seorang individu yang pertama kali akan mengundi pada tahun ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian supaya proses pengundian berjalan lancar.

Antaranya adalah seperti:

Semak Daftar Pemilih

Sebelum tiba hari mengundi, anda perlu menyemak senarai daftar pemilih dan memastikan segala maklumat tertera adalah tepat. Yang penting kena tahu lokasi anda akan mengundi nanti.

Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan layak mengundi juga boleh melakukan semakan di laman web rasmi MySPR Semak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

BACA JUGA: PRU15: Aplikasi ‘MySPR Semak’ Bantu Rakyat Teliti Maklumat Sebelum & Selepas Mengundi

Sumber: Malay Mail

Hari Mengundi

Ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kebanyakan bilik mengundi dibuka pada jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang. Bagi sesi mengundi untuk PRU15 pada tahun ini pula, tempoh mengundi akan dipanjangkan.

Penduduk di Semenanjung Malaysia diberi tempoh mengundi bermula jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang manakala Sabah dan Sarawak pula boleh mengundi dari jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Sumber: Malay Mail

Pusat Mengundi Dengan Pelbagai Saluran

Pusat mengundi seperti di bangunan sekolah, dewan, khemah dan sebagainya akan mempunyai beberapa saluran mengundi bagi menampung bilangan pengundi berdaftar yang ramai di kawasan tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewajibkan maksimum 700 nama pengundi untuk setiap saluran pusat mengundi. Dengan cara ini, masalah kesesakan dalam saluran tertentu dapat dikawal dan pengundi juga tidak perlu menunggu lama untuk membuang undi.

Sumber: Malay Mail

Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa Ketika Mengundi

Kad pengenalan diri sama ada MyKad atau kad pengenalan lama adalah dokumen yang perlu dibawa. Jika anda tidak mempunyai kad pengenalan, boleh juga menunjukkan resit JPN.KP9 atau JPN.KP11 kepada petugas.

Dokumen Pengenalan Diri Tambahan Yang Boleh Dibawa Serta:

  1. Pasport Malaysia.
  2. Lesen Memandu berserta Gambar.
  3. Kad pengenalan rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana agensi kerajaan dengan nama pemegang, nombor dan gambar.

Boleh Ke Nak Tolong Undikan Untuk Orang Lain?

Seseorang itu TIDAK DIBENARKAN untuk mengundi bagi pihak orang lain.

Tetapi sekiranya pengundi mempunyai masalah cacat penglihatan, mereka perlulah ditemani oleh individu yang boleh dipercayai bagi membantu proses pengundian. Sebelum itu, individu yang menemani perlu mengisi Borang 10.


Kertas Undi

Sumber: Free Malaysia Today (FMT)

Pengundi hendaklah memastikan kertas undi mereka dicop atau ditebuk dengan tanda rasmi SPR.

Sekiranya kedua-dua syarat ini tidak dipenuhi, pengundi perlu memastikan Ketua Tempat Mengundi telah menandatangani penjuru kiri atas kertas undi tersebut.

Selain itu, pastikan juga anda menerima kertas undi tanpa sebarang tanda seperti dakwat pen atau sebagainya. Jika anda menerima kertas undi yang agak meragukan, maklumkan segera kepada penyelia yang bertugas untuk mendapatkan yang baharu.

Undi yang diterima juga perlu mempunyai nombor siri.

Seksyen 3 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menjelaskan sekiranya kertas mengundi dikeluarkan dari pusat mengundi, individu terbabit boleh disabitkan kesalahan dan dihukum penjara maksimum tiga tahun serta denda maksimum RM5,000.

Macam Mana Nak Mengundi?

SPR menetapkan bahawa cara yang sebetulnya untuk menandakan sesuatu undi adalah dengan meletakkan tanda pangkah (X) pada salah satu kotak mana-mana calon yang dipilih oleh pengundi pada kertas undi.

Ingat, jangan tanda sehingga memasuki ruangan kotak calon lain ya.

Walaupun tanda lain masih boleh diterima tetapi semuanya terpulang kepada Ketua Pusat Mengundi untuk menentukan sama ada tanda itu termasuk dalam kategori undi yang diterima, undi yang boleh dipersoalkan atau undi yang ditolak.

Poster panduan tentang cara menanda kertas undi dengan tepat juga diletakkan di setiap peti undi untuk kemudahan pengundi.

Sumber: Malay Mail

Undi Ragu

Jika pengundi menanda kertas undi dengan tanda selain pangkah, undi mereka akan dikira sebagai undi ragu semasa proses pengundian. Petugas yang mengira undi parti lawan juga akan hadir dan memantau proses tersebut.

Apabila pengundi mengisi simbol selain daripada pangkah dalam ruang nama calon yang bertanding dan bukannya ruang kosong yang disediakan, ini dipanggil undi meragukan.

Contoh-contoh Undi Ragu Yang Boleh Diterima

Sumber: Free Malaysia Today (FMT)
Sumber: Free Malaysia Today (FMT)
Sumber: Free Malaysia Today (FMT)
Sumber: Free Malaysia Today (FMT)
Sumber: Free Malaysia Today (FMT)
Sumber: Free Malaysia Today (FMT)
Sumber:Free Malaysia Today (FMT)
Sumber: Free Malaysia Today (FMT)

Status undi yang diragui tidak akan menyebabkan kertas undi ditolak secara automatik.

Sebaliknya, ia akan dinilai semula oleh pegawai pilihan raya seperti Ketua Pusat Mengundi (KTM), Pengurus Pilihan Raya atau Penolong Pengurus Pilihan Raya di tempat mereka ditugaskan.

Undi Rosak

Terdapat beberapa ciri yang akan menyebabkan undian seseorang itu tidak dikira. Contohnya seperti:

  • Menanda lebih daripada seorang calon.
  • Menanda undi sehingga memasuki ruang calon lain.
  • Menanda di luar ruang nama calon, ruang simbol atau ruang yang disediakan.

Pengundi juga dilarang membuat sebarang tanda atau nota yang boleh digunakan untuk membolehkan diri mereka dikenali seperti menulis nama, nombor telefon atau nama panggilan.

Sumber: Free Malaysia Today (FMT)
Sumber: Free Malaysia Today (FMT)
Sumber: Free Malaysia Today (FMT)
Sumber: Free Malaysia Today (FMT)

Prosedur Mengundi

1. Tidak dibenarkan masuk ke ruangan mengundi sehingga diberitahu oleh petugas yang ditempatkan di pintu masuk.

2. Serahkan MyKad atau dokumen pengenalan diri yang sah serta dan slip pengesahan kepada Kerani Pengundian Pertama. Pastikan tiada kesan dakwat kekal pada jari dengan menunjukkan tangan anda untuk diperiksa.

3. Terus ke pekerja tinjauan seterusnya. Letakkan jari anda dalam dakwat kekal sementara menunggu nama dipanggil.

4. Pekerja pengundian pertama akan merekodkan nama dan nombor pendaftaran anda dalam buku daftar pemilih selepas jari dicelup dengan dakwat kekal. Kemudian, kertas undi akan diedarkan oleh pekerja pengundian ketiga.

5. Pergi ke bilik mengundi dan tandakan “X” pada ruangan satu calon sahaja di atas kertas undi anda.

6. Letakkan kertas undi untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di dalam peti undi yang disediakan

7. Beredar dari tempat mengundi.

Buatlah pilihan yang sebaiknya untuk negara kerana setiap undi mampu mengubah segalanya. Apa-apa pun, jangan lupa keluar mengundi ya semua rakyat Malaysia.

BACA JUGA: PRU15: Cara Mohon Undi Pos


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd