Now Reading
PRU15: Cara Mohon Undi Pos

PRU15: Cara Mohon Undi Pos

PRU15: Pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara masih mempunyai kuasa untuk mengubah iklim politik Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (10 Oktober), Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi perutusan khas dengan mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) meskipun Bajet 2023 masih belum diluluskan di Dewan Rakyat.

Selepas menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 9 Oktober, permintaan beliau telah diperkenankan.

BACA LANJUT: Perdana Menteri Ismail Sabri Umum Sah Bubar Parlimen & PRU15

Selaras dengan pengumuman pembubaran parlimen, tarikh penamaan calon serta pengundian akan bergantung kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Walau bagaimanapun, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijangka akan diadakan selewat-lewatnya sebelum 9 Disember 2022 iaitu tempoh kurang dua bulan (60 hari) dari tarikh 10 Oktober selepas Parlimen dibubarkan.


Persediaan Untuk Permohonan Undi Pos Bagi Rakyat Malaysia Di Luar Negara

Mungkin sukar bagi sesetengah individu yang tinggal di luar negara untuk membuat keputusan sama ada perlu pulang mengundi atau tidak. Bukannya kurang menyayangi negara sendiri, tetapi ia selalunya tidak praktikal dari perspektif kewangan dan/atau pengurusan masa.

Tapi jangan risau, anda masih boleh mengundi dengan cara undi pos.

Sumber: Malay Mail.

Apa yang perlu anda lakukan terlebih dahulu? Semak senarai dan langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Semak daftar pemilih di aplikasi MYSPR SEMAK atau laman web rasmi

  1. Anda boleh memuat turun aplikasi MySPR Semak, atau anda boleh layari spr.gov
  2. Seterusnya, klik pada Semakan Daftar Pemilih
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  4. Semak maklumat peribadi anda dan kawasan pendaftaran.

Langkah 2: Permohonan Akaun Baharu

  1. Lawati laman web spr.gov.
  2. Klik pada Permohonan Akaun Baru.
  3. Isikan butiran yang diperlukan dan muat naik gambar MyKad anda dan gambar selfie anda dengan MyKad.
  4. Masukkan nombor CAPTCHA dan klik daftar.
  5. Selepas menghantar permohonan akaun, anda akan menerima e-mel “Akaun Pengguna & Resit Permohonan”. Permohonan akaun akan disemak oleh SPR, diselia, dan diterima jika syarat dipenuhi.
  6. Anda akan menerima e-mel “Pengaktifan aplikasi akaun pengguna.” Klik pada pautan dalam e-mel untuk mengaktifkan akaun.
  7. Pautan itu akan membawa anda ke halaman “Pengaktifan Akaun Pengguna”. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan kata laluan anda. Klik Minta nombor TAC.
  8. Anda akan menerima nombor TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan nombor TAC dan klik hantar. Pengaktifan akaun dianggap berjaya.

PRU15: Cara Mohon Undi Pos.

Langkah 1: Daftar akaun MySPR

  1. Lawati spr.gov
  2. Daftar akaun MySPR anda
  3. Aktifkan akaun pengguna

Langkah 2: Mohon undi pos

  1. Log masuk ke akaun MySPR anda.
  2. Klik [Permohonan Undi Pos].
  3. Klik [Borang Permohonan] dan pilih kategori “Pengundi Luar Negara”.
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan serahkan permohonan
    E-mel berkenaan status permohonan undi pos (diluluskan atau ditolak) akan diterima selepas permohonan diproses.

Bagaimanakah Cara Undi Pos Berfungsi?

Kredit: Malay Mail

Langkah Pertama:

Setiap kawasan akan diberi pegawai pengurus pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Mereka adalah pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menyelia proses pengundian.

Apabila hari untuk mengundi semakin hampir, pegawai pengurus kawasan anda akan mengedarkan kertas undi pos dan peti undi. Anda boleh menyemak laman web SPR untuk melihat sama ada undi pos anda telah sampai.

Langkah Kedua:

SPR akan menghantar surat undi terus ke alamat pengundi di luar negara. Sebelum ini, undi telah dihantar ke pejabat kedutaan tempatan atau suruhanjaya tinggi.

Langkah Ketiga:

Anda akan dihantar satu paket undi dengan nama dan alamat anda. Ia akan dilampiri dengan Borang 2, Sampul B, dan dua sampul surat berlabel “A” untuk Parlimen dan satu untuk Negeri. Ini adalah untuk membuang undi bagi calon pilihan anda di peringkat kebangsaan dan negeri.

Sebelum anda mula mengundi, semak kertas undi anda untuk sebarang tanda, salah cetak atau kesalahan. Jika ada, anda mesti segera memberitahu kedutaan anda untuk mendapatkan pengganti.

Langkah Keempat:

Selepas anda menanda kertas undi, lipat dan letakkan semula ke dalam sampul surat masing-masing. Undi yang diletakkan dalam Sampul A yang salah tidak akan dikira, jadi anda disarankan untuk berhati-hati dengan undi anda.

Langkah Kelima:

Kembalikan sampul undi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya kawasan anda apabila selesai. Berhati-hati untuk tidak menghantar undi melalui pos biasa, sebaliknya gunakan kaedah yang diluluskan oleh SPR.

And, You’re Done!

Anda boleh menghantar undi anda melalui perkhidmatan kurier, tetapi anda perlu membayar kos penghantaran dengan sendiri.

Sebagai pilihan lainnnya, anda boleh mengembalikan undi anda kepada Perwakilan Malaysia (Malaysian Mission), yang akan meletakkannya di dalam Beg Diplomatik Khas dan menyerahkannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Undian mestilah sampai kepada pegawai sebelum tarikh akhir.

Walau apa jua hasilnya, anda telah menyumbang untuk membentuk masa depan negara Malaysia yang lebih cerah dan maju. Good job, Malaysians!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd