Now Reading
Agong Titah Mesyuarat Khas Bersama Raja-Raja Melayu Esok, 24 November

Agong Titah Mesyuarat Khas Bersama Raja-Raja Melayu Esok, 24 November

Perjumpaan khas di Istana Negara itu dilakukan bertujuan untuk membantu Seri Paduka mendapatkan pandangan dan pendapat daripada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

PRU15: Agong & Raja-Raja Melayu Bakal Bermesyuarat Khas Esok, 24 November

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berikutan masih belum ada lagi keputusan rasmi tentang Perdana Menteri Ke-10 Malaysia selepas empat hari dari tarikh membuang undi pada 19 November lalu, pelbagai mesyuarat telah diadakan.

BACA JUGA: Anwar Bersenda Jawatan PM Masih Kosong

Dalam satu kenyataan yan dimuat naik di laman Facebook Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka akan mengadakan mesyuarat khas bersama Raja-Raja Melayu esok (24 November).

Perjumpaan khas di Istana Negara itu dilakukan bertujuan untuk membantu Seri Paduka mendapatkan pandangan dan pendapat daripada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu tentang pembentukan kerajaan Persekutuan demi menjaga kesejahteraan negara.

Memetik laporan Sinar Harian, mesyuarat tersebut dijangka berlangsung selama tiga jam bermula pada jam 10:30 pagi.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong memberi cadangan agar Perikatan Nasional bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan tetapi Tan Sri Muhyiddin Yasin yang merupakan Presiden PN menolak perkara tersebut.

BACA JUGA: Tiada Calon PM Dapat Majoriti Mudah, Agong Titah Muhyiddin & Anwar Menghadap Ke Istana Negara Petang Ini

Malah, Barisan Nasional (BN) juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan memihak kepada mana-mana parti sama ada PN atau PH.

BACA JUGA: [Terkini] Ismail Sabri Perjelas BN Tak Akan Sokong PN Atau PH

Berikutan itu, Yang di-Pertuan Agong meminta rakyat agar kekal tenang sehingga proses membentuk kerajaan baharu selesai.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd