Now Reading
Undi Awal Di Parlimen Padang Serai & DUN Tioman Bermula Esok, 3 Disember

Undi Awal Di Parlimen Padang Serai & DUN Tioman Bermula Esok, 3 Disember

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) turut memaklumkan bahawa penandaan dakwat pilihan raya akan dibuat pada jari kelingking kiri bagi pengundi yang mengundi awal di Padang Serai dan Tioman.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), calon dari parti Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di P.017 Padang Serai iaitu M Karupaiya dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pada pagi hari pengundian pula, seorang lagi calon dari parti Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Tioman iaitu Md Yunus Ramli telah meninggal dunia di Hospital Rompin.

Berikutan itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh baharu untuk mengundi di kedua-dua lokasi.

Proses Undian Awal Di 2 Lokasi Terlibat

Menerusi satu hantaran dimuat naik oleh SPR di laman Twitter rasmi mereka (@sprgovmy), proses pengundian awal di Padang Serai, Kedah dan Tioman, Pahang dijelaskan dalam kenyataan tersebut.

Bagi proses pengundian awal di Padang Serai, seramai 76 individu terdiri daripada anggota polis akan mengundi esok (3 Disember) bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim bermula jam 8:00 pagi sehingga 2:00 petang.

Manakala proses pengundian awal di Tioman pula melibatkan 243 anggota polis yang akan mengundi di Bilik Rehat Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin bermula jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang.

Satu lagi lokasi pengundian juga dibuka bagi Dewan Negeri N.42 Tioman ini iaitu di Bilik Maklumat Balai Polis Tekek Pulau Tioman dari jam 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari.

Kesemua kertas undi awal tersebut akan disimpan di lokap balai polis dan hanya akan dikira pada 7 Disember 2022 bermula jam 4:00 petang.

Perkara Penting Yang Perlu Diambil Perhatian Sebelu Mnegundi

Pihak SPR turut memaklumkan bahawa penandaan dakwat pilihan raya akan dibuat pada jari kelingking kiri bagi pengundi yang mengundi awal.

Kepada pengundi yang disahkan positif Covid-19 pula, mereka diminta untuk menghubungi Pegawai Kesihatan Daerah bagi memudahkan urusan pengundian awal pada hari tersebut.

Sebelum bergerak ke lokasi mengundi, pengundi dinasihati untuk membuat semakan maklumat terlebih dahulu melalui portal semakan atau aplikasi MySRPSemak atau boleh terus menghubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 atau 03-88880040.

BACA JUGA: PRU15: Aplikasi ‘MySPR Semak’ Bantu Rakyat Teliti Maklumat Sebelum & Selepas Mengundi

BACA JUGA: PRU15: Penggunaan Telefon Bimbit Di Tempat Mengundi Adalah Dilarang – SPR

BACA JUGA: PRU15: Majikan Tak Beri Kebenaran Mengundi Boleh Didenda RM5k Atau Penjara Setahun


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd