Now Reading
“Alhamdulillah, Howard Terima Dengan Hati Terbuka” – Menteri Agama Puji Howard Saat Bersua Isu Tafsir Al-Quran

“Alhamdulillah, Howard Terima Dengan Hati Terbuka” – Menteri Agama Puji Howard Saat Bersua Isu Tafsir Al-Quran

Menurut Mohd Na’im, pertemuannya bersama Howard bagi membincangkan isu mentafsir al-Quran adalah sangat bagus untuk menjernihkan persefahaman bahawa Islam wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai umat Islam, kita tidak dibenarkan untuk mentafsir kitab suci al-Quran sesuka hati mengikut pandangan sendiri kerana hukumnya adalah haram.

Hal ini bagi mengelakkan sebarang petikan yang termaktub dalam al-Quran tidak disalah erti oleh masyarakat.

Namun lain pula yang terjadi apabila Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How telah bertindak memetik ayat 59 surah an-Nisa berhubung konsep taat kepada Ulil Amri dan mengaitkannya dengan parti politik.


Horward Terima Baik Nasihat Menteri Agama Mengenai Isu Tafsiran al-Quran

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah bertemu dengan Howard pada malam (2 Oktober) berikutan isu beliau memetik ayat al-Quran baru-baru ini.

Menurut Mohd Na’im, pertemuannya bersama Howard bagi membincangkan isu tersebut adalah sangat bagus untuk menjernihkan persefahaman bahawa Islam wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.

“Howard Lee bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Selain itu, Mohd Na’im turut menekankan bahawa sebarang sumber yang dipetik daripada al-Quran perlu diteliti dengan lebih lanjut untuk menjaga sensitiviti masyarakat setempat.


Menteri Agama Puji Howard Kerana Mempunyai Banyak Ilmu Tentang Agama Islam

Menerusi temu duga yang dilakukan oleh Menteri Agama baru-baru ini, beliau berkata pertemuannya dengan Howard adalah sangat harmoni kerana mereka telah bertukar pandangan serta ilmu masing-masing.

“Kita mempelajari antara satu sama lain,” jelasnya.

“Alhamdulillah YB Howard telah menerima dengan hati terbuka tentang apa yang saya sampaikan kepada beliau,” kata Menteri Agama berkenaan.

Mohd Na’im dalam masa sama memuji lenggok bahasa sopan yang digunakan oleh Howard ketika berkomunikasi dalam perjumpaan itu.

Tambahnya, Howard juga dipercayai telah membaca banyak sejarah-sejarah Islam kerana ilmunya yang mendalam dalam bidang tersebut.

Sumber: Facebook Dato’ Setia Dr Na’im

Howard Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Kerana Isu Mentafsir al-Quran

Sebelum ini, Howard telah tampil membuat permohonan maaf kepada semua pihak susulan tindakannya memetik potongan ayat al-Quran.

Permohonan maaf tersebut diharapkan dapat menghentikan sebarang ancaman yang diterima ekoran penularan video berkenaan di media sosial.

Menurut Howard selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, beliau telah memetik ayat al-Quran tersebut atas cadangan pihak alim.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf bagi semua pihak termasuk rakan-rakan daripada Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang telah memetik ayat-ayat suci al-Quran dalam konteks politik,” ulasnya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] TikToker Ajak Orang Awam Sambung Ayat al-Quran Untuk Dapat RM50

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia & Turkiye Kutuk Tindakan Polis Sweden Benarkan Lelaki Bakar Al-Quran Depan Masjid

Baca Artikel Berkaitan: 2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara

Sumber: Utusan | Sinar Harian | Facebook Dato’ Setia Dr Na’im


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd