“Ini Belum Tanya Kekerapan Solat Tahajjud” – Borang Kerja Di UIA Persoal Amal Mazhab Dipegang & Kekerapan Solat Fardhu
Antara pilihan mazhab yang diberikan dalam borang permohonan untuk bekerja di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah Maliki, Syafie, Hambali dan Hanafi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila kita memohon kerja di mana-mana tempat, pastinya mereka akan meminta anda untuk menghantar resume dan mengisi borang terlebih dahulu.
Kebiasaannya borang permohonan tersebut adalah bagi mengetahui latar belakang seseorang bagi menentukan sama ada mereka layak atau tidak untuk diterima masuk.
Namun, lain pula borang permohonan yang perlu diisi untuk seseorang yang dikatakan mahu bekerja di sebuah universiti tempatan berkonsepkan islamik.
Borang Permohonan Bekerja Di UIA Tanya Mazhab Yang Diamalkan
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna di laman X (Twitter @Lalanizm), individu ini berkongsi gambar dipercayai borang untuk permohonan bekerja di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Uniknya di dalam borang tersebut, terdapat soalan yang memerlukan pemohon memberitahu amalan mazhab yang diikuti dalam agama Islam.
Antara pilihan yang diberikan adalah Shafie, Maliki, Hanafi dan Hambali.
UIA job application asks for what mazhab are you ✨✨ pic.twitter.com/Lzl9PN0Oii
— Lalaleo (@Lalanizm) September 4, 2023
Selain itu, seorang lagi pengguna X (Twitter @teddynicky_) berkongsi beberapa soalan berkaitan pengamalan budaya Islam yang juga ditanya di dalam borang tersebut.
Di sini kami kongsikan beberapa ‘soalan bocor’ menerusi borang tersebut yang telah dimuat naik oleh pengguna media sosial:
- Kekerapan melaksanakan solat fardhu.
- Kekerapan melakukan solat sunat.
- Kebolehan untuk membaca al-Quran.
- Bilangan surah lazim yang boleh dibaca.
- Kekerapan menghadiri majlis agama.
- Pemahaman tentang budaya Islam dalam kehidupan.
- Pemahaman tentang konsep pendidikan Islamik.
- Penjelasan tentang tanggungjawab yang perlu dipukul sebagai seorang pekerja.
Netizen Terkejut Ada Soalan Unik Ditanya Dalam Borang Permohonan Kerja
Rata-rata netizen terkejut melihat wujudnya soalan sedemikian dalam borang permohonan untuk berkerja di UIAM.
Ada juga yang risau sekiranya mereka ditanya tentang kekerapan melakukan solat tahajjud atau disuruh membacakan beberapa surah lazim secara spontan.
Walau bagaimanapun, ada pihak yang berkata soalan-soalan yang ditanya di dalam borang online itu tidak akan ditanya secara bersemuka ketika sesi interview.
Boleh tahan unik juga borang permohonan bekerja di UIA. Kalau macam ini, bukan setakat perlu bersedia untuk bekerja, amal ibadah kita pun perlu dikukuhkan lagi.
Artikel Berkaitan: 2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara
Artikel Berkaitan: “Perintah Allah SWT Kena Sangat Hati-hati!” – Ini 5 Tips Untuk Mudah Didik Anak Perihal Agama
Sumber: Twitter Lalanizm
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.