Now Reading
[Video] Bolehkah Wanita Muslimah Mandi Di Tempat Awam? Ini Jawapannya

[Video] Bolehkah Wanita Muslimah Mandi Di Tempat Awam? Ini Jawapannya

Antara contoh tempat mandi awam adalah kolam mandi, taman tema air, sungai dan pantai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aktiviti riadah seperti berenang penting dilakukan bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Selain daripada dapat beriadah, berenang juga memberikan kita peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan mengembirakan anak-anak.

Malah, Rasulullah SAW bersabda bahawa belajar berenang merupakan salah satu daripada empat perkara yang tidak sia-sia dan lalai.

Namun, dalam keseronokan bermandi-manda di kolam, sungai atau pantai, umat Islam perlu ingat tentang segala larangan yang ditetapkan Allah SWT.

Seorang pengguna TikTok (@sheilahazmi) telah memuat naik satu video yang menerangkan hukum wanita mandi di tempat awam.

Menerusi video tersebut, dinyatakan bahawa wanita mukallaf haram mandi di tempat awam.

Dia menerangkan wanita mukallaf merupakan seseorang yang beragama Islam, telah baligh, berakal dan sempurna sifatnya kecuali jika buta atau pekak.

@sheilahazmi

Haram mandi di tempat awam. Situ duduk. 1. Mukallaf bermaksud islam, baligh, berakal, sempurna sifat. 2. Sempurna sifat kecuali orang yang buta dan pekak. Kalau ada salah satu deria sama ada buta atau pekak dikira mukallaf. #fyp

♬ Hasbi Rabbi – Khai Bahar

Rasulullah SAW Pesan Jangan Izinkan Isteri Ke Tempat Mandi Umum

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan tentang larangan wanita mandi di tempat awam.

Diriwayatkan daripada Jabir R.A, Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يَدْخُلِ الْحَمَّامَ إِلاَّ بِمِئْزَرٍ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يُدْخِلْ حَلِيلَتَهُ الْحَمَّامَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah seorang lelaki memasuki bilik mandi umum kecuali dengan memakai kain. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia mengizinkan isterinya masuk ke tempat permandian umum.”

Riwayat Ahmad (14706)

Hadis di atas menjelaskan bahawa umat Islam yang beriman kepada Allah SWT tidak akan membenarkan isterinya masuk ke tempat mandi umum.

Dalam satu hadis lain daripada Abu al-Mulaih al-Hazali, para wanita dari penduduk Hims atau penduduk Syam menemui Aisyah R.A. yang berkata:

أَنْتُنَّ اللاَّتِي يَدْخُلْنَ نِسَاؤُكُنَّ الحَمَّامَاتِ ؟ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا إِلاَّ هَتَكَتِ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا.

Maksudnya: “Apakah kamu yang biasa membiarkan wanita-wanita kamu masuk ke tempat permandian (umum)? Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

“Tidak ada seorang wanita pun yang melepas pakaiannya di selain rumah suaminya melainkan dia telah mengoyak tirai penutup (rasa malu) antara dia dan Tuhannya.”

Riwayat Abu Daud (4010)

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, wanita dilarang memasuki tempat mandi umum kecuali jika terlindung daripada pandangan orang lelaki.

Pantai adalah tempat yang luas. Oleh itu wanita boleh memilih untuk mandi jauh daripada pandangan orang ramai. (Sumber: Pexels)

“Boleh Mandi Di Tempat Awam Tetapi Jauh Dari Pandangan Lelaki” – UAI

Perkara ini turut dipersetujui oleh Ustaz Azhar Idrus yang berkata wanita tidak dilarang daripada mandi di tempat mandi awam yang dikhaskan untuk mereka dan terlindung daripada pandangan lelaki.

Beliau menerangkan walaupun seorang wanita berpakaian menutup aurat pada asalnya, namun mandi di tempat awam akan memberi peluang kepada para lelaki ajnabi untuk melihat tubuhnya dalam keadaan basah.

Katanya, apabila pakaian berada dalam keadaan basah, ia akan menampakkan bentuk tubuh badan.

Ustaz Azhar berkata wanita diizinkan mandi di tempat awam yang dikhaskan seperti di kolam awam Pantai Batu Buruk, Terengganu yang menempatkan tempat mandi wanita di dalam dewan.


Tiada Kelonggaran Wanita Mandi Di Tempat Awam

Di samping itu, beliau menerangkan tiada kelonggaran bagi larangan wanita mandi di tempat awam kerana tidak wujud sebarang darurat untuk berbuat demikian.

Hal ini adalah kerana selain daripada diwajibkan menutup aurat, wanita juga tidak boleh berpakaian yang menampakkan bentuk badan, sama dalam keadaan kering mahupun basah.

Sebaliknya, jika ingin mandi di tempat awam yang luas seperti di pantai, seorang wanita boleh memilih untuk mandi di kawasan pantai yang jauh daripada pandangan lelaki ajnabi.

Jika tiba-tiba terdapat lelaki yang datang ke kawasan tersebut, Ustaz Azhar menasihati agar wanita meninggalkan tempat itu melalui jalan lain.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd