Now Reading
Nasi Ayam Claypot Tak Halal, JAKIM Nasihat Semak Status Halal Sebelum Kunjungi Premis

Nasi Ayam Claypot Tak Halal, JAKIM Nasihat Semak Status Halal Sebelum Kunjungi Premis

Hasil siasatan mendapati premis nasi ayam ‘claypot’ di Sri Petaling Jaya tidak mempunyai pensijilan halal yang diluluskan oleh pihak JAKIM.

nasi ayam claypot

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat penganut agama Islam, halal dan haram merupakan antara aspek yang paling penting untuk diambil perhatian sebelum mengambil apa-apa jenis makanan.

Ini kerana hukum makan makanan haram bagi golongan Muslim adalah berdosa. Oleh sebab itu, adalah penting untuk kita membeli makanan atau bahan masakan yang mempunyai logo halal yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Terdahulu, tular satu video di media sosial tentang satu kes di mana sebuah premis nasi ayam ‘claypot’ yang terkenal di Sri Petaling Jaya menggunakan alkohol ‘rice wine’ sebagai salah satu bahan dalam masakannya.


JAKIM Nasihat Pengguna Muslim Periksa Status Halal & Berhati-hati Pilih Lokasi Makan

Susulan daripada kejadian yang tular ini, JAKIM menerusi satu kenyataan di laman Facebook berkata pengguna Muslim perlulah lebih berhati-hati untuk memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.

Sumber: Facebook JAKIM

Tambah JAKIM dalam kenyataan yang sama, premis yang selamat untuk penganut beragama Islam perlulah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Berwibawa Pensijilan Halal Malaysia.

Hasil siasatan yang diperoleh daripada semakan di Portal Halal Malaysia mendapati premis berkenaan tidak mempunyai sebarang pensijilan halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM.

Untuk info, pengguna boleh menyemak status Halal menerusi beberapa platform yang sah seperti:

Tambahan, pengguna juga boleh layari Facebook Bahagian Pengurusan Halal Jakim untuk mendapatkan maklumat tentang isu-isu Halal di Malaysia.


Netizen Berang Komen Isu Guna Rice Wine Dalam Nasi Ayam Claypot

Rata-rata warga netizen telah meluahkan perasaan kecewa dan marah terhadap peniaga premis nasi ayam ‘claypot’ yang menggunakan alkohol dalam masakan.

Menerusi hantaran video di akaun TikTok milik (@ezzuchang), lelaki yang dikenali sebagai Oppa Zuzu telah meluahkan pandangannya terhadap isu yang dikatakan lebih teruk berbanding isu halal lain yang lebih kurang sama terjadi sebelum ini.

“Dah 20 tahun berniaga, apa yang dia beri kepada orang-orang Melayu kita makan?”, ujar lelaki berkenaan dalam video yang sama.

Sumber: TikTok (@ezzuchang)

“Dah terang lagi bersuluh,” jelas Oppa Zuzu yang berasa musykil apabila salah satu pelekat botol yang pada asalnya merupakan rice wine ditukar kepada minyak bijan selepas video premis berkenaan tular di media sosial.

Oppa Zuzu turut menekankan bahawa orang sebeginilah yang akan menimbulkan perasaan was-was masyarakat setempat untuk mencuba masakan Cina Muslim di luar sana lebih-lebih lagi para mualaf.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Oppa Zuzu.

Sumber: TikTok (@ezzuchang)

“Patutlah orang ketagih makan agaknya sebab ada wine,” kata seorang wanita dalam ruangan komen.


Hukum Makan Makanan Haram Buat Mereka Yang Tidak Tahu Status Halal

Kadangkala kita sudah yakin bahawa sesuatu makanan itu adalah halal, namun sebenarnya telah ditipu oleh peniaga tentang status halalnya.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis, pihak yang ditipu sehingga menyangka bahan yang haram itu adalah halal, tidak menanggung sebarang dosa dan kesalahan di sisi agama.

Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran:

“وَلَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ جُنَاحٌ فِيمَآ أَخۡطَأۡتُم بِهِۦ وَلَٰكِن مَّا تَعَمَّدَتۡ قُلُوبُكُمۡۚ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورا رَّحِيمًا”

Maksudnya: “Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh jantung hati kamu. Dan (ingatlah) Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Baca Artikel Berkaitan: Minuman ‘Bundaberg’ Halal Ke?

Baca Artikel Berkaitan: JAKIM Dedah Lebih 70% Pemegang Sijil Halal Di Malaysia Adalah Bukan Bumiputera

Baca Artikel Berkaitan: FamilyMart Malaysia Henti Penjualan Alkohol Sejak Mac 2023, Raih Sijil Halal Pertama

Sumber: Facebook (JAKIM) | TikTok (@ezzuchang | Mufti Negeri Perlis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd