Now Reading
[Video] TikToker Ajak Orang Awam Sambung Ayat al-Quran Untuk Dapat RM50

[Video] TikToker Ajak Orang Awam Sambung Ayat al-Quran Untuk Dapat RM50

Pemuda ini mengajak orang awam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur untuk menyambung bacaan surah dalam al-Quran dan akan memberi RM50 sebagai ganjaran sekiranya berjaya.

[Video] TikToker Ajak Orang Ramai Sambung Ayat al-Quran Untuk Dapat RM50

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Membaca al-Quran adalah salah satu ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam. Jika dapat hafal beberapa surah seperti surah lazim dalam kitab suci ini pun sudah memadai.

Allah SWT menjanjikan ganjaran kepada hambanya yang sentiasa berdamping dengan al-Quran. Dengar sahaja pun sudah dapat pahala, inikan kalau kita membaca dan menghafalnya.

BACA JUGA: Rider Dipuji Luang Masa Baca Al-Quran. Ada Yang ‘Offer’ Berbuka Puasa Percuma Selama Sebulan!

Siapa dapat sambung bacaan al-Quran akan dihadiahkan RM50

Baru-baru ini, seorang tahfiz yang juga merupakan personaliti media sosial di TikTok dikenali sebagai Abdul Qawiy tampil membuat satu cabaran menarik kepada orang awam di kawasan sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian video dimuat naik di laman TikTok (Abdul Qawiy), pemuda ini mengajak orang ramai untuk menyahut cabarannya menyambung ayat al-Quran yang dibacakan.

Mereka yang berjaya menyambung bacaan tersebut akan dihadiahkan sejumlah wang RM50.

Sumber: TikTok/Abdul Qawiy

Pada mulanya, seorang kanak-kanak lelaki cuba untuk menyambung surah Al-A’la yang dibacakan tetapi tidak berjaya.

Kemudian bapa kepada kanak-kanak itu pula tampil menggantikan anaknya untuk menyambung surah berkenaan. Kalau anda dengar betul-betul, bacaan al-Quran oleh pakcik itu memang cukup merdu.

Sudah pastinya konten yang positif seperti ini mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 2.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@abdqawiyaro/video/7147096311744040218?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ramai minta lebih banyak konten positif seperti ini

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji konten berunsur positif yang dihasilkan oleh pemuda ini.

Kita yang dengar pun sejuk hati. Alang-alang sambil tengok TikTok, boleh juga kutip pahala.

Malah, ramai juga yang memuji kelunakan bacaan al-Quran oleh bapa kepada kanak-kanak di dalam video tersebut.

Siap ada yang cakap bacaannya seperti imam di masjid.

Seronok pula dengar pakcik itu baca al-Quran. Kita yang dengar pun tak bosan. Tengok video macam ini berulang kali pun tak apa.

BACA JUGA: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd