Now Reading
Malaysia & Turkiye Kutuk Tindakan Polis Sweden Benarkan Lelaki Bakar Al-Quran Depan Masjid

Malaysia & Turkiye Kutuk Tindakan Polis Sweden Benarkan Lelaki Bakar Al-Quran Depan Masjid

Lelaki warga Iraq bernama Salwan Momika yang telah membakar kitab suci al-Quran di hadapan sebuah masjid di Sweden adalah seorang ateis.

Polis Sweden Benarkan Lelaki Warga Iraq Bakar Al-Quran, Malaysia & Iraq Kutuk Tindakan Tersebut

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Isu penghinaan agama Islam dalam kalangan orang bukan Islam sering berlaku terutamanya di luar negara kerana tularnya sentimen Islamofobia yang menerapkan rasa benci dan takut kepada Islam dan penganutnya.

Terbaharu, satu insiden berlaku di mana seorang lelaki berasal dari Iraq berusia 37 tahun dikenali sebagai Salwan Momika dilihat membakar kitab suci al-Quran di luar masjid di Stockholm ketika sambutan Hari Raya Aidiladha semalam (29 Jun).

Lebih mengeruhkan lagi keadaan, demonstrasi oleh lelaki berkenaan dipercayai dibenarkan dan tidak dihalang oleh pihak berkuasa Sweden.

Difahamkan pihak polis Sweden memberi ‘lampu hijau’ kepada insiden pembakaran al-Quran itu kerana menganggap ia sebagai salah satu kebebasan bersuara dan tidak mencetuskan sebarang risiko keselamatan.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Twitter (@misvakcaps), Salwan bersama seorang lagi lelaki dilihat membaling dan menendang kitab suci berkenaan sebelum membakarnya.

Menerusi video yang lain, lelaki itu juga dikatakan meletakkan daging khinzir pada al-Quran.

Memetik sumber The Sports Grail, Salwan yang berasal dari Iraq baru sahaja lima tahun menetap di Sweden dan sudah mendapat kerakyatan di negara berkenaan.

Malah, dia juga menggelar dirinya sebagai ateis iaitu tidak percaya pada mana-mana agama.


Perdana Menteri Sweden Anggap Demonstrasi Bakar Al-Quran Tidak Langgar Undang-undang Negara

Memetik laporan BBC, Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson menyatakan protes menghina al-Quran dengan cara membakarnya adalah sah di sisi undang-undang negara mereka tetapi tidak sesuai dilakukan.

Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson. (Sumber: Instagram @kristerssonulf)

Mengulas lanjut lagi, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menguruskan isu tersebut sama ada mahu membenarkannya atau tidak.

Walaupun pihak berkuasa menganggap protes itu tidak mendatangkan sebarang ganggguan, tetapi Salwan tetap didakwa kerana kesalahannya memilih lokasi berhampiran masjid untuk membakar al-Quran.


Tindakan Lelaki Bakar Al-Quran Dibenarkan Di Sweden Raih Pelbagai Reaksi

Protes yang dilakukan itu telah mengundang kemarahan beberapa buah negara termasuklah Turki, Iraq, Arab Saudi, Mesir dan Malaysia.

Menerusi ciapan dimuat naik oleh Menteri Luar Turki Hakan Fidan di laman Twitter miliknya (@HakanFidan), beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu dan menganggapnya sebagai perbuatan keji yang tidak sepatutnya dilakukan.

Saya membantah insiden yang berlaku di Sweden itu lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan pada hari pertama Hari Raya Aidiladha. Protes anti-Islam itu tidak sepatutunya dibenarkan dalam memberi kebebasan bersuara kepada seseorang.

Menteri Luar Turki, Hakan Fidan.

Pada masa yang sama, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan Sweden yang meluluskan provokasi menghina Islam itu.

Dalam ciapannya di laman Twitter (@ZambryOfficial), beliau menganggap penghinaan terhadap kitab suci al-Quran ketika umat Islam seluruh dunia sedang menyambut Hari Raya Aidiladha adalah sangat tidak wajar.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd