Now Reading
PRU15: Calon Termuda Bertanding Berusia 23 Tahun & Mahathir Kekal Paling ‘Senior’

PRU15: Calon Termuda Bertanding Berusia 23 Tahun & Mahathir Kekal Paling ‘Senior’

Peggy Chaw Zhi Ting dan Muhammad Syahmi Suhaimi yang merupakan calon paling muda berusia 23 tahun masing-masing akan bertanding di Parlimen Tenom dan Tambun Tulang.

PRU15: Calon Termuda Yang Bertanding Umur 23 Tahun & Mahathir Kekal Paling 'Senior'

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada Sabtu lalu (5 November), kesemua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara rasmi telah mengeluarkan nama calon mereka bagi merebut 222 kerusi di Parlimen untuk penggal seterusnya.

Antara kerusi ‘panas’ yang mendapat perhatian ramai adalah P.063 Parlimen Tambun yang menyaksikan Presiden Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Presiden Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
(Sumber: Instagram/@anwaribarahim_my)

Selain itu, P.098 Parlimen Gombak turut menjadi pertembungan sengit selepas Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari dari Pakatan Harapan (PH) bakal bersaing dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari Perikatan Nasional (PN).

BACA JUGA: GE15 Nomination Day: As It Unfolds

Kiri: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari Perikatan Nasional (PN). Kanan: Datuk Seri Amirudin Shari dari Pakatan Harapan (PH).
(Sumber: Instagram/@azmin_ali)

Lelaki 23 Tahun Jadi Calon Paling Muda Bertanding Dalam PRU15

Antara yang menjadi perhatian dalam PRU15 ini adalah apabila lelaki berusia 23 tahun menjadi calon paling muda bertanding iaitu Peggy Chaw Zhi Ting dan Muhammad Syahmi Suhaimi .

Peggy yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Tenom dilihat bakal bersaing lima penjuru manakala Muhammad Syahmi yang mewakili PH pula akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang di Perlis.

Dalam pada itu, laporan Sinar Harian turut melaporkan bekas perdana menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal menjadi calon paling berusia iaitu 97 tahun bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Dr. Mahathir akan mewakili parti Pejuang bagi mempertahankan kerusinya di P.004 Parlimen Langkawi.

Kiri: Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kanan: Muhammad Syahmi Suhaimi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh mengundi awal PRU15 adalah pada 15 November 2022 (Selasa) manakala manakala tarikh mengundi melibatkan orang ramai pula adalah 19 November (Sabtu).

Kepada semua rakyat Malaysia, buatlah pilihan yang sebaiknya untuk negara kerana setiap undi mampu mengubah segalanya. Apa-apa pun, jangan lupa keluar mengundi ya!

Sebelum anda menuju ke pusat mengundi, pastikan segala dokumen wajib sudah dibawa bersama.

BACA JUGA: PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna

BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda

BACA JUGA: PRU15: Aplikasi ‘MySPR Semak’ Bantu Rakyat Teliti Maklumat Sebelum & Selepas Mengundi


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd