Now Reading
Virus Nipah Undang Maut, Ini Penjelasan Doktor

Virus Nipah Undang Maut, Ini Penjelasan Doktor

Penyebaran virus Nipah daripada haiwan boleh dijangkiti oleh manusia melalui penyebaran air liur kelawar.

virus nipah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Satu lagi penyakit berbahaya telah semakin tular di Kerala, India iaitu virus Nipah.

Untuk makluman semua, penyakit ini pada awalnya tidaklah bermula dari negara India namun ditemui di Malaysia dan Singapura pada tahun 1998.

Menurut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal meningkatkan kesiapsiagaan terhadap virus dengan pelbagai agensi susulan penularan penyakit berjangkit ini di negara asing.


Doktor Perjelas Cara Nipah Virus Boleh Merebak

Baru-baru ini, seorang doktor kesihatan di laman TikTok (@qarafitee) telah berkongsi ilmu tentang wabak penyakit yang semakin tular iaitu virus Nipah.

Virus berjangkit ini asalnya terdapat pada haiwan kelawar yang makan buah sahaja.

Namun, virus berkenaan mampu tersebar pada binatang yang lain melalui air liur. Sebagai contoh, satu kes yang pernah dilaporkan sebelum ini adalah berkaitan penularan virus Nipah menerusi babi.

Ini kerana, binatang ini berkemungkinan digigit atau termakan tahi dan kencing kelawar.

Tambah beliau, manusia pula boleh menghidapi penyakit itu apabila mereka makan buah yang mengandungi sisa air liur atau gigitan kelawar dijangkiti.

Tidak terhenti di situ sahaja, penularan virus antara manusia ke manusia lain juga boleh berlaku jika mereka disahkan mempunyai penyakit Nipah seperti Covid-19.


Simptom Virus Nipah Yang Perlu Diberi Perhatian

Dr Qarafi turut menjelaskan antara beberapa simptom boleh dilihat daripada seseorang yang berkemungkinan menghidapi penyakit virus Nipah. Antaranya:

  • Demam.
  • Batuk.
  • Sakit tekak.
  • Muntah.
  • Sakit kepala.
  • Sesak nafas.
  • Sawan.
  • Otak bengkak.
Sumber: Pexels/Avail Hospital

Kaedah Kenal Pasti Anda Dijangkit Virus Nipah Atau Tidak

Dalam hantaran yang sama doktor ini menjelaskan bahawa terdapat dua kaedah boleh dilakukan bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu dijangkiti virus tersebut atau tidak iaitu:

  • Ujian swab melalui hidung atau mulut.
  • Pengambilan darah dipanggil sebagai ELISA.
Sumber: Pexels

Sehingga ke hari ini, tiada lagi rawatan yang dikenal pasti mampu menghapuskan penyakit tersebut. Sekiranya seseorang itu disahkan positif virus Nipah, individu tersebut berisiko untuk mengalami kematian sebanyak 40% hingga 75%.

Antara langkah pencegahan awal bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti adalah dengan mengelakkan makan buah yang mempunyai tanda gigitan atau pun sudah tercemar.

Selain itu, anda juga dinasihatkan agar menjauhkan diri daripada pergi ke tempat yang mempunyai binatang seperti kelawar atau babi berpenyakit.

Baca Artikel Berkaitan: KKM Sahkan Tiada Kanak-kanak Hidap Penyakit Cacar Monyet Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Kasih Anak Lelaki Jaga Ibu Lumpuh Hidap Penyakit Kronik Sejak 12 Tahun Lalu

Baca Artikel Berkaitan: Singapura Sahkan Kes Import Pertama Cacar Monyet Dari Pramugara Warga Britain

Sumber: TikTok (@qarafitee) | Utusan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd