Now Reading
Singapura Sahkan Kes Import Pertama Cacar Monyet Dari Pramugara Warga Britain

Singapura Sahkan Kes Import Pertama Cacar Monyet Dari Pramugara Warga Britain

Pramugara itu mula mengalami sakit kepala, demam serta ruam kulit sebelum disahkan positif cacar monyet.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Singapura telah mengesahkan satu kes import jangkitan cacar monyet (monkeypox) menerusi seorang pesakit warganegara Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) memaklumkan lelaki tersebut berada di negara itu di antara 15 hingga 17 Jun dan sekali lagi pada 19 Jun ketika dia terbang masuk serta keluar dari Singapura.

Pramugara berkenaan mengalami sakit kepala pada 14 Jun dan demam pada 16 Jun. Selepas gejala ini semakin pudar, dia mengalami ruam kulit pula pada 19 Jun.

Dia mendapatkan rawatan perubatan melalui perundingan tele pada malam 19 Jun dan dilaporkan positif cacar monyet pada 20 Jun.

Dia kini dirawat di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID).

Sumber: Wikipedia

Pengesanan kontak rapat dalam penerbangan yang dinaiki pesakit dan semasa berada di Singapura sedang dijalankan kecuali di pusat urut dan tiga gerai makanan yang dilawati pada 16 Jun.

MOH Singapura berkata risiko penularan kepada pelawat yang mengunjungi lokasi sama dengan pesakit adalah rendah kerana data menunjukkan bahawa cacar monyet berjangkit melalui hubungan fizikal yang rapat atau dalam tempoh agak lama.

Empat lokasi yang dilawati lelaki tersebut sedang menjalani proses pembersihan dan pembasmian kuman.

Sehingga 21 Jun, sebanyak 13 kontak rapat telah dikenal pasti dan mereka akan diletakkan di pusat kuarantin selama 21 hari selepas kali terakhir berjumpa dengan pesakit.

Pada masa yang sama, dua kontak berisiko rendah telah diletakkan pada pengawasan menerusi telefon dan akan menerima panggilan setiap hari dalam tempoh 21 hari bagi memantau sebarang gejala.

Jika disyaki berjangkit dari pesakit, mereka akan segera dihantar ke NCID untuk penilaian dan pengasingan lanjut.

Apa itu penyakit cacar monyet dan apakah simptom yang dikenal pasti?

Cacar monyet adalah penyakit tular yang disebabkan oleh jangkitan virus cacar monyet.

Gejala biasa yang sering berlaku termasuklah:

  • Ruam
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Sakit belakang
  • Nodus limfa bengkak
  • Menggigil
  • Kelesuan

Tempoh inkubasi adalah antara lima hingga 21 hari. Kebanyakan pesakit biasanya pulih dalam masa dua hingga tiga minggu. Walau bagaimanapun, kadangkala terdapat komplikasi yang agak serius.

Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan cacar monyet adalah kanak-kanak kecil, wanita hamil atau individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Penularan dari manusia ke manusia jarang berlaku tetapi masih boleh merebak melalui titisan pernafasan, sentuhan fizikal secara langsung dengan darah, cecair badan atau luka daripada individu yang dijangkiti.

BACA JUGA: What You Need To Know About Monkeypox And Is There A Vaccine?

Adakah kes penyakit ini wujud di Malaysia?

Setakat ini, tiada kes cacar monyet dilaporkan di Malaysia. Namun begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil langkah awal dengan menyediakan hospital dan klinik.

Pandemik Covid-19 juga telah menjadikan orang ramai sudah biasa dengan langkah berjaga-jaga dan SOP yang perlu dipatuhi sekiranya berlaku wabak ini.

Sumber: TRP

Aplikasi MySejahtera juga mempunyai ‘Infectious Disease Tracker’ bagi memantau bilangan kes berjangkit seperti cacar monyet dan denggi di kawasan ‘hotspot’.

BACA JUGA: KKM Sahkan Tiada Kanak-kanak Hidap Penyakit Cacar Monyet Di Malaysia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd