Now Reading
Anak Anda Sering Sakit? Kaedah Sunbathing & Grounding Mampu Atasi Masalah Ini

Anak Anda Sering Sakit? Kaedah Sunbathing & Grounding Mampu Atasi Masalah Ini

Jika ibu bapa membiarkan anak di bawah sinaran matahari ketika waktu pagi, mereka akan mendapat nutrien Vitamin D yang baik untuk sistem imunisasi badan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pasti anda selalu berasa risau sekiranya anak kerap demam dan sakit.

Kebiasaannya demam, selsema dan batuk mungkin berpunca daripada jangkitan virus, kuman atau mungkin disebabkan faktor cuaca.

Namun usah risau, terdapat pelbagai cara mudah yang boleh diamalkan untuk menguatkan antibodi anak-anak bagi memastikan mereka terhindar daripada penyakit sebegitu.


Kebaikan Jika Amalkan Kaedah Sunbathing & Grounding Anak Kecil

Menerusi satu ciapan di laman X (Twitter @syuhailarahmat), seorang ibu dikenali sebagai Syuhaila telah berkongsi beberapa kebaikan sekiranya membiarkan anak kecil anda melakukan ‘sunbathing’ dan ‘grounding’.

Kalau anda nak tahu, sunbathing merupakan aktviti menjemurkan badan di bawah sinaran matahari ketika waktu pagi dalam tempoh masa tertentu bagi mendapatkan nutrien Vitamin D.

Manakala grounding (earthing) pula membenarkan anak menggunakan deria dan fizikal mereka untuk menyentuh permukaan alam semula jadi seperti pasir serta tanah.

Antara kebaikan mengamalkan kedua-dua kaedah itu adalah anak akan kurang tantrum, mendapatkan tidur yang berkualiti dan jarang mengalami sakit.

Tambahan pula, kebaikan yang diperoleh si kecil itu sekaligus dapat memperbaiki emosi ibu bapa serta mengurangkan stres atau ‘burn out’.

Menurut National Library of Medicine, kaedah grounding ini juga adalah bagus untuk orang dewasa baik yang sihat atau yang mempunyai penyakit.

Jelas NLM, hipotesis mereka mengenai grounding adalah apabila badan manusia menyentuh alam semula jadi secara terus, ia membolehkan elektron dari permukaan bumi meresap ke dalam badan dan memberikan manfaat antioksidan.

Sementara itu, seorang lagi wanita dikenali sebagai Siti sebelum ini pernah berkongsi tentang perkara yang sama di mana dia menggunakan kaedah grounding untuk menguatkan antibodi anaknya sejak berumur enam bulan.

Menerusi gambar hantaran, anak lelakinya dilihat bermain dengan pasir di pantai, lopak air di rumput dan pokok tumbuhan.

Sumber: X (@ctnajihahzamani)

Tambah Siti, dia bersama suami bukanlah ibu bapa yang terlalu tegas terhadap si anak. Jelasnya, dia akan membiarkan anaknya membuat apa sahaja asalkan perkara itu tidak melampaui batas seperti memegang kotoran iaitu najis.

“Hasilnya anak saya tiga tahun fasih bercakap macam orang dewasa, reti beritahu perasaan dia, kenal banyak perkara dan kurang sakit,” ujarnya.


Petua Tingkatkan Sistem Imunisasi Anak

Menurut sumber Hello Doktor, sistem imunisasi badan amat penting untuk anak kecil kerana antibodi mereka masih lemah kalau dibandingkan dengan orang dewasa.

Sekiranya anak mempunyai sistem imunisasi yang baik, sel darah putih dalam badan dapat menghasilkan antibodi berfungsi untuk melawan sebarang jangkitan virus atau bakteria berbahaya.

Berikut adalah beberapa kaedah boleh diamalkan oleh ibu bapa yang mahu meningkatkan kekuatan imunisasi si anak. Antaranya:

  • Memberi susu badan kepada anak kecil.
  • Mendapatkan tidur yang secukupnya.
  • Mengamalkan diet yang seimbang dan sihat.
  • Pengambilan suplemen tambahan yang disarankan oleh doktor.
  • Mengambil suntikan vaksinasi untuk mengelak virus berbahaya contohnya influenza.
  • Mengajak anak untuk melakukan senaman seperti berjoging dan berbasikal.
Sumber: Freepik

Baca Artikel Berkaitan: Awas! Penyakit Kawasaki Lebih Risiko Jangkiti Kanak-kanak Lelaki & Boleh Ragut Nyawa

Baca Artikel Berkaitan: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd