Now Reading
Awas! Penyakit Kawasaki Lebih Risiko Jangkiti Kanak-kanak Lelaki & Boleh Ragut Nyawa

Awas! Penyakit Kawasaki Lebih Risiko Jangkiti Kanak-kanak Lelaki & Boleh Ragut Nyawa

Penyakit Kawasaki merupakan suatu keadaan yang boleh menjejaskan salur darah dan mudah menjangkiti kanak-kanak terutamanya kaum lelaki.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, seorang pelakon wanita iaitu Amyra Rosli telah berkongsi perkembangan tentang anaknya berusia dua tahun yang dikatakan telah dijangkiti penyakit Kawasaki selepas mengalami demam panas selama beberapa hari.

Bukan setakat demam panas, anaknya yang bernama Ayra Aryssa itu juga mengalami ruam dengan kesan tompokan merah di seluruh bahagian badan. Sebagai ibu bapa, pastinya keadaan sedemikian cukup merisaukan.

Apa itu penyakit Kawasaki?

Untuk pengetahuan anda, penyakit Kawasaki yang juga dikenali sebagai sindrom nod mucocutaneous merupakan suatu keadaan yang boleh menjejaskan salur darah dan mudah menjangkiti kanak-kanak.

Penyakit ini 10 hingga 20% lebih kerap berlaku kepada golongan kanak-kanak di Asia Timur dan berpotensi dua kali ganda menjangkiti kaum lelaki.

Sumber: Harian Mistar

Faktor seseorang dijangkiti penyakit Kawasaki

Sehingga kini, para pengkaji masih belum mengenal pasti punca sebenar penyakit ini. Tetapi berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, penyakit Kawasaki sering berlaku pada hujung musim sejuk sehingga awal musin bunga.

Beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu berisiko untuk dijangkiti penyakit ini adalah seperti berikut:

  • Berusia lima tahun ke bawah.
  • Berketurunan Asia.
  • Kanak-kanak lelaki.
Sumber: Klik Dokter

Simptom penyakit Kawasaki

Simptom-simptom penyakit Kawasaki ini boleh dilihat secara berperingkat seperti berikut:

  • Demam sehingga mencecah suhu 39 darjah Celcius melebihi lima hari.
  • Mata kemerahan tanpa lelehan yang pekat.
  • Ruam di seluruh badan.
  • Bibir dan lidah kemerahan serta bengkak.
  • Kulit tangan dan kaki menggelupas.
  • Muntah-muntah.
  • Sakit perut.
  • Cirit-birit.
  • Sakit sendi.
Sumber: Astro Awani

Simptom ini dipercayai boleh berlarutan sehingga tempoh lapan minggu sebelum kembali normal, melainkan sekiranya berlaku komplikasi.

Rawatan untuk menyembuhkan penyakit Kawasaki

Jika anak-anak anda disahkan oleh doktor bahawa mereka dijangkiti penyakit Kawasaki, beberapa jenis ubat akan diberikan untuk merawatnya seperti:

  • Ubat immunoglobulin (IVI) diberikan melalui urat vena (intravena, atau IV) bagi mengurangkan keradangan terhadap salur darah.
  • Aspirin bagi meredakan sakit serta demam dan juga untuk mengurangkan risiko salur darah tersumbat.

NOTA KAKI: Sebelum apa-apa ubatan diberikan kepada anak anda, anda diminta untuk mendapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.


Penyakit Kawasaki ini juga boleh meragut nyawa penghidapnya jika tidak dirawat dengan segera dan cara yang betul.

Sekiranya gejala-gejala penyakit Kawasaki ini jelas kelihatan pada anak-anak anda, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut sebelum keadaan bertambah buruk.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd