Now Reading
KKM Sahkan Tiada Kanak-kanak Hidap Penyakit Cacar Monyet Di Malaysia

KKM Sahkan Tiada Kanak-kanak Hidap Penyakit Cacar Monyet Di Malaysia

Hasil ujian daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut negatif cacar monyet.

Viral Monkeypox di Malaysia tidak benar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Belum habis lagi kita memerangi wabak Covid-19, rakyat Malaysia kini mula risau dengan penyakit baharu yang menular di seluruh dunia iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan cacar monyet (monkeypox).

Sehingga kini, Malaysia telah merekodkan sebanyak 47,209 kes penyakit HFMD berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Namun, tiada lagi penyakit cacar monyet dilaporkan di negara ini.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini media sosial dikejutkan dengan dakwaan bahawa penyakit cacar monyet telah menjangkiti seorang kanak-kanak rakyat Malaysia.

Sumber: Astro Awani

KKM sahkan kanak-kanak itu negatif cacar monyet

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook menegaskan bahawa pihak mereka belum menerima sebarang notifikasi berkaitan kes kanak-kanak dijangkiti virus cacar monyet di Malaysia.

BACA JUGA: Tiada Notifikasi Berkenaan Kes Virus Monkeypox Di Malaysia Setakat Ini – KKM

Dalam pada masa yang sama, waris kepada kanak-kanak tersebut dinasihatkan untuk segera membawa anaknya ke pusat kesihatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan terbarunya di Twitter (@DGHisham) juga mengesahkan bahawa kanak-kanak berkenaan sebenarnya telah dijangkiti HFMD dan bukannya cacar monyet seperti yang tular di media sosial.

Kanak-kanak yang berumur tiga tahun itu telah dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Batu 14, Selangor untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami gejala demam sejak 13 Mei dan ruam dari 16 Mei.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dua keputusan sampel telah diambil oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk membuat ujian terhadap beberapa jenis virus termasuklah penyakit HFMD dan cacar monyet.

Hasil ujian mendapati bahawa kanak-kanak tersebut positif Virus Coxsackie A6 dan negatif cacar monyet serta virus-virus lain yang diuji.

Ibu bapa di luar sana dinasihatkan untuk memantau kesihatan anak-anak sekiranya terdapat petanda atau simptom yang diragui pada tubuh badan mereka.

Lebih selamat, segera bawa mereka berjumpa dengan doktor perubatan di klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd