Now Reading
Kampung Ala-Ala Hobbit Kini Dibuka Di Cameron Highlands, Harga Tiket Tak Sampai RM50!

Kampung Ala-Ala Hobbit Kini Dibuka Di Cameron Highlands, Harga Tiket Tak Sampai RM50!

Hobbitoon Village ini terletak 30 minit dari Cameron Highlands dan Simpang Pulai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang selalu tengok filem ‘Lord of The Rings’, mesti ramai yang akan ‘familiar’ dengan perkampungan orang-orang kerdil di dalam cerita tersebut.

Pernah juga berangan, macam best kalau dapat ‘masuk’ ke dalam dunia mereka itu untuk merasai pengalaman berada di tempat tersebut.

Jangan risau kami ada berita baik untuk korang kerana angan-angan tersebut kini boleh bertukar realiti!


Rumah Hobbit Kini Dibuka Di Cameron Highlands

Baru-baru ini, satu lagi tarikan terbaharu telah dibuka pada hari pertama tahun 2024 di Cameron Highlands iaitu Rumah Hobbit yang diberi nama ‘Hobbitoon Village’ dibina seakan-akan perkampungan orang kerdil.

Dengan keadaan suasana yang sejuk dan berkabus, Rumah Hobbit itu memberi gambaran seperti anda berada dalam filem ‘Lord of The Rings’ dan ‘The Hobbit’. Macam betul sungguh!

Sumber: Instagram @hobbitoon_village
Sumber: Instagram @hobbitoon_village

Kalau korang yang suka bergambar, tempat ini mempunyai banyak lokasi menarik untuk korang ber-OOTD sambil menikmati pemandangan menarik.

Boleh juga mencipta semula gambar seperti adegan dalam filem The Hobbit. Reka bentuk dan warna rumah juga hampir sama seperti rumah Bilbo Baggins.

Sumber: Instagram @hobbitoon_village
Sumber: Instagram @hobbitoon_village

Harga Tiket Masuk

Kepada korang yang berminat untuk bawa ahli keluarga atau datang bersama rakan-rakan, berikut adalah harga tiket masuk ke Rumah Hobbit ini.

  • Dewasa (RM40)
  • Kanak-kanak (RM20)

Hobbitoon Village ini terletak 30 minit dari Cameron Highlands dan Simpang Pulai.

Sumber: Instagram @hobbitoon_village

Alamat: Hobbitoon Village, PT, 24735, Mukim, 31300, Perak.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 9:00 pagi sehingga 6:00 petang.

Untuk korang yang nak tahu maklumat lanjut tentang Hobbitoon Village, boleh klik [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Cameron Highlands Terpilih Antara 51 Lokasi Tercantik Di Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Cameron Highlands Young Farmer Is Rich With RM400k Monthly

Baca Artikel Berkaitan: Don’t Know Where To Go In Cameron Highlands? Try These 20 Places


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd