Now Reading
10 Lokasi Menarik Untuk Bawa Anak Anda Sempena Cuti Sekolah. Jom!

10 Lokasi Menarik Untuk Bawa Anak Anda Sempena Cuti Sekolah. Jom!

Antara lokasi menarik untuk anak-anak anda sempena musim cuti sekolah ini adalah Farm In The City dan KidZania KL.

Aquaria, Sunway Lagoon & 18 Aktiviti Menarik Untuk Anak-anak Sempena Cuti Sekolah (9)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila tiba musim cuti persekolahan, mesti ramai ibu bapa yang sudah merancang untuk membawa anak-anak mereka bercuti atau melakukan aktiviti santai dan menyeronokkan.

Macam-macam aktiviti boleh buat dengan anak-anak. Contohnya, bermandi-manda di taman tema air, melakukan aktiviti indooor dan sebagainya.

BACA JUGA: 5 Tempat Menarik Untuk Anda Lakukan Aktiviti ‘Indoor’ Sekitar Lembah Klang

BACA JUGA: Taman Tema Air SplashMania, Berbaloi Ke Pergi?

Tapi kalau ada ibu bapa yang masih tak ada plan nak bawa anak-anak ke mana, jom kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa lokasi menarik di sekitar Lembah Klang.

Antaranya:

1. Sky Box Menara Kuala Lumpur

Aquaria, Sunway Lagoon & 18 Aktiviti Menarik Untuk Anak-anak Sempena Cuti Sekolah
Sumber: Headout/Klook

Kepada anda yang teringin nak tengok pemandangan bandar Kuala Lumpur dari tempat tinggi, inilah lokasi yang paling sesuai.

Bukan setakat 180 darjah, nak tengok pemandangan secara 360 darjah pun boleh dengan adanya cermin kaca di Sky Box, Menara Kuala Lumpur ini.

Tapi kalau anda seorang yang gayat, baca doa banyak-banyak dulu sebelum menjejakkan kaki ke dalam Sky Box. Paling penting, jangan tengok bawah!

  • Lokasi: Menara Kuala Lumpur No. 2 Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (9AM – 10PM).
  • Harga tiket:
  • Warganegara Malaysia
    • Kanak-kanak: RM37
    • Dewasa: RM71
  • Bukan Warganegara Malaysia:
    • Kanak-kanak: RM65
    • Dewasa: RM110

2. Aquaria KLCC

Aquaria-Sunway-Lagoon-18-Aktiviti-Menarik-Untuk-Anak-anak-Sempena-Cuti-Sekolah-1
Sumber: Thrillophilia/ Wonderful Malaysia

Berkeluasan 60,000 kaki persegi, Aquaria KLCC adalah salah satu tarikan menarik di Kuala Lumpur kerana anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan laut.

Lokasi ini boleh dikunjungi oleh semua golongan dari kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa. Ibu bapa yang nak bawa anak-anak kecil ke sini pun tiada masalah.

Pengunjung juga boleh memberi makan serta memegang sesetengah haiwan laut di bawah pemantauan pekerja di situ.

  • Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10AM – 7PM).
  • Harga tiket:
    • Kanak-kanak 3 tahun ke atas: RM39
    • Dewasa: RM49
    • Warga emas 60 tahun ke atas: RM39

3. 99 Wonderland Park

Aquaria-Sunway-Lagoon-18-Aktiviti-Menarik-Untuk-Anak-anak-Sempena-Cuti-Sekolah-1
Sumber: Malaysia Foodie

Kalau anak-anak anda seorang pencinta haiwan, 99 Wonderland Park adalah lokasi yang sangat sesuai kerana terdapat pelbagai jenis haiwan di sini yang boleh diberi makan dan dilihat pada jarak dekat.

Selain boleh melihat haiwan, anda juga boleh bergambar dengan banyak patung dan juga replika bangunan berlampu.

Lebih menarik lagi, anda juga boleh bawa anak-anak naik bot dan melihat pertunjukan air pancut di bahagian tengah tasik.

  • Lokasi: 99 WONDERLAND PARK Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara,   68100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (9AM – 4PM dan 5PM – 12AM).
  • Harga tiket:
  • Isnin sehingga Khamis (9AM – 4PM)
    • Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU (Ada MyKad): RM25
    • Dewasa (Ada MyKad): RM45
    • Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU (Tiada MyKad): RM40
    • Dewasa (Tiada MyKad): RM70
  • Jumaat – Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah (5PM – 12AM)
    • Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU (Ada MyKad): RM30
    • Dewasa (Ada MyKad): RM55
    • Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU (Tiada MyKad): RM50
    • Dewasa (Tiada MyKad): RM80

4. KL Hop-On Hop-Off

Sumber: Twitter @JalanCutiSantai

Kepada anda yang mahu bawa anak-anak berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur tetapi tidak mahu memandu dalam keadaan jalan raya yang sesak, apa kata anda menaiki bas KL Hop-On Hop-Off.

Dengan menaiki bas ini selama dua jam, anda berpeluang untuk melawati 12 tarikan menarik sekitar Kuala Lumpur

Antara lokasi tersebut adalah seperti berikut:

  • Sungai Wang Plaza
  • Saloma Link
  • Menara KL
  • China Town
  • Pasar Seni
  • Little India
  • KL Sentral
  • Istana Negara
  • Dataran Merdeka
  • River of Life
  • Istana Budaya
  • KLCC

BACA JUGA: Bas KL Hop-On Hop-Off Bawa Ke Istana Negara & Pelbagai Lokasi Menarik Sekitar Kuala Lumpur

  • Lokasi berkumpul: Hentian 1, Bukit Bintang bersebelahan pintu masuk utama Sungei Wang Plaza.
  • Harga tiket:
  • Warganegara Malaysia
    • Dewasa – RM35
    • Kanak-kanak – RM20
  • Bukan warganegara Malaysia –
    • Dewasa – RM55
    • Kanak-kanak – RM30

5. Kuala Lumpur Upside Down House

Sumber: Traveloka

Cuba bayangkan kalau anda hidup dalam keadaaan rumah terbalik, macam mana tu?

Kalau tak boleh nak bayangkan, jom kita tengok sendiri macam mana rasanya hidup dalam keadaan rumah terbalik dengan mengunjungi Kuala Lumpur Upside Down House.

Kuala Lumpur Upside Down House memang lain daripada yang lain sebab rumah ini memang sengaja direka secara terbalik. Tengok dari luar pun dah boleh tahu kan?

Hiasan dalaman rumah ini termasuklah bilik-bilik dan juga dapur juga disusun secara terbalik.

  • Lokasi: KL Tower, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (9AM – 10PM).
  • Harga tiket
    • Kanak-kanak :RM15
    • Dewasa: RM20

6. Sunway Lagoon

Aquaria-Sunway-Lagoon-18-Aktiviti-Menarik-Untuk-Anak-anak-Sempena-Cuti-Sekolah-5
Sumber: Viator

Sunway Lagoon sudah semestinya akan menjadi salah satu lokasi tumpuan ketika musim cuti sekolah kerana mempunyai pelbagai jenis tarikan air dan uga permainan yang boleh dinikmati.

Bukan setakat boleh bermain air, Sunway Lagoon juga ada tempat untuk berkhemah dan juga ‘Night Park’. Memang best!

BACA JUGA: ‘Night Park’ Jadi Tarikan Terbaru Di Sunway Lagoon. Tiket Pun RM35 Je!

BACA JUGA: Pengunjung Kini Boleh Berkhemah & BBQ Di Sunway Pyramid. Ayuh!

  • Lokasi: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10AM – 11PM).
  • Harga tiket:
    • Kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah: RM130
    • Dewasa berusia 13 tahun dan ke atas: RM155
    • Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas: RM130

Kalau tak mahu beratur lama ketika menunggu giliran untuk setiap tarikan, boleh ‘upgrade’ tiket anda dengan ‘Quack Xpress’ berharga RM85.

7. KidZania KL

Sumber: KidZania

Bila tanya anak-anak bila besar nanti nak jadi apa, mesti mereka terpinga-pinga lagi. Mungkin masih tiada bayangan lagi tentang bidang pekerjaan yang diminati.

Apa kata cuti sekolah ini anda bawa anak-anak ke KidZania KL? Boleh beri pendedahan kepada mereka tentang jenis pekerjaan yang wujud.

BACA JUGA: KidZania’s New Partnership Brings More Fun For Children During The Year-End School Break

  • Lokasi: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Rabu – Ahad (10AM – 6PM).
  • Harga tiket:
    • Bayi bawah satu tahun Percuma
    • Kanak-kanak 2-3 tahun: RM48
    • Kanak-kanak 4-17 tahun: RM100
    • Dewasa 18-60 tahun: RM61
    • Warga emas 61 tahun dan ke atas: Percuma

8. SuperPark Malaysia, Avenue K

Aquaria-Sunway-Lagoon-18-Aktiviti-Menarik-Untuk-Anak-anak-Sempena-Cuti-Sekolah-4
Sumber: SuperPark

Di sini ada lebih 20 jenis aktiviti yang anda boleh lakukan. Antaranya melompat di trampolin, berlumba kereta, ice skating, tube slide, Clip n’ Climb dan sebagainya.

Semua pengunjung yang ingin beraktiviti perlulah memakai ‘grip socks’ yang boleh didapati di kaunter tiket dengan harga RM6 sepasang. Lantai di sini juga jenis yang lembut, jadi boleh dikatakan ia bersifat mesra kanak-kanak.

  • Lokasi: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Selasa – Khamis (11AM – 8.30PM) dan Jumaat – Ahad serta cuti awam (10AM – 7.30PM).
  • Harga tiket:

9. Farm In The City

Sumber: Iman Abdul Rahim

Selain 99 Wonderland Park, anda juga boleh berkunjung ke Farm In The City untuk berjumpa dengan lebih 100 spesies haiwan eksotik dan mesra mannusia.

Jangan terkejut kalau anda tengok ada sekumpulan merak jalan di tepi anda dan juga kura-kura besar sedang jalan dengan perlahan.

Nak beri makan kepada haiwan-haiwan ini juga boleh. Yang penting jangan bagi makanan yang tidak sihat seperti ‘fast food’ dan minuman beralkohol.

  • Lokasi: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
  • Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10AM – 6PM), Sabtu dan Ahad (9:30AM – 6PM)
  • Harga tiket:
    • Kanak-kanak 11 tahun ke bawah: RM32
    • Dewasa 12 tahun ke atas: RM39
    • Warga emas 60 tahun ke atas: RM32

10. Putrajaya Cruise Ride

Sumber: ThingsAsian

Selain membuat aktiviti yang menggunakan pergerakan fizikal, anda juga boleh membawa anak-anak menikmati pemandangan sekitar Putrajaya dengan menaiki bot.

Kalau anda bawa anak-anak ke sini, mesti mereka teruja sebab bukan selalu mereka dapat ‘bergerak’ di atas air.

  • Lokasi: Presint 1, 62000 Putrajaya.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (9AM -7:30AM).
  • Harga tiket:

Jadi apa tunggu lagi, rancanglah percutian anak-anak anda pada musim cuti persekolahan ini dengan membawa mereka ke lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur ini.

BACA JUGA: Alamanda Putrajaya Anjur Karnival VIKids Sempena Cuti Sekolah 2023


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd