Pengunjung Kini Boleh Berkhemah & BBQ Di Sunway Pyramid. Ayuh!
Setiap khemah juga dilengkapi tempat tidur dan penyaman udara.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila sebut sahaja Sunway Lagoon, memang semua orang terbayang taman tema air yang penuh dengan keseronokan.
BACA JUGA: 4 Taman Tema Air Di Selangor Ini Memang Lejen. Jom Bawa Keluarga!
Ada yang datang ke Sunway Lagoon untuk bermain permainan air dan ada juga lebih gemar melakukan aktiviti ekstrem seperti bungee jumping, go kart, paintball dan banyak lagi.
Macam-macam aktiviti boleh buat. Pilihan di tangan anda.
Nak cuba semua permainan pun tak ada masalah. Sama ada larat atau tak, itu sahaja.
Sunway Lagoon memperkenalkan tarikan baharu
Baru-baru ini, Sunway Lagoon memperkenalkan tarikan terbaharu iaitu Camp Out! yang membolehkan pengunjung untuk bermalam di dalam khemah yang dibina di tengah-tengah Sunway Lagoon.
Setiap khemah juga dilengkapi tempat tidur dan penyaman udara.
Macam best je ni.


Siap dapat set pemanggang dan juga kolam renang peribadi. Best!
Bukan itu sahaja, setiap khemah turut diberikan set pemanggang sendiri untuk anda membuat aktiviti barbeku dengan keluarga ataupun rakan-rakan.
Tukang masak di situ akan menyediakan hidangan seperti salad, coleslaw, sup cendawan dan bahan mentah yang sudah diperap seperti ayam, ikan, dan udang.
Barang-barang dah ada dan tinggal nak dimasak sahaja. Memang terbaiklah.

Eh kejap. Ada lagi benda menarik yang lain.
Anda juga boleh menikmati diskaun sebanyak 10% untuk setiap aktiviti berbayar dan juga penyewaan lokar serta tiub.
Selain itu, anda boleh mendapat akses ke sudut kolam renang peribadi yang hanya dibuka untuk pengunjung berkhemah di situ sahaja.
Wah, istimewa betul.


Harga untuk pakej dua orang lebih menjimatkan
Kalau anda nak tahu, mereka menawarkan dua pakej yang berbeza iaitu:
- pakej untuk seorang
- pakej kembar untuk dua orang.
Setiap pakej dilengkapi dengan tiket masuk ke Sunway Lagoon dan kelengkapan perkhemahan. Hidangan sarapan, makan malam dan juga set barbeku juga disediakan.
Harga untuk pakej seorang adalah RM498 manakala pakej berkembar pula berharga RM598 untuk dua orang.
Lagi jimat kalau pergi dua orang sebenarnya.

Tapi, jika anda memiliki Pasport Tahunan Sunway Lagoon, harga pakej akan menjadi lebih murah iaitu RM318 untuk pakej seorang dan RM418 untuk pakej dua orang.

Kalau anda dah terbayang berkhemah di tengah-tengah Sunway Lagoon, boleh dapatkan tiket di laman web Sunway Lagoon di sini.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.