Now Reading
4 Taman Tema Air Di Selangor Ini Memang Lejen. Jom Bawa Keluarga!

4 Taman Tema Air Di Selangor Ini Memang Lejen. Jom Bawa Keluarga!

Nak serbu boleh, tapi pastikan anda serta ahli keluarga dah lengkap suntikan vaksin Covid-19.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rindunya nak main air!

Ada yang sampai tahap beli kolam plastik untuk tujuan keseronokan anak-anak di rumah. Mana taknya, dah beberapa bulan duduk di rumah sampai dah mati akal.

Untuk pengetahuan anda, taman tema air di Negeri Selangor telah mula beroperasi semula selaras kelonggaran dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tentunya, taman tema air merupakan tarikan pelancongan yang digemari semua lapisan masyarakat tidak kira usia. Permainan gelongsor dan ombak buatan sememangnya tarikan yang sinonim dengan taman tema air. Akan tetapi, setiap taman tema air mempunyai keunikan tersendiri.

Dan semestinya – hanya individu lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan mengunjungi taman tema air di Negeri Selangor.

Yang belum vaksin, main air di rumah. Okay?


Jom terokai 4 taman tema air di Selangor!

1. Sunway Lagoon.

Kredit: Veltra

Siapa yang tak tahu tentang Sunway Lagoon, teman tema air yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya ini kan?

Sama seperti taman tema air lain, Sunway Lagoon juga dilengkapi dengan tarikan gelongsor pelbagai jenis yang sangat mengujakan.

Antara tarikan popular di Sunway Lagoon yang sangat digemari para pengujung adalah Vuvuzela, Little Zimbabwe, Waterplexx 5D, Surf Beach dan banyak lagi.

Sempena pembukaan semula pada 7 Oktober 2021, Sunway Lagoon telah memperkenalkan aktiviti berkelah yang dinamakan “Camp Out! at Sunway Lagoon”.

Jadi, rasai sendiri pengalaman bermalam di Sunway Lagoon yang pertama kali diperkenalkan ini.

2. Bangi Wonderland Theme Park & Resort.

Kredit: Explorasa

Bangi Wonderland merupakan taman tema air yang dikelilingi oleh hutan rekreasi dengan keluasan 12 ekar.

Lokasinya terletak di tengah antara Bandar Semenyih dan Bangi sememangnya sesuai bagi anda yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota.

Bangi Wonderland menawarkan 14 permainan menyeronokkan – antaranya Anaconda Trail, Body Slide, Green Pearl dan banyak lagi.

3. Waterworld @ i-City.

Kredit: Trip Advisor

Selain daripada cahaya lampu LED dan taman tema salji yang menjadi tarikan popular para pengunjung di i-City, Shah Alam, taman tema air di sini harus juga diberi perhatian kerana Waterworld i-City ini menawarkan aktiviti menarik dan memberikan pengalaman luar biasa kepada para pengunjung.

Jom cuba satu-satunya Tornado Ride yang terdapat di Asia Tenggara, yang mencabar keberanian anda dan tentunya menyeronokkan!

4. Wet World Water Park, Shah Alam.

Kredit: Klook

Wet World Water Park Shah Alam ini sudah beroperasi sejak 1996. Tempat ini menjanjikan keseronokan kepada para pengunjung, terutamaa si kecil.

Antara tarikan popular yang anda boleh cuba cuba di sini ialah Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River dan Kiddy Typoon Lagoon.

Pilihan aktiviti yang ditawarkan di sini adalah sesuai untuk kanak-kanak, dan kebanyakan kolam di sini adalah berparas cetek. Jadi, anda boleh bawa anak anda ke Wet World Water Park Shah Alam pada masa cuti nanti.


Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd