Now Reading
‘Night Park’ Jadi Tarikan Terbaru Di Sunway Lagoon. Tiket Pun RM35 Je!

‘Night Park’ Jadi Tarikan Terbaru Di Sunway Lagoon. Tiket Pun RM35 Je!

Sunway Lagoon Night Park ini dibuka setiap hari kecuali Selasa bermula jam 6:00 petang sehingga 11:00 malam.

Sunway Lagoon Night Park

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sunway Lagoon yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya sememangnya menjadi lokasi tumpuan pengunjung yang sukakan keseronokan permainan air.

Macam-macam jenis gelongsor air yang ada di Sunway Lagoon. Confirm rambang mata tak tahu nak naik yang mana satu dulu.

Bukan setakat boleh enjoy main semua gelongsor, nak berkhemah dengan kawan-kawan di taman teman ini pun boleh.

BACA JUGA: Pengunjung Kini Boleh Berkhemah & BBQ Di Sunway Pyramid. Ayuh!

Sunway Lagoon Night Park Jadi Tarikan Terbaru Di Sunway Lagoon

Taman tema Sunway Lagoon kini semakin menyeronokkan selepas satu lagi tarikan baharu diperkenalkan iaitu Sunway Lagoon Night Park yang dibuka bermula jam 6:00 petang sehingga 11:00 malam.

Bertemakan ‘The Good, The Bad, And The Wild’, tarikan ini mempamerkan budaya ‘cowboy’ daripada negara Amerika Syarikat dalam persembahan dan juga permainan mereka.

Dengan lebih 80 jenis tarikan di kawasan seluas 88 ekar ini, pelbagai permainan yang anda boleh cuba dengan kawan-kawan serta ahli keluarga.

Antara aktiviti dan juga tarikan yang menjadi tumpuan para pengunjung di Sunway Lagoon Night Park ini adalah:

  • Permainan air di Grand Canyon River Rapid
  • Colorado Splash
  • Rodeo Bull di Bold & Wild Ride (Tambahan RM25 untuk seorang)
  • Persembahan Spirit of Iosheka di Lorado Storage
  • Memerah sendiri susu lembu di kandang Farm Fresh

Harga Tiket

Yang paling dinanti-nantikan semua adalah harga jualan tiket untuk masuk ke Sunway Lagoon Night Park ini.

Jangan terkejut kerana harga untuk masuk ke dalam tarikan terbaharu ini tidak sama seperti tiket ke Sunway Lagoon.

Harga tiket adalah seperti berikut:

  • Dewasa (MyKad): RM35
  • Kanak-kanak (MyKid): RM30
  • Dewasa (Tanpa MyKad): RM45
  • Kanak-kanak (Tanpa MyKad): RM40

Kepada anda yang teruja dan mahu mencuba sendiri permainan di Sunway Lagoon Night Park, bolehlah cepat-cepat beli tiket di laman web mereka.

Paling penting, jangan lupa bawa baju extra sebab confirm anda akan basah terkena percikan air ketika menaiki beberapa permainan.

  • Lokasi: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari termasuk cuti umum kecuali Selasa. (6:00PM – 11:00PM)

Sebelum ini, Sunway Lagoon juga pernah mengacarakan beberapa aktiviti lain seperti Good Vibes Weekender dan Night Of Fright.

BACA JUGA: CL, Jackson Wang & Pink Sweat$ ‘Gegar’ Good Vibes Weekender 2022 Di Sunway Lagoon

BACA JUGA: We Went To The Nights Of Fright 8 At Sunway Lagoon – Were We Spooked?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd