Now Reading
5 Tempat Menarik Untuk Anda Lakukan Aktiviti ‘Indoor’ Sekitar Lembah Klang

5 Tempat Menarik Untuk Anda Lakukan Aktiviti ‘Indoor’ Sekitar Lembah Klang

Antara tempat yang menarik sekitar KL dan Selangor adalah Berjaya Times Square, SuperPark, District 21, Aquaria KLCC dan Kuala Lumpur Upside Down House.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila hujung minggu je mesti ramai akan terfikir lokasi seterusnya untuk berjalan-jalan. Takkan la tiap-tiap minggu nak pergi mall kan?

Tapi, nak buat aktiviti outdoor takut hujan pula. Sekarang kan selalu hujan waktu petang.

Takkanlah nak duduk rumah je. Bosanlah pula.

Tak apa, kami boleh bantu selesaikan masalah anda. Apa kata anda cuba lakukan aktiviti indoor di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

1. Berjaya Times Square Theme Park

Kredit: Berjaya Times Sqaure Theme Park

Untuk pengetahuan anda, taman tema berkeluasan 133,000 kaki persegi ini merupakan taman tema pertama dan terbesar di Malaysia sehingga tersenarai di dalam Malaysia Book of Records.

Taman tema ini terbahagi kepada dua kawasan iaitu Galaxy Station dan Fantasy Garden. Kedua-duanya mempunyai pelbagai permainan menarik dan mengujakan.

Kredit: Klook

Untuk harga tiket, anda boleh rujuk di bawah:

Kredit: Berjaya Time Square Theme Park

Disebabkan taman tema ini terletak di tengah bandar Kuala Lumpur, jadi memang lalu lintas ke lokasi ini agak sesak, lebih-lebih lagi pada hujung minggu.

Kalau anda tak mahu tempuhi kesesakan jalan raya, boleh juga menaiki pengangkutan awam dan turun di Stesen Monorail Imbi.

  • Alamat:  Berjaya Times Square Theme Park, Level 5 & 7, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Waktu operasi: Isnin – Jumaat (12PM – 8PM) dan Sabtu, Ahad serta cuti umum (11AM – 8PM)

2. District 21, IOI City Mall

Kredit: Times Out

Tempat ini memang sesuai untuk anda yang gemar melakukan aktiviti lasak dan menjerit sekuat hati tanpa dimarahi.

Kepada sesiapa yang gayat, memang mengucaplah beraktiviti di sini.

Ada macam-macam aktiviti disediakan seperti Roller Glider, Wall Climbing, Ninja Warrior Course dan banyak lagi.

Kredit: Klook

Bagaimana dengan faktor keselamatan pula?

Jangan risau. Segala peralatan keselamatan pengunjung akan lengkap disediakan oleh petugas.

Harga tiket boleh rujuk di bawah:

Kredit: Facebook District 21
  • Alamat: 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Waktu operasi: Isnin – Jumaat (12PM – 8PM) dan Sabtu, Ahad serta cuti umum (10AM – 8PM)

3. SuperPark Malaysia, Avenue K

Kredit: Trip Advisor

Di sini ada lebih 20 jenis aktiviti yang anda boleh lakukan.

Antaranya melompat di trampolin, berlumba kereta, ice skating, tube slide, Clip n’ Climb dan sebagainya.

Semua pengunjung yang ingin beraktiviti perlulah memakai ‘grip socks’ yang boleh didapati di kaunter tiket dengan harga RM6 sepasang.

Kredit: Avenue K

Untuk anda yang berminat untuk pergi ke sini, anda boleh membuat pembelian tiket secara atas talian di laman web SuperPark Malaysia atau di kaunter tiket.

Kanak-kanak di bawah usia tiga tahun boleh masuk secara percuma tetapi perlu berada di bawah pemantauan ibu bapa mereka.

Harga tiket boleh klik [DI SINI].

  • Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Selasa – Khamis (11AM – 8.30PM) dan Jumaat – Ahad serta cuti awam (10AM – 7.30PM)

4. Aquaria, KLCC

Kredit: Traveloka

Berkeluasan 60,000 kaki persegi, Aquaria KLCC adalah salah satu tarikan menarik di Kuala Lumpur kerana anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan laut.

Lokasi ini boleh dikunjungi oleh semua golongan dari kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa. Ibu bapa yang nak bawa anak-anak kecil ke sini pun tiada masalah.

Pengunjung juga boleh memberi makan serta memegang sesetengah haiwan laut di bawah pemantauan pekerja di situ.

Kredit: Aquaria KLCC

Harga tiket boleh dirujuk [DI SINI].

  • Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Isnin – Ahad (10AM – 7PM)

5. Kuala Lumpur Upside Down House

Kredit: Traveloka

Anda pernah tengok rumah terbalik? Kalau belum pernah, apa kata anda ke lokasi ini yang terletak berhampiran dengan Menara Kuala Lumpur di Jalan P. Ramlee.

Kuala Lumpur Upside Down House memang lain daripada yang lain sebab rumah ini memang sengaja direka secara terbalik. Tengok dari luar pun dah boleh tahu kan?

Hiasan dalaman rumah ini termasuklah bilik-bilik dan juga dapur juga disusun secara terbalik.

Ajaklah kawan-kawan atau ahli keluarga anda datang ke sini. Boleh ambil gambar dengan pelbagai jenis gaya mengikut kreativiti sendiri.

Kredit: Menara KL

Untuk anda yang berminat untuk ke KL Upside Down House, anda boleh dapatkan tiket pada harga RM20 untuk dewasa dan RM 15 untuk kanak-kanak.

  • Alamat: KL Tower, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Isnin – Ahad (9AM- 10PM)

Ada macam-macam tempat anda boleh pergi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Ajakah kawan-kawan atau ahli keluarga beraktiviti nanti. Tak adalah bosan terperap di rumah je hujung minggu ni.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd