Now Reading
Taman Tema Air SplashMania, Berbaloi Ke Pergi?

Taman Tema Air SplashMania, Berbaloi Ke Pergi?

Taman Tema Air SplashMania yang terletak di Gamuda Cove memiliki keunikan tersendiri kerana mempunyai gelongsor air multimedia dan audio sepanjang 78 meter berserta lampu LED.

gelongsor air multimedia dan audio sepanjang 78 meter

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain berkhemah dan berpiknik, aktiviti permainan air juga menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara bagi semua lapisan masyarakat tidak mengira usia.

Apabila mood untuk bermandi air muncul, ada beberapa taman tema air popular yang akan terlintas di fikiran.

Walaupun setiap taman tema air memiliki gelongsor dan juga ombak buatan, tetapi kesemuanya mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Antara salah satu taman tema air yang boleh dimasukkan dalam senarai anda adalah SplashMania Waterpark oleh Gamuda Land yang baru sahaja dibuka pada 6 Februari lalu.

Team TRP Dah Mandi-manda Di SplashMania. Gelongsor Berlampu Ya! [Review]
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Taman Tema Air SplashMania Berada Di Lokasi Strategik Lebuhraya Elite

Untuk pengetahuan anda, lokasi Gamuda Cove adalah begitu strategik iaitu di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di koridor selatan Lembah Klang, serta jaraknya yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Kalau anda melalui Lebuhraya Elite, pastinya replika kapal yang menjadi ikonik di SplashMania akan menjadi tumpuan pengguna jalan raya kerana ia boleh dilihat dari jarak jauh kerana saiznya yang cukup besar.

BACA JUGA: Gamuda Land Bakal Buka Taman Tema Air SplashMania Pada Januari 2023

Team TRP Dah Mandi-manda Di SplashMania. Gelongsor Berlampu Ya! [Review]
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Pengurus Besar (Riadah & Hospitaliti) Gamuda Land, Sanjay Nadarajah dalam masa yang sama turut berkata, ‘Where Nature Meets Fun’ membentuk intipati Taman Air SplashMania.

Dengan mengambil kira persekitaran semula jadi taman air dan kawasan tanah lembap di sekitarnya, kami memastikan bahawa kami mendedikasikan 70% taman air ini bagi kawasan hijau. Tunggangan dan gelongsor di SplashMania direka oleh Polin Waterparks dan ProSlide Technology yang juga pembangun gelongsor dengan teknologi luar biasa dan rekod keselamatan yang inovatif serta dipercayai.

Pengurus Besar (Riadah & Hospitaliti) Gamuda Land, Sanjay Nadarajah.

Team TRP Sudah Pergi Ke Taman Tema Air SplashMania Di Gamuda Cove

SplashMania yang dibuka di perbandaran Gamuda Cove merupakan taman tema air seluas 18 ekar dan mempunyai 24 gelongsor air serta 15 tarikan utama.

Baru-baru ini, team TRP sendiri telah dijemput untuk berkunjung ke Taman Tema Air SplashMania ketika sesi pra-pembukaan.

Tidak kira muda atau tua, masing-masing teruja untuk mencuba pelbagai jenis gelongsor air yang menarik di sini.

Team TRP Dah Mandi-manda Di SplashMania. Gelongsor Berlampu Ya! [Review]
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Kelengkapan Di Taman Tema Air SplashMania

Mesti ada yang tertanya-tanya, nak letak barang di mana? Jangan risau, mereka juga menyediakan ruang penyimpanan barang kepada para pengunjung dengan harga yang berbeza mengikut saiz. Boleh bayar menggunakan wang tunai sahaja ya.

Berikut adalah harga penyimpanan barang mengikut saiz:

  • Kecil: RM15
  • Sederhana: RM35
  • Besar: RM40
Sumber: TRP/BuzzKini

Seperti taman tema air yang lain juga, ruang persalinan serta tandas turut disediakan untuk membolehkan para pengunjung menukar pakaian mereka dengan selesa. Kalau anda nak mandi, pastikan bawa sabun atau shampu sendiri ya kerana pihak mereka tidak menyediakan kelengkapan itu.

Untuk pengunjung beragama Islam, kalau nak solat pun boleh juga kerana mereka menyediakan surau lelaki dan juga wanita.

Kalau anda ingin mengisi perut sebelum melakukan sebarang aktiviti air, mereka juga mempunyai kafe yang menjual makanan dan minuman.

Sumber: BuzzKini

Bagi kami, harga makanan dan minuman di kafe ini agak mahal jika dibandingkan dengan restoran di luar. Harga set pizza saiz kecil dengan air Coke yang kami beli berjumlah RM20.80.

Pengunjung boleh membuat pesanan makanan di kaunter dan menunggu sehingga nombor anda di panggil oleh pelayan.

Jika semua sudah bersedia, jom kita mula terokai SplashMania!

Team TRP Dah Mandi-manda Di SplashMania. Gelongsor Berlampu Ya! [Review]
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Apa Yang Ada Di Taman Tema Air SplashMania?

Apabila sudah menaiki jambatan yang berada di bahagian tengah berhadapan dengan pintu masuk, mesti ramai yang rambang mata tak tahu nak main gelongsor yang mana satu.

Memang tak tipu, banyak ya gelongsor air dan tarikan mereka di SplashMania termasuklah gelongsor air multimedia dan audio sepanjang 78 meter yang dilengkapi dengan pelbagai kesan cahaya LED.

Antara gelongsor air dan tarikan yang sudah dibuka untuk para pengunjung adalah:

  1. Whoopa Loopa
  2. Titanic Experience
  3. Amazonia
  4. Omba’King Cove
  5. Surf Mania
  6. Rainforest-Style Rapids
  7. Whacka Boom Boom
  8. Rush Havoc
  9. Shaka Waka
  10. Plunge
  11. Sumaumeira Drop
  12. Wild Rush
  13. Maniac Racers
  14. Twin Turbo
  15. Typhoon Terror
  16. Curl & Swirl
  17. Swaggy’s Cliff
  18. Splash Sploosh
  19. Tiny Twista
  20. Mini Monsta
  21. Mini Mania
  22. Treasure Tower
  23. Wave Ball Pool

Taman Tema Air SplashMania: Rainforest-Style Rapids

Team TRP Dah Mandi-manda Di SplashMania. Gelongsor Berlampu Ya! [Review]
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Tarikan pertama yang kami cuba adalah Rainforest-Style Rapids. Kalau anda feeling-feeling nak ‘healing’ sambil duduk atas pelampung, tarikan ini memang sesuai. Airnya pun boleh tahan deras juga ya. Tak perlu tolak, memang pelampung itu akan bergerak dengan sendiri.

Kami sendiri pun hampir ditolak oleh arus air ketika tidak memegang mana-mana pelampung.

Di Rainforest-Style Rapids yang berbentuk bulat ini, ada beberapa jenis elemen menarik seperti:

  • Savage Ravage
  • Secret Lair
  • Donut Rapids
  • Bubbly Dip
  • Monsoon
  • Pinnacle Creek
  • Rain Shooters
  • Happy Feet and Wave Ball Pool

Yang paling mencabar adalah ketika anda melalui Rain Shooters kerana air akan terpancut keluar dan menyerang anda di bahagian kiri dan kanan.

Hati-hati kerana air pancutan itu agak menyakitkan. Nasihat kami, lebih baik tutup muka atau meletakkan muka di bahagian bawah ketika melalui kawasan itu.

Taman Tema Air SplashMania: Treasure Tower

Team TRP Dah Mandi-manda Di SplashMania. Gelongsor Berlampu Ya! [Review]
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Di Treasure Tower, terdapat pelbagai jenis gelongsor air yang sesuai untuk golongan kanak-kanak.

Ada gelongsor pendek dan juga panjang. Ada di antaranya yang mempunyai lampu LED berwarna-warni. Memang seronok dan tak puas kalau naik sekali je.

Tumpuan utama di Treasure Tower adalah replika baldi terletak di atas sekali yang akan melimpahkan air ke bahagian bawah ketika ia sudah dipenuhi dengan air.

Nak naik ke beberapa bahagian ‘tower’ itu juga perlu berhati-hati ya kerana terdapat percikan air dari bawah yang bergerak naik ke atas.

Taman Tema Air SplashMania: Wild Rush

Team TRP Dah Mandi-manda Di SplashMania. Gelongsor Berlampu Ya! [Review]
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Antara tarikan menarik yang menjadi tumpuan utama di SplashMania adalah Wild Rush.

Untuk pengunjung yang ingin mencuba permainan Wild Rush ini, kami nak bagitahu siap-siap yang kolamnya berkedalaman tiga meter.

Selepas anda berpusing-pusing di dalam gelongsor, anda mungkin agak terkejut kerana tiba-tiba keluar dari gelongsor dan terjatuh ke dalam kolam yang dalam.

Mengikut pengalaman dari salah seorang team kami berketinggian 164 sentimeter, kakinya tidak dapat memijak lantai kolam.

Tapi jangan risau, ada life guard di situ untuk membantu anda.

Harga Tiket ‘Early Bird’ SplashMania Hingga 31 Mac Ini

Kepada anda yang ingin mencuba sendiri tarikan menarik di SplashMania, para pengunjung boleh menikmati tiket ‘early bird’ bermula pada harga RM63 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala orang dewasa dan mereka yang berketinggian melebihi 120cm boleh membeli tiket pada harga RM79.

Harga tiket ‘early bird’ ini hanya ditawarkan sehingga 31 Mac 2023 sahaja.

BACA JUGA: Taman Tema Air SplashMania Perkenal Harga ‘Early Bird’ Serendah RM63 Hingga 31 Mac!

Taman Air SplashMania dibuka pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari kecuali Selasa melainkan ia jatuh pada hari cuti umum atau sekolah.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd