Now Reading
Taman Tema Air SplashMania Perkenal Harga ‘Early Bird’ Serendah RM63 Hingga 31 Mac!

Taman Tema Air SplashMania Perkenal Harga ‘Early Bird’ Serendah RM63 Hingga 31 Mac!

Taman Tema Air SplashMania oleh Gamuda Land ini merupakan taman tema air yang berkonsepkan hutan hujan tropika dan mempunyai keluasan 18 ekar.

splashmania

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan baharu untuk membawa anak-anak ke Taman Tema Air SplashMania yang telah dibuka secara rasmi oleh pihak Gamuda Land.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land Chu Wai Lune, taman tema air seluas 18 ekar itu akan menyediakan 24 gelongsor air yang pastinya mendebarkan pengunjung.

Sumber: Siti Murni/TRP

Pembukaan Taman Air SplashMania ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada penduduk dari Gamuda Cove, tetapi komuniti sekitarnya dan Malaysia secara amnya dengan unjuran pengunjung tahunan sebanyak 800,000 orang.

Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land Chu Wai Lune.

Ujarnya lagi, SplashMania Waterpark akan membolehkan pihak Gamuda Land untuk menjangkau peluang ekopelancongan yang masih belum diterokai di Lembah Klang Selatan, selaras dengan rancangan Tourism Selangor.

Sumber: Siti Murni/TRP

BACA LANJUT: Gamuda Land Bakal Buka Taman Tema Air SplashMania Pada Januari 2023

Lebih menarik, anda seisi keluarga boleh juga berhibur dengan gelongsor air multimedia dan audio sepanjang 78 meter yang dilengkapi pelbagai kesan cahaya LED yang diberi nama ‘Shaka Waka’.

Nama pun dah cool!

BACA JUGA: Gamuda Cove Lancar ‘Goosebumps Rope Course’ Pertama Di Malaysia. Gugur Jantung Oi!


Tiket ‘Early Bird’ SplashMania Waterpark Diperkenalkan Serendah RM63 Bermula Hari Ini Sehingga 31 Mac 2023!

Gamuda Land semalam (6 Februari) telah mengadakan majlis pelancaran rasmi untuk Taman Air SplashMania seluas 18 ekar yang terletak di Gamuda Cove.

Seramai lebih 2,200 pengunjung pertama menjejakkan kaki ke taman air dan mengalami gelongsor air pertama seumpamanya di Malaysia seperti Shaka Waka, gelongsor air multimedia dan audio sepanjang 78 meter yang dilengkapi dengan pelbagai kesan cahaya LED, dan lain-lain lagi!

Sumber: Siti Murni/TRP

Pengunjung boleh menikmati tiket ‘early bird’ bermula pada harga RM63 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala orang dewasa dan mereka yang berketinggian melebihi 120cm boleh membeli tiket pada harga RM79 bermula sekarang hingga 31 Mac, menjelang pelancaran besarnya pada Q2 2023.

Taman Air SplashMania dibuka pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari kecuali Selasa melainkan ia jatuh pada hari cuti umum atau sekolah.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd