Now Reading
Gamuda Land Bakal Buka Taman Tema Air SplashMania Pada Januari 2023

Gamuda Land Bakal Buka Taman Tema Air SplashMania Pada Januari 2023

SplashMania bakal dibuka di perbandaran Gamuda Cove pada minggu kedua bulan Januari 2023.

splashmania

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebut sahaja Taman Tema Air, di dalam kepala masing-masing pasti automatik akan terfikir beberapa taman tema yang popular di Lembah Klang.

Tapi selepas ini, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke satu taman tema air baharu yang bakal dibuka oleh Gamuda Land iaitu SplashMania Waterpark.

Splashmania bakal dibuka di perbandaran Gamuda Cove pada minggu kedua bulan Januari 2023.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land Chu Wai Lune, taman tema air seluas 18 ekar itu akan menyediakan 24 gelongsor air yang pastinya mendebarkan pengunjung dan 15 tarikan utama dengan beberapa daripadanya adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia termasuk kawasan perairan realiti maya (VR Waterslide).

Pembukaan Taman Air SplashMania ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada penduduk dari Gamuda Cove, tetapi komuniti sekitarnya dan Malaysia secara amnya dengan unjuran pengunjung tahunan sebanyak 800,000 orang.

Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land Chu Wai Lune.

Ujarnya lagi, SplashMania Waterpark akan membolehkan pihak Gamuda Land untuk menjangkau peluang ekopelancongan yang masih belum diterokai di Lembah Klang Selatan, selaras dengan rancangan Tourism Selangor.


Lokasi Strategik

Untuk pengetahuan anda, lokasi Gamuda Cove adalah begitu strategik iaitu di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di koridor selatan Lembah Klang, serta jaraknya yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Ia sekaligus menjadikan tempat ini sebagai lokasi yang mudah untuk diakses oleh para pelancong tempatan, mahupun luar negara.

Gamuda Cove juga terletak di antara Paya Indah Discovery Wetlands yang subur dan Hutan Simpan Kuala Langat.

Mendapat inspirasi daripada persekitarannya, SplashMania akan dinaungi oleh lebih 1,500 jenis pokok termasuk spesies pokok asli dan terancam.

Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land Chu Wai Lune.

“Nature Meets Fun”

Pengurus Besar (Riadah & Hospitaliti) Gamuda Land, Sanjay Nadarajah dalam masa yang sama turut berkata, ‘Where Nature Meets Fun’ membentuk intipati Taman Air SplashMania.

Dengan mengambil kira persekitaran semula jadi taman air dan kawasan tanah lembap di sekitarnya, kami memastikan bahawa kami mendedikasikan 70% taman air ini bagi kawasan hijau. Tunggangan dan gelongsor di SplashMania direka oleh Polin Waterparks dan ProSlide Technology yang juga pembangun gelongsor dengan teknologi luar biasa dan rekod keselamatan yang inovatif serta dipercayai.

Pengurus Besar (Riadah & Hospitaliti) Gamuda Land, Sanjay Nadarajah.

Shaka Waka; Gelongsor Air Multimedia & Audio Di Malaysia Sepanjang 78 Meter Turut Diperkenalkan

Apa yang lebih menarik, anda juga boleh berhibur dengan gelongsor air multimedia dan audio sepanjang 78 meter yang dilengkapi pelbagai kesan cahaya LED yang diberi nama ‘Shaka Waka’.

Pengurus Besar (Riadah & Hospitaliti) Gamuda Land, Sanjay Nadarajah ketika berucap pada Majlis Pratonton Taman Tema Air SplashMania, semalam (30 November).
(Sumber: Nur Farahin/TRP)

Nama pun dah cool, kan?!

Bukan setakat itu sahaja, pengunjung juga akan turut disediakan dengan Atlantis VR iaitu pengalaman dengan penutup kepala VR yang dapat memberikan bayangan seolah-olah anda berada di dunia yang sama sekali berbeza semasa mereka memulakan perjalanan maya 250 meter melalui Lost City of Atlantis.

(Sumber: Nur Farahin/TRP)

Maskot SplashMania Waterpark

Pihak Gamuda Land juga memaklumkan bahawa akan ada empat karakter maskot di taman tema air berkenaan yang dikenali sebagai Max, Swaggy B, Omba’ king, dan Zoomi.

Keempat-empat maskot ini mempunyai karakter yang berbeza dan semestinya bakal menghiburkan para pengunjung di SplashMania Waterpark!

(Sumber: Nur Farahin/TRP)

GL Play Diperkenalkan Untuk Memudahkan Pelanggan Membeli Tiket, Menavigasi Peta dan Membeli Makanan Tanpa Perlu Beratur

Gamuda Land juga bakal memperkenalkan aplikasi mudah alih GL Play apabila taman tema air dibuka sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan taman untuk menawarkan kemudahan kepada pengunjung.

Menerusi aplikasi itu, anda akan dapat membeli tiket mereka lebih awal melalui platform tempahan aplikasi.

Ia juga akan memudahkan urusan anda untuk menavigasi kemudahan di SplashMania Waterpark menggunakan ciri peta taman dan memesan makanan serta minuman mereka tanpa perlu beratur.


Gamuda Cove: Smart City

Dilancarkan pada 2018, Gamuda Cove merentasi 1,530 ekar perbandaran yang dirancang dengan teliti. Perbandaran ini juga menghimpunkan tarikan semula jadi seperti Paya Indah Discovery Wetlands, pengembaraan luar seperti Goosebumps Rope Course dan Cove Aerobar di Discovery Park.

Penambahan Taman Air SplashMania akan meningkatkan lagi kemeriahan Gamuda Cove.

BACA JUGA: Gamuda Cove Lancar ‘Goosebumps Rope Course’ Pertama Di Malaysia. Gugur Jantung Oi!

BACA JUGA: Gamuda Land Bekerjasama Dengan UKM, UniKL & UM Perbaiki Biodiversiti Di Paya Indah Discovery Wetlands


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd