Now Reading
Bas KL Hop-On Hop-Off Bawa Ke Istana Negara & Pelbagai Lokasi Menarik Sekitar Kuala Lumpur

Bas KL Hop-On Hop-Off Bawa Ke Istana Negara & Pelbagai Lokasi Menarik Sekitar Kuala Lumpur

Tiket Bas KL Hop-On Hop-Off boleh dibeli secara atas talian atau secara fizikal di stesen tiket di Hentian Kiosk Utama 1 Bukit Bintang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kepada anda yang berada di Kuala Lumpur tapi tak tahu nak pergi mana dan buat apa, jom terokai pemandangan sekitar KL dengan menaiki bas. Pengalaman ini sesuai buat mereka yang baru di bandar ini dan ingin melihat suasana menarik di ibu kota.

Tapi kalau warga KL yang nak berehat sambil menikmati suasana lampu-lampu bandar selama dua jam tanpa perlu memandu, apa salahnya? Jom!

Dengan bas KL Hop-On Hop-Off, orang ramai boleh menikmati ruang terbuka di tingkat atas bas selama dua jam sambil meneroka keindahan dan kemeriahan Kuala Lumpur pada waktu malam yang digelar KL City Of Lights.

Sumber: Twitter/ JalanCutiSantai

Lokasi yang akan dilawati

Dalam lawatan selama dua jam ini, bas akan bergerak ke 12 tarikan dan berhenti selama 10 minit di empat perhentian. Tarikan-tarikan pada waktu malam tertumpu kepada lokasi yang mempunyai lampu memukau.

Sumber: Twitter/ JalanCutiSantai

Antara lokasi tersebut adalah seperti berikut:

  • Sg Wang Plaza (Pickup & Drop Point)
  • Saloma Link
  • Menara KL
  • China Town
  • Pasar Seni
  • Little India
  • KL Sentral
  • Istana Negara
  • Dataran Merdeka
  • River of Life
  • Istana Budaya
  • KLCC

Bas ini hanya akan singgah di Menara KL, Istana Negara, River of Life dan juga KLCC. Di sana, anda boleh turun dari bas untuk sesi bergambar selama 10 minit.

Sumber: Facebook/KL Hop-On Hop-Off City Tour, Twitter/JalanCutiSantai

Tetapi semua ini bergantung kepada keadaan lalu lintas ketika itu. Kalau kesesakan lalu lintas agak teruk dan tiada ruang untuk parkir bas (terutamanya di KLCC), anda mungkin boleh bergambar dari atas bas sahaja.

Cara untuk beli tiket bas

Pada waktu malam, hanya ada satu slot sahaja iaitu pada jam lapan malam. Jadi bagi mereka yang ingin menaiki bas ini, perlu berada di sana secara fizikal 30 minit sebelum supaya tidak ketinggalan bas.

Satu-satunya stesen menaiki dan menghantar pulang pengunjung adalah di Hentian 1 Bukit Bintang di sebelah pintu masuk utama Sungei Wang Plaza.

Sumber: Facebook/KL Hop-On Hop-Off City Tour

Tiket boleh dibeli secara atas talian dengan ejen yang sah atau secara fizikal di stesen tiket di Hentian Kiosk Utama 1 Bukit Bintang.

Harga tiket adalah seperti di bawah:

Warganegara Malaysia
Dewasa – RM35
Kanak-kanak – RM20

Bukan warganegara Malaysia
Dewasa – RM55
Kanak-kanak – RM30

Apabila tiket sudah dibeli, perlu diingatkan bahawa anda tidak boleh menempah tempat duduk dan lebih kepada konsep tempat duduk percuma. Tempat duduk adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, jadi sesiapa yang datang dahulu akan dapat tempat duduk paling best!

Selain itu, tiada makanan atau minuman dibenarkan semasa berada di dalam bas, tapi jangan risau air mineral boleh dibawa.

Nak bersiar-siar waktu siang pun ada juga

Untuk perjalanan pada waktu siang, harganya lebih murah dan lebih banyak lokasi dilawati. Tetapi cuaca agak panas jugalah.

Ada dua pilihan untuk lawatan pada waktu siang iaitu:

  • Isnin – Jumaat ( Ronda-ronda KL)
  • Sabtu – Ahad (Hop-On Hop-Off)

Untuk lawatan ini, 17 lokasi akan dilawati seperti:

  • Sg Wang Plaza (Pickup & Drop Point)
  • Swiss Garden
  • China Town
  • Pasar Seni
  • Little India
  • KL Sentral
  • Muzium Negara
  • Istana Negara
  • Taman Tasik Perdana
  • Taman Burung
  • Masjid Negara
  • Dataran Merdeka
  • Medan MARA
  • KLCC
  • MaTIC
  • Menara KL
  • Aquaria

Perjalanan pada hari bekerja adalah lawatan selama dua jam seperti pada waktu malam manakala perjalanan hujung minggu adalah berdasarkan konsep Hop On Hop Off / Excursion.

Sumber: Facebook KL Hop-On Hop-Off City Tour

Untuk lawatan pada hujung minggu, anda boleh menaiki mana-mana 17 perhentian yang disenaraikan di sana dengan cara membeli tiket secara fizikal di dalam bas dan turun di perhentian untuk meluangkan masa di sana.

Jika ingin pergi ke perhentian lain, hanya perlu menunggu di perhentian bas dan bas lain akan datang jemput dalam tempoh 30 sehingga 40 minit.

Layari Facebook dan laman web mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang masa dan harga.

Untuk pengetahuan anda, pengangkutan ‘Hop On Hop Off’ ini berbeza dengan menaiki bas Go KL yang boleh dinaiki secara percuma sekitar KL dan bas Rapid KL yang berbayar.

BACA JUGA: RapidKL Beri Tambang Percuma Selama Sebulan Kepada Semua Pengguna


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd