Now Reading
RapidKL Beri Tambang Percuma Selama Sebulan Kepada Semua Pengguna

RapidKL Beri Tambang Percuma Selama Sebulan Kepada Semua Pengguna

Tambang percuma selama sebulan itu termasuklah perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), Monorel dan bas RapidKL.

tambang percuma RapidKL selama sebulan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bermula hari ini (16 Jun), pengguna RapidKL boleh menikmati tambang perjalanan di semua rangkaian syarikat pengendalian berkenaan secara percuma selama satu bulan.

Tambang percuma itu termasuklah perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), Monorel dan bas RapidKL.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu.

Sumber: Astro Awani

Ismail Sabri juga menjelaskan pemberian tersebut sebagai tanda kerajaan memahami keperitan hidup rakyat dengan harga barangan yang semakin meningkat.

Pemberian percuma selama sebulan ini diharap dapat meringankan beban yang dihadapi rakyat pada hari ini berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada masa sama, Ismail Sabri juga berharap dengan pembukaan MRT Laluan Putrajaya pada hari ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berdepan rakyat Malaysia setiap hari.

BACA JUGA: [Video] Stesen LRT Pasar Seni Sesak Bagai ‘Tin Sardin’ Dek Kerja Naik Taraf Tren Pada Waktu Puncak


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd