Now Reading
Alamanda Putrajaya Anjur Karnival VIKids Sempena Cuti Sekolah 2023

Alamanda Putrajaya Anjur Karnival VIKids Sempena Cuti Sekolah 2023

Selain daripada kepelbagaian aktiviti menarik, kanak-kanak juga akan mendapat gula-gula kapas yang akan diedarkan secara percuma.

alamanda

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bersempena dengan musim cuti persekolahan, Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya akan menganjurkan Karnival VIKids yang bakal berlangsung bermula 18  Februari sehingga 12 Mac.

Karnival ini bakal membawa pelbagai aktiviti menarik menampilkan permainan menyeronokkan selain dari aktiviti fizikal untuk kesemua ahli  VIKids.

Ahli VIKids layak menerima sekeping pas karnival yang boleh digunakan untuk meneroka kepelbagaian aktiviti yang memilki tema berlainan di perkarangan ruang legar utama Alamanda.

Ruang legar utama tersebut bakal menjalani transformasi yang menjanjikan kemeriahan dan kegembiraan suasana selaras dengan tema sesi cuti persekolahan.  

Melalui Pas Karnival VIKIDs, kanak-kanak berpeluang merasai pengalaman menaiki karusel, “kiddie rides” selain peluang bermain permainan arked dan taman tema seperti bola keranjang dan juga aktiviti cat muka dan tangan.

Selain daripada kepelbagaian aktiviti menarik, kanak-kanak juga akan mendapat gula-gula kapas yang diedarkan secara percuma.


Pas Karnival Untuk Ahli VIKids.

Setiap ahli VIKids akan menerima satu Pas Karnival yang boleh ditebus untuk setiap hari, selagi stok masih ada. Tebusan pas juga adalah terhad untuk dua ahli VIKids untuk setiap keluarga sehari.

Setiap Pas Karnival akan dilabel setelah ahli VIKids melengkapkan aktiviti-aktiviti di karnival dan  Pas Karnival tersebut perlu diserahkan kepada kaunter servis untuk mendapatkan peluang memenangi hadiah di “Wheel of Prizes”.

Pengunjung kanak-kanak juga berpeluang memenangi hadiah berbentuk set alat seni, mainan lembut dan Pas “Superkidz Day” juga gula-gula kapas.  

Melalui pembelian minima yang bernilai RM300 ke atas yang boleh dibuat di mana-mana kedai terpilih. Tebusan adalah terhad untuk satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada.

Karnival VIKids juga akan dimeriahkan dan disambut dengan keriangan berganda apabila persembahan yang menghiburkan akan dipertontonkan kepada para pengunjung pada hujung minggu.

Para pengunjung kecil akan dihiburkan dengan persembahan akrobatik, pertunjukkan silap mata, selain dari aktiviti ukiran belon yang dibentuk kepada pelbagai jenis objek dan haiwan.

Alamanda yang sinonim sebagai Pusat Beli-Belah keluarga akan sentiasa mendukung kesejahteraan dalam kelompok komuniti. Pertubuhan Kelab VIKids membawa objektif untuk memberi ruang kepada anak kecil untuk menjalankan aktiviti sihat sambil menimba ilmu. Karnival yang sememangnya ditunggu-tunggu ini akan diadakan dengan sambutan meriah yang berganda yang  mana kesemua pengunjung kanak-kanak akan menjalankan aktiviti yang disediakan dalam suasana sebuah karnival. Karnival kali ini dilihat sebagai hari yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga memandangkan kehadiran musim cuti persekolahan. Simbolik dengan suasana ini, saya yakin para pengunjung boleh menjadikan detik bersama keluarga di karnival ini akan menjadi satu detik yang tidak akan dilupakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kaunter pertanyaan di talian 03-8888 8882 atau klik terus ke www.alamanda.com.my.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd