Now Reading
[Video] Ini Kompilasi Tutorial Tudung Shawl & Bawal Anda Boleh Cuba Sempena Aidilfitri 2024!

[Video] Ini Kompilasi Tutorial Tudung Shawl & Bawal Anda Boleh Cuba Sempena Aidilfitri 2024!

Banyak sebenarnya gaya anda boleh cuba mengikut jenis tudung yang akan dipakai ketika Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada para wanita di luar sana, anda sudah beli tudung raya atau belum? Melalui tinjaun kami, banyak tudung trending mula dijual di pasaran lebih-lebih lagi jenis yang bercorak (printed).

Buat mereka yang sudah mendapatkan tudung masing-masing pula, mungkin anda sedang pening kepala memikirkan gaya yang akan dipakai.

Kadangkala bukan tidak mahu menukar style, tetapi kurang mahir menyarungkan tudung tersebut dengan cara yang baru.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai Baju Raya Bawah RM200 Untuk Anda Sempena Hari Raya Aidilfitri Nanti. Murah Je!


Tutorial Tudung Raya Jenis Shawl

Seperti yang anda semua tahu, cara pemakaian tudung jenis bawal dan shawl adalah berbeza. Style yang ingin diperagakan itu juga perlulah sesuai mengikut jenis bahan tudung dipilih.

Di sini kami kongsikan tutorial tudung shawl yang anda boleh cuba untuk bagi pakaian raya pada tahun ini mengikut kesesuaian muka masing-masing.

#1. Shawl Lace
@sfeashraa Siapa yang cakap nampak muda? TAKDE SAPE PUN TAPI THIS IS HOW I USED TO WEAR MY SHAWL BACK IN 2019 HAHA tudung lace ni sumpah best weh like I bebetul suka sangat sangat sangat @poplook #KongsiBersama #30hari30hijabtutorial #KongsiFitCheck #KongsiTips #shawllace #hijabtutorial ♬ original sound – LaguRaya
#2. Shawl Sulam
@wasiqahhamid Tips untuk yang tak reti buat style ikat belakang, selalu bulky or gelembung or tercekik kan? Haa cuba cara ni 🤭#tutorialshawl #hijabtutorial #raya2024 #shawlsulam #turorialshawlraya ♬ original sound – Wasiqah Hamid
#3. Shawl Shimmer Silk
@ellyyaana Replying to @qistina Shawl yang kita pakai ada dekat beg kuning ni ha 🫶🏻 Grab cepattt sementara masih murah ni 😤 student friendly + cantikkkk sangat 🥺🤍 #shawlshimmersilk #tutorial #shawltutorial #ipg #fyp ♬ jaz bersamamu – kosong
#4. Shawl Cotton
@natashafateen Replying to @nia nah tuto tutss!! Sorry lambat korang hehe save siap siap tau untuk raya nanti &lt3 #tutorial #tutorialshawl #cottonshawl #tutorialtudung #fyp ♬ som original – 🎧
#5. Shawl Jersey
@nurananajihah DAY 14 – quick simple and easy tutorial using jersey shawl #zxycba #foryou ♬ sonido original – ï·½ ☽︎
#6. Shawl Satin
@nenahijabs Yang nak nampak elegant dengan satin shawl masa raya pertama nanti jangan lupa save video ni siap2 okay! #tutorialshawl #shawlrayatutorial #foryou ♬ bunyi asal – meon..
#7. Shawl Satin (Gaya Turban)
@asyiqiny Turban but make it ✨neck covered✨ #shawltutorial #turbantutorial ♬ Escapism. – RAYE & 070 Shake
#8. Shawl Chiffon (Bersama Anting-anting)
@asyiqiny Another easy ways to style your shawl with earrings 💗 #shawltutorial #hijabtutorial ♬ jaz bersamamu – kosong

Tutorial Tudung Raya Jenis Bawal

Kepada mereka yang #TeamBawal pada tahun ini, jom cuba tutorial-tutorial yang kami kongsikan di bawah. Daripada asyik pakai style sama, apa kata tahun ini kita upgrade sikit, baru syok!

#1. Bawal Satin
@theselamah Ramadhan ke-4 Aira nak kongsikan tutorial ringkas menggunakan Bawal Satin. Tudung raya 2024 trending style. Bytheway, design yang Aira pakai ni akan launching esok. Stay tune dan selamat mencuba. ❤️ #30Hari30Style #Raya2024 #theselamah #tslover #tudungraya #tutorial #tutorialraya #KongsiBersama ♬ original sound – THESELAMAH
@aidarazman

2 styles for this ramadhan

♬ Daylight by Taylor Swift sped up – brooke ⎕
#2. Bawal Cotton
@sfeashraa are u a Fazura or a Wawa?🤪 printed bawal from @TUDUNGRUFFLE ♬ original sound – Sofea Shra
@hijabistahub.official Bawal Tutorial untuk Raya Kedua 🙈 #HijabistaHub #bawaltutorial ♬ Seloka Hari Raya – dzaqrazky
#3. Bawal Cotton Jadi Shawl
@swanheritagehq Pakai bawal, style bawal ✖️Pakai bawal, style shawl ✔️ #fyp #tiktokmalaysia #shawltutorial #swanheritage ♬ Bertahan Terluka – Fabio Asher
#4. Bawal Cotton (Gaya Sesiput)
@aidarazman

stail bawal sesiput nama dia

♬ Confidence (sped up version) – Ocean Alley

Jenis Bentuk Muka & Style Yang Sesuai

Setiap individu terdiri daripada pelbagai jenis bentuk muka yang berbeza, ada yang berbentuk bulat dan ada juga yang lonjong.

Kalau anda nak tahu, adalah penting untuk memakai gaya tudung yang sesuai dengan bentuk muka agar ia dapat menaikkan seri wajah lebih-lebih lagi semasa hari raya nanti.

Berikut kami kongsikan panduan memilih gaya pemakaian tudung yang betul. Antaranya:

Jenis bentuk muka. Sumber: Instagram (@aidarazman/@haniszalikha)
#1. Muka Berbentuk Bujur (Oval Face)

Bentuk muka ini dikategorikan sebagai bentuk universal. Hal ini kerana semua gaya tudung boleh dipakai sekiranya anda memiliki bentuk muka jenis ini.

Untuk anak tudung, anda boleh memakainya sehingga dekat ke bahagian dahi atau menggayakan tudung pilihan dengan ‘style loose’ tanpa sebarang pin.

#2. Muka Berbentuk Petak (Square Face)

Sama seperti bentuk bujur, individu dengan muka bentuk petak juga boleh memilih untuk memakai pelbagai jenis gaya tudung yang berbeza. Untuk tampil kelihatan lebih ayu, anda disarankan untuk memakai tudung secara longgar dan tidak melekap pada muka.

#3. Muka Berbentuk Panjang/ Lonjong (Long Face)

Individu dengan muka bentuk panjang adalah lebih kurang sama dengan mereka yang berbentuk bujur. Namun sedikit lonjong di bahagian dagi atau dahu.

Cara pemakaian tudung yang sesuai untuk muka berbentuk ini adalah dengan gaya menampakkan anak tudung atau memakai tudung dengan dua lipatan (layer).

#4. Muka Berbentuk Hati (Heart Face)

Seseorang yang mempunyai bentuk muka hati selalunya terdiri dengan dagu tajam dan bahagian tulang pipi yang luas. Buat golongan ini, anda boleh menggayakan tudung tanpa pin atau lilit secara ketat di bahagian leher.

#5. Muka Berbentuk Berlian (Diamond Face)

Kebanyakan gaya tudung adalah sesuai dengan individu yang mempunyai muka berbentuk berlian. Oleh disebabkan itu, anda boleh versatil dalam memilih gaya tudung mengikut tema raya masing-masing.

Nak pakai tudung secara longgar atau melekap pada muka? Kedua-duanya sesuai tetapi lebih disarankan untuk tidak menambah sebarang jenis lipatan pada bahagian sisi muka.

#6. Muka Berbentuk Bulat (Round Face)

Pasti ramai di antara golongan dengan bentuk muka bulat berdepan dengan masalah mencari gaya tudung yang paling sesuai.

Memiliki wajah bentuk bulat bermaksud lebar antara sisi muka dan bahagian atas ke bawah wajah adalah hampir sama.

Mereka yang memiliki bentuk wajah ini perlu memakai gaya tudung yang boleh menyerlahkan bayangan dahi yang lebih panjang. Gaya yang sesuai adalah ‘loose’.

Sumber: aiskrim potong

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Inspirasi Gaya Yang ‘Simple’ Dengan Baju Raya Untuk Para Wanita Di Pagi Aidilfitri

Baca Artikel Berkaitan: Tak Beli Kasut Raya Lagi? Ini 9 Jenama Tempatan Yang Sesuai Untuk Para Wanita


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd