Now Reading
Tak Beli Kasut Raya Lagi? Ini 9 Jenama Tempatan Yang Sesuai Untuk Para Wanita

Tak Beli Kasut Raya Lagi? Ini 9 Jenama Tempatan Yang Sesuai Untuk Para Wanita

Kasut raya juga penting untuk melengkapkan gambar OOTD raya anda pada pagi Aidilfitri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut tentang kelengkapan untuk menyambut Aidilfitri, mesti ramai yang hanya akan terfikir tentang baju raya je kan?

Bayangkan waktu nak ber-OOTD di pagi hari raya, tiba-tiba korang baru tersedar yang gambar ‘outfit’ kurang menarik kerana memakai kasut yang tidak sesuai dengan tema baju raya.

Terus ‘potong’ mood.

Dalam kesibukan mencari baju raya dalam tempoh dua minggu sebelum Syawal ini, jangan lupa untuk mencari kasut raya juga.


Jenama Kasut Tempatan Untuk Dibeli Sempena Hari Raya

Untuk korang yang sedang mencari jenama kasut tempatan untuk #supportlokal yang menarik perhatian, jom kami cadangkan beberapa jenama popular.

Antaranya:

#1. Machino

Bila sebut jenama Machino, perkara pertama yang kami terbayang adalah bentuk bunga pada kasut mereka. Dengan sekilas pandang, korang dah boleh tahu ia adalah produk dari Machino.

Kasut dari jenama tempatan ini sangatlah comel dan mengikut trend semasa. Paling best, sesuai untuk dipakai dengan apa-apa outfit sebab senang diserasikan dengan baju.

Kalau korang malas nak bersesak ke kedai mereka, boleh juga beli secara atas talian dengan klik [DI SINI].

  • Lokasi: 84, Jalan SS 2/55, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka pada hari Selasa hingga Sabtu (10AM – 5PM).
#2. MyBallerine

Untuk korang yang mencari kasut ke arah corak elegan dan feminin, jenama MyBallerine mempunyai pelbagai koleksi yang menarik.

Para gadis yang sukakan kasut dengan hiasan ‘bling-bling’, confirm korang semua akan rambang mata macam kami. Rasa macam nak beli semua!

Dari kasut ‘flats’ kepada kasut tumit tinggi, kasut pengantin, macam-macam ada. Tinggal pilih dan bayar je.

Untuk korang yang nak beli online je, ia boleh dilakukan [DI SINI].

  • Lokasi:
    • Sogo KL
    • Sogo Southkey
    • Parkson Elite Pavilion KL
    • Parkson IOI City Mall
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 10:00AM sehingga 10:00PM.
#3. SAOI

SAOI adalah antara jenama yang sedang popular pada ketika ini dan menjadi kegilaan para wanita kerana kasutnya yang memenuhi citarasa ramai.

Kalau korang minat dengan kasut jenis ‘flats’ tetapi masih mengekalkan gaya yang estetik, bolehlah cuba untuk membeli kasut raya dari jenama milik Wan Nur Syaira ini.

Antara produk jualan mereka yang sedang menjadi rebutan wanita adalah koleksi ‘Lola’ yang mempunyai hiasan reben di hadapan kasut tersebut. Katanya warna merah yang paling cepat ‘sold out’.

Hasil carian kami di laman web mereka, rata-rata kasut jenama mereka sudah kehabisan stok untuk semua warna dan saiz.

Jadi untuk korang yang nak mendapatkan juga kasut ini, mereka akan membuka booth jualan di RIUH! Raya bertempat di Sentul Depot pada hujung minggu ini.

#4. Nelissa Hilman

Kasut dari Nelissa Hilman pun boleh tahan cantik juga kerana memiliki gayanya yang tersendiri.

Bagi wanita yang mahukan kasut yang ‘versatile’ dan tidak terlalu bercorak, Nelissa Hilman adalah salah satu jenama kasut yang sesuai untuk korang. Bukan setakat boleh pakai waktu raya je, nak pakai untuk kegunaan harian pun boleh juga.

Sebagai info, jenama ini diberi nama sempena dengan nama pemiliknya itu sendiri iaitu Nelissa Hilman.

  • Lokasi: UG-20 Bangsar Village Il, 59100 Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 10:00AM sehingga 10:00PM.
#5. Milliot & Co.

Kepada penggemar kasut tumit tinggi, jenama Milliot & Co. mempunyai pelbagai pilihan dengan corak bertali yang berbeza-beza.

Hasil pemerhatian kami, kebanyakan kasut dari jenama ini lebih kepada ‘open-toe’ di mana bahagian hadapan kaki tidak ditutup. Jadi kepada mereka yang sukakan kasut seperti ini, bolehlah cuba untuk beli kasut raya dari Milliot & Co.

Kalau nak beli di kedai boleh, nak beli secara online pun tiada masalah. Boleh klik [DI SINI].

  • Lokasi:
    • Sogo KL
    • Sogo Southkey
    • Sogo I-City
    • Parkson IOI City Mall
    • Parksin Pavilion KL
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 10:00AM sehingga 10:00PM
#6. Kulet

Jenama Kulet ini yang diasaskan oleh dua orang wanita tempatan iaitu Aina Syahirah dan Julie Anne pada tahun 2016 selepas melihat terdapat jurang dalam perniagaan kasut di Malaysia.

Rekaan kasut dari Kulet ini lebih ke arah ‘timeless’ iaitu ia boleh dipakai tanpa mengira waktu. Kalau korang beli dan pakai kasut pada lima tahun akan datang pun ia masih kelihatan sesuai dengan trend semasa.

Corak mereka yang sangat ‘simple’ dan pemilihan warna pastel membuatkan si pemakai tampil kelihatan lebih muda.

Daripada hasil carian kami, mereka tidak mempunyai kedai fizikal dan jualan hanya dilakukan secara atas talian sahaja dengan klik [DI SINI].

#7. IJMAL

Bagi sesetengah orang pula, mereka lebih mementingkan kasut yang selesa untuk dipakai dalam tempoh lama memandangkan waktu raya nanti banyak berjalan ke rumah saudara-mara.

Jadi kepada korang yang mahu mencari kasut yang cantik dan mementingkan kualiti dari segi keselesaannya, IJMAL adalah pilihan yang terbaik.

Bagi pembelian secara atas talian, boleh klik [DI SINI].

  • Lokasi:
    • IJMAL Puchong
    • IJMAL Bangi
    • IJMAL Setia Alam
    • IJMAL Johor Bahru
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00AM sehingga 10:00PM.
#8. Tomaz

Kalau korang pernah lalu kedai kasut jenama Tomaz, mesti ramai yang ingat kedai itu hanya menjual kasut untuk golongan lelaki je kan?

Sebenarnya Tomaz pun ada jual kasut untuk wanita ya. Okay juga, pasangan suami isteri masing-masing boleh cari kasut raya di kedai yang sama. Boleh jimat masa dan tenaga.

Mengikut pengalaman penulis yang pernah mencuba sendiri dari Tomaz, kasut wanita memang selesa untuk dipakai walaupun bertumit tinggi.

Kalau korang nak cuba sendiri, boleh pergi ke beberapa cawangan mereka sekitar Lembah Klang atau nak beli secara atas talian pun tiada masalah, boleh klik [DI SINI].

  • Lokasi:
    • USJ 1 Factory Outlet 
    • USJ 9 Business Centre (Headquarters)
    • Sunway Pyramid
    • Central I-City 
    • Mitsui Outlet Park KLIA
    • Setia City Mall
    • IOI City Mall
    • MidValley Megamall
    • Melawati Mall
    • Mytown
    • Quill City Mall
    • KLIA 2 
    • Pavillion Bukit Jalil 
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00AM sehingga 10:00PM.
#9. Christy Ng

Jenama Christy Ng bukanlah satu jenama yang asing lagi di Malaysia kerana sudah mula berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2012 lagi sebelum membuka kedai pertama mereka di One Utama.

Rekaan kasut dari Christy Ng ini juga menjadi pilihan ramai kerana mengikut trend terkini yang sedang menjadi ikutan ramai.

Sebagai info, pemilik bisnes ini iaitu Christy Ng pada awalnya hanya menunjukkan reka bentuk kasut yang dilukis di laman Facebook dan tanpa disangka Christy Ng Shoes’s Fan Page ketika itu menerima ribuan pengikut dalam bulan pertama.

Kemudian pada Julai 2012 ketika berusia 24 tahun, Christy telah membuka laman web miliknya sendiri untuk menjual kasut dengan hanya bermodalkan wang simpanan kurang daripada RM10,000.

Baca Artikel Berkaitan: Christy Ng Kongsi Pengalaman Mula Niaga Dari Rumah, Kini Ada 11 Cawangan Seluruh Malaysia

Jadi kepada korang yang nak beli kasut raya dari Christy Ng secara atas talian, boleh klik [DI SINI].

Kalau nak lihat sendiri kualiti kasut ini secara fizikal, boleh juga ke beberapa cawangan mereka.

  • Lokasi:
    • Jalan Tandang (HQ & Warehouse)
    • One Utama
    • MyTown
    • Sogo KL
    • Mid Valley
    • Sunway Pyramid
    • Setia City Mall
    • IOI City Mall
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00AM sehingga 10:00PM.

Rambang mata tak tahu nak beli kasut dari jenama yang mana satu. Semuanya cantik-cantik.

Siapa kata jenama tempatan kita biasa-biasa je? Semua dah ‘level up’ ya! Kualiti dan kecantikan mereka hampir setaraf dengan jenama antarabangsa.

Untuk korang yang nak shopping kasut raya tu, selamat membeli-belah!

Baca Artikel Berkaitan: Pasar Seloka, RIUH & 3 Lagi Event Hujung Minggu Ini Untuk Anda Shopping Baju Raya

Baca Artikel Berkaitan: Beli Baju Raya Online Tapi Lambat Sampai Atau Rosak? Ini Cara Buat Aduan Kepada KPDNHEP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd