Now Reading
Ini 5 Inspirasi Gaya Yang ‘Simple’ Dengan Baju Raya Untuk Para Wanita Di Pagi Aidilfitri

Ini 5 Inspirasi Gaya Yang ‘Simple’ Dengan Baju Raya Untuk Para Wanita Di Pagi Aidilfitri

Paling penting, kesemua gaya untuk hari raya yang dikongsikan ini adalah barangan dari jenama tempatan seperti Zora Designers, Machino, SAOI, Nazifi Nasri dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila usia semakin dewasa, ramai di antara kita yang lebih gemar memilih baju raya yang lebih ringkas dan tidak mengehadkan pergerakan. Maklumlah, ada sesetengah kain baju kurung agak ketat dan menyebabkan si pemakai susah untuk berjalan.

Kalau boleh, nak beli baju raya yang senang untuk diseterika, ‘breathable’, dan masih nampak cantik.

Walaupun baju nampak simple, tetapi itu tidak menghalang korang untuk mempunyai ‘outfit’ yang bergaya di pagi Aidilfitri, terutamanya mereka yang mahu ber-OOTD.


Ini 5 ‘Style’ Untuk Tampil Bergaya Di Pagi Hari Raya

Untuk korang yang masih buntu dan tak tahu nak bergaya dengan ‘style’ macam mana di hari raya nanti, jom kami kongsikan beberapa inspirasi. Mana tahu ada gaya yang memikat hati korang.

Antaranya:

#1. Gaya Pertama: Gadis Ayu
Style simple untuk hari raya dengan tema gadis ayu.
  • Baju kurung: Koleksi Love 2-Piece Kebaya Top in Daffodil dari Whimsigirl
  • Tudung: Koleksi Basic Premium berwarna Lemon Sorbet dari Alhumaira
  • Kasut: Kirsti Open Toe Sandals & Flip Flops (Russet) dari Milliot & Co.
  • Beg tangan: Koleksi Half Eggy berwarna Cream dari Nazifi Nasri
#2. Gaya Kedua: Elegan
Outfit hari raya dengan tema elegan.
  • Baju kurung: Koleksi Tasnim Kurung in Midnight dari Petit Moi
  • Tudung: Koleksi Hariwardah in Cookies and Cream dari Harirose
  • Kasut: Koleksi Charlie Comfy Sandals warna hitam dari MyBallerine
  • Beg tangan: Koleksi Chroma Bag Volume 1 in Cloud dari brïk
#3. Gaya Ketiga: ‘Soft Girl’
Gaya yang sesuai untuk ‘soft girl’.
  • Tudung: Koleksi Classic Monogram dUCk Shawl in Bubblegum dari dUCk
  • Kasut: Koleksi Kristine Comfy Heels in Champagne dari MyBallerine
  • Beg tangan: Koleksi Cherie Bag in Blush dari brïk
#4. Gaya Keempat: ‘Chic Girl’
Outfit hari raya dengan tema ‘chic girl’.
  • Baju kurung: Koleksi The Jane Kurung in Lavender dari Zora Designers
  • Tudung: Koleksi Snug Babyseam in Offwhite dari Guzel KL
  • Kasut: Koleksi Lola Kitten Heels in Dusty Blue dari SAOI
  • Beg tangan: Koleksi Noah Multi-Wear Shoulder in Khaki dari Milliot & Co.
#5. Gaya Kelima: ‘Clean Girl’
Outfit ‘clean girl’ lebih kepada tona berwarna putih.
  • Kasut: Koleksi Lady Hana White Heels Glowing Season dari Machino
  • Beg tangan: Koleksi Micro Self in Nude dari Nobat

Dengan beberapa inspirasi yang kami berikan ini, harapnya ia sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada korang untuk tampil bergaya dengan cara simple di pagi Aidilfitri.

Bila ‘outfit’ cantik, barulah seronok nak bergambar dan tunjuk pada kawan-kawan di media sosial. Jangan lupa juga pilih tempat yang paling ‘Instagramable’ di kampung halaman korang.

Sebagai info, kesemua barangan yang disenaraikan di atas adalah jenama tempatan. Cantik-cantik semuanya kan?

Jadi apa tunggu lagi? Pergilah shopping dan jangan lupa #supportlokal.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Beli Kasut Raya Lagi? Ini 9 Jenama Tempatan Yang Sesuai Untuk Para Wanita

Baca Artikel Berkaitan: Ini 15 ‘Pose’ Yang Anda Boleh Gayakan Untuk #OOTD Di Pagi Raya

Baca Artikel Berkaitan: 9 Idea Menarik Untuk ‘Posing’ Gambar Raya Bersama Keluarga. Yang Penting Gambar Cantik!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd