Now Reading
Pasar Seloka, RIUH & 3 Lagi Event Hujung Minggu Ini Untuk Anda Shopping Baju Raya

Pasar Seloka, RIUH & 3 Lagi Event Hujung Minggu Ini Untuk Anda Shopping Baju Raya

Kesemua lokasi ini menjual baju raya dari jenama tempatan dari pelbagai harga promosi menarik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Korang dah beli baju raya ke belum?

Percaya tak, sesetengah orang sudah beli baju raya sebelum bulan Ramadan lagi. Katanya malas mahu bersesak dan menggunakan tenaga yang banyak ketika sedang berpuasa.

Tetapi ada pula yang lebih gemar untuk mencari baju raya ketika bulan Ramadan. Barulah ada ‘vibe’ raya katanya.

Untuk korang yang belum beli baju raya sebab masih tak jumpa design yang memikat hati, jom kami senaraikan beberapa lokasi ‘bazar raya’ di sekitar Lembah Klang untuk anda membeli kelengkapan sempena Aidilfitri.

Antaranya:

#1. RIUH Raya

Kalau korang pernah pergi RIUH Raya yang diadakan pada tahun lepas, bazar raya tersebut kini kembali pada tahun ini dengan kolaborasi bersama CUCKOO.

Bazar raya tersebut kini tampil dengan tema #SamaSamaRaya di Sentul Depot dengan pelbagai booth jualan bukan sahaja untuk kelengkapan raya, malah ada juga persembahan dari penggiat seni seperti Amir Jahari, ryotakatayama dan Syuhadah Saleh.

Antara jenama lokal yang akan membuka booth mereka di sana adalah seperti:

  • Zora Designers
  • NRUN
  • Nazifi Nasri
  • Asly
  • Anaabu
  • Waarna
  • Umma

Malah, terdapat jualan makanan dan bengkel seni yang korang boleh sertai juga. Best kan?

  • Lokasi: Sentul Depot, Jalan Strachan, Sentul West, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tarikh:
    • 29 Mac (Jumaat): 6:00PM hingga 12:00AM
    • 30 dan 31 Mac (Sabtu dan Ahad): 3:00PM hingga 12:00AM
#2. Pasar Seloka

Kalau korang perasan, Pasar Seloka sudah mengadakan bazar raya ini di The Grounds, MAHSA pada minggu lepas.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan pergi pada minggu lalu, Pasar Seloka kini diadakan buat kali kedua hujung minggu ini di lokasi berbeza iaitu di Parc, Taman Subang Ria, Subang Jaya.

Acara kali ini dianjurkan dengan kolaborasi bersama pihak Sime Darby, The Epic Home dan Kawan Guni dengan tema ‘Jom Raya, Go Green’.

Disebabkan tema yang bersifat mesra alam, para pengunjung digalakkan untuk melakukan beberapa perkara seperti:

  • Membawa beg sendiri
  • Menggunakan botol air sendiri
  • Katakan tidak kepada plastik
  • Tidak melakukan pembaziran

Bagus juga ada baza raya yang ‘eco-friendly’ macam ni kan?

  • Lokasi: PARC, Jalan SS12/1, Taman Subang Ria, 47500 Subang Jaya, Selangor.
  • Tarikh: 30 dan 31 Mac 2024
  • Waktu operasi: 12PM sehingga 10PM
#3. Absolut Bazaar x Gaya Raya

Selain membeli baju raya, korang boleh berjumpa dengan ramai artis tempatan di sini seperti:

  • Wawa Zainal
  • Datuk Siti Nurhaliza
  • Ziana Zain
  • DOLLA
  • Hannah Delisha
  • Tya Ariffin
  • Anna Jobling
  • Syatilla Melvin

Yang paling best, korang boleh shopping baju raya di Absolut Bazaar yang dibuka selama 66 jam tanpa henti.

Kalau tiba-tiba rasa nak keluar shopping pukul 3:00 pagi pun boleh! Alang-alang itu boleh juga sahur di sana kerana ada booth yang menjual makanan.

  • Lokasi: Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC)
  • Tarikh: 29 Mac sehingga 1 April 2024
#4. Starvendors

Ada satu lagi bazar raya yang akan dipenuhi dengan ramai artis kegemaran korang. Best juga kalau lepas membeli-belah dapat bergambar dengan artis kan?

Antara barisan selebriti yang akan berada di Starvendors pada tahun ini adalah:

  • Datuk Siti Nurhaliza
  • Diana Danielle
  • Eira Syazira
  • Aisha Retno
  • Zoey Rahman
  • Chacha Maembong
  • Nadia Brian

Kepada anda yang tertanya-tanya, jenama apa yang akan membuka booth mereka. Boleh tahan banyak juga seperti:

  • Bulan Bintang
  • Emmanuel Femme
  • Juragan
  • Rosezie
  • Best2U
  • Noir
  • dua
  • Cikfin

Bazar raya ini juga akan berjalan tanpa henti seperti tahun lalu.

  • Lokasi: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
  • Tarikh: 29 Mac sehingga 1 April 2024
#5. Jiwa Nak Raya

Pasar Seni Kuala Lumpur pada tahun ini tidak ketinggalan untuk menganjurkan acara bazar raya dengan tema ‘Jiwa Nak Raya’.

Bukan setakat boleh membeli baju raya, acara ini juga mempunyai persembahan penggiat seni tempatan dan bengkel permainan tempatan serta berbuka puasa dengan anak-anak yatim.

Kalau korang nak berbuka puasa di sana pun tak ada masalah kerana mereka juga mempunyai booth jualan makanan kepada para pengunjung.

  • Lokasi: Pasar Seni
  • Tarikh: 28 sehingga 31 Mac 2024
  • Waktu: 10:00AM sehingga 10:00PM

Apa tunggu lagi? Jom siap sedia untuk shopping baju raya dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda untuk persiapan Aidilfitri tahun ini.

Kalau korang dah beli baju raya dan sekadar mahu mencuci mata melihat koleksi terbaharu pakaian pelbagai jenama, bolehlah ke beberapa bazar raya ini.

Paling penting, get ready duit secukupnya. Risau dari nak cuci mata nanti tiba-tiba ada baju raya untuk seminggu terus!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Buat ‘Presentation’ Depan Family Untuk Pilih Warna Tema Baju Raya

Baca Artikel Berkaitan: Beli Baju Raya Online Tapi Lambat Sampai Atau Rosak? Ini Cara Buat Aduan Kepada KPDNHEP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd